CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 28 May 2012

Suka Ria di Phuket - Day 2 Part 2

Aku rasa agak slow aku updating cerita pasal Phuket ni
Hope dapat habiskan dengan cepat, tak lengah-lengah,

Sambung dari Part 1
Di hotel, kami tersadai keletihan
memang letih betul buat Phi phi tour ni
nasib baik show Phuket Fantasea adalah Day 3, lepas James Bond tour

Selepas setel mandi, solat, berehat semuanya,
perut kami pun bunyi-bunyi minta diisi
Kali ni lepas search maps kat mana Kusuma tu,
kami keluar cari makan.
Sambil jalan sambil cari restoran tu,
finally jumpa la. Alhamdulillah
rupa-rupanya Kusuma dekat sangat dengan hotel kami duduk, Aspery Hotel
Bangunan sebelah hotel je. Kenapalah semalam aku boleh tak nampak
Bila kat sini, memang dapat jumpa orang local kita yang melancong ke Phuket
kalau tak, susah nak nampak

 kedainya berhadapan dengan Bank Indonesia (if I'm not mistaken)

 menu kami. total RM 70 jugak.


Dah kenyang-kenyang tu, kami berniat nak berjalan-jalan ke Bangla Road
saje nak tengok apa yang happening kat situ
baru je kami start jalan dari kedai Kusuma tu, ada sorang mamat India ni approached kami &
promote-promote pasal tempah suits, pants, dress & etc
so husband pun termakan pujuk. memula katanya nak tengok dulu
tapi bila dah masuk kedai tu, tak adalah tengok saja
terus tempah 2 helai seluar. Harga RM 100 untuk sehelai termasuk kain & upah. Murah la kan
Sebenarnya memang dia pakai seluar custom made & katanya memang sangat murah dari tempah kat Kuching. Biasa 1 seluar dia tempah pun RM300++  so rugi kalau tak cuba kat sini. Esok boleh try. Kalau tak ok, dia alter & terus siap katanya. Memang cepat.
Indian tu kata kalau bawak kawan, dia bagi lagi diskaun tapi kami mana ada kawan kat sini.
Aku pula tengok sahajalah. Tak ada berkenan.

 Kedainya kecil je


Ni nama kedai. Belakang Kusuma je

Ok, keluar je dari Butik High Fashion tu, kami discuss kena keluarkan duit dari atm
sebab cash kat tangan dah habis & tak sempat untuk belanja esok & lusa.
Haiisshh, baru 2 hari di Phuket, kami dah kehabisan duit.
So kami decide nak withdrawal kat CIMB Thai since aku ada CIMB
Kami berjalan menghala ke Bangla Road sebab otw ke situ memang ada atm CIMB Thai
sebenarnya memang banyak atm kat sini. Semua jenis bank kat dunia ni ada kat Phuket ni
(tipu je. sebab Maybank tak ada)
tapi since aku ada CIMB, kami memang nak withdrawal kat atm tu je la

Entry Khas on How to Withdrawal Money from Oversea

Sampai je kat atm CIMB Thai tu, kami terus buat process withdrawal macam biasa
sekali dia tulis 'invalid transaction. kindly contact the issuing bank'
Aku dah tak sedap hati. Hubby risau juga. Kami expected atm tu habis duit.
Hubby try kad atm dia pun sama.
Kami pun pergi la ke beberapa atm lain. Tapi nak cek balance pun tak dapat, nak keluar duit lagi tak dapat.
Then kami decided nak ke atm CIMB Thai yang dekat Junceylon. Jauh juga kena menapak.
Tapi masalah sama menimpa kami. (ayat kena tragis sebab keadaannya memang tragis)
Dah la letih berjalan. Memang leh kurus sekejap
Nak call bank, kami berdua memang tak wat roaming. 
Maxis punya pasal la ni nak caj roaming mahal-mahal. Plan nak ke Bangla Road memang dah lenyap.

Kami plan balik ke hotel semula. Sebab kat hotel ada wifi kan, ada internet.
Nasib juga dengan kecanggihan hp yang ada zaman sekarang, dengan Viber & WhatsApp tu
aku call akak aku minta dia call customer service CIMB tanya pasal procedure nak withdrawal atm kat oversea. Time ni pukul 10 kat Phuket, kat Msia kul 11 la. Mujur kakak aku tak tidur lagi.
Then katanya owner card kena call bank itu sendiri. Haish..problem plak bila dua-dua tak buat roaming.
Kami ke reception hotel minta buat international call tapi malang pulak dia kata phone hotel tak bole buat international call. Katanya beli sim card kat 7 Eleven.
Menapak sekali lagi kami cari 7 Eleven. Nasib dekat je dengan hotel.
Kat 7E tu, aku beli sim card international + topup. Total RM 20 je pun
& Luckily pekerja 7E tu sangat baik hati tolong aku setup sim card tu
Mana nak paham dengan bahasa & tulisan Thai bagai tu


Aku & hubby bertapa kejap kat kaki lima 7E tu. Senang kalau credit habis ke, tak paham ke,
leh mintak tolong dengan orang 7E tu.
Nak jadi cerita lagi, malam tu CIMB punya system down pulak.
Kalau call dari oversea ni, kita kena dail no fixed line kan. yang toll free 1300 tu tak boleh guna.
Jadi bila call tu, dengan iklan CIMB nya la, tekan 1, tekan 2, tekan 3, tekan macam-macam baru dapat cakap dengan customer service tu. Dah la bila kena tekan no IC, dia boleh cakap invalid. Memang hangin. Pastu bila tekan IC husband aku, bole pulak.
Bila aku dapat call je, cakap problem tak dapat nak withdrawal dari Phuket, katanya kena aktifkan dulu.
Untuk pengaktifan tu pulak, kena soal siasat macam-macam. Aku cuak dengan credit yang berapa hinggit je tu. Mamat customer service ni pulak nak berprocedure (Aku paham memang kerja dia)
Tengah-tengah dia soal siasat aku, terus putus. Credit habis.
Memang nak meraung je rasa.
Kami pergi la beli topup kat 7E tu, then call balik CIMB Customer Service
Ha repeat balik kena dengar iklan, tekan 1, tekan 2, tekan 3 bagai, bila dapat je cakap, aku cakap yang tadi dah buat procedure bagai. Tapi mamat tu bole cakap kena repeat procedure soal siasat tu juga.
Haishh..then lastly dia tanya nak aktifkan bila. Aku cakap on the spot until hari aku balik.
Baru ku paham, rupa-rupanya~~~~:
1. kena call bank untuk aktifkan withdrawal dari oversea even dari bank yang sama
2. kena bagitau pengaktifan tu untuk berapa lama. from what date to what date.

Dah habis bercakap tu, aku lega la. Siap bagitau mamat tu yang dia kena tolong juga sebab kalau tak aku & hubby stuck kat Phuket. Tak bole balik Malaysia sebab tak ada duit.
Uwawawawa.

After setengah jam, kami pun pergi la try withdrawal kat CIMB Thai, tapi
malangnya masalah sama berulang. Ingatkan dah setel.
Aduhai, sekali lagi aku kena call Customer Service tanya apa masalah. Repeat procedure ok.
Kali ni mamat lain yang angkat, katanya aku punya kad dah aktif tapi since system CIMB tengah down,
he asked us to wait until the next morning.

Then 2nd night kami kat Phuket berakhir dengan pengaktifan kad CIMB & Bangla Road tu masuk mimpi je la. Tidur pun dalam gelisah sebab selagi tak berjaya withdrawal, selagi tu hati tarak senang wooooo.
End for Day 2 in Phuket.

P/S: Thanks to Phuket's peoples. You are very kind & helpful to tourist.

Thursday, 24 May 2012

Suka Ria di Phuket - Day 2 part 1

Pagi-pagi lagi kami bersiap & pergi breakfast
Hari ini kami akan buat Phi-phi tour
Breakfast kat hotel ambil yang light & halal je


habis je breakfast, van tour tiba untuk pick up kami
memang punctual seperti dalam itinerary
Don't forget to bring along hotel towel & sun block cream
Hotel ke jetty tu agak jauh. Siap tertido-tido

Dah sampai kat jetty, follow je group satu van tu
briefing diadakan sebelum speed boat berlepas

nyah yang nak bagi briefing

kat sini, kita boleh sewa swimming fin for RM10/pair
roti pun ada dijual untuk bagi kat ikan nanti
tapi kami memang dah beli roti siap-siap

agak lama tunggu speed boat kami berlepas,
tapi nasib pkai speed boat. laju. enjoy the piccas as follows:

 at jetty

 leaving the jetty


naik boat awal-awal so that you can choose your seat

nak duk kat luar pun boleh tapi kami malas nak berjemur
lagipun on the way ke pulau-pulau tu, hujan di tengah laut
basah la orang kat luar tu

Itinerary package kami:
1. Viking cave (ambil gambar-gambar je)
2. Loh Samah & Pileh Cove
3. Maya Bay
4. Monkey Island
5. Lunch kat Bora Bora at Phi phi Island
6. Khai Island

Maya Bay

masa sampai kat Maya Bay ni, terus kagum dengan ciptaan Allah. Cantik sangat. Dengan angin sepoi-sepoi, laut biru, dengan bunyi laut, bunyi angin, aduhai, memang nikmat sangat. Syukur dapat tengok kejadian Allah macam ni.



kat sini boat akan berhenti selama setengah jam untuk kita rilex-rilex. nak mandi beach pun boleh, ambil gambar sahaja pun tak ada masalah. Kami banyak bergambar je. Tak mandi.







Then boat proceed ke tempat snorkelling untuk tengok coral-coral. Laut dalam. Google & life jacket disediakan oleh pihak boat. Kat sini boleh la nak bawak roti untuk bagi makan ikan.



Dah puas snorkeling, boat proceeded to Monkey Island. Katanya kalau ada luck, monkey ada. Kalau tak ada luck, monkey pun kenyang, dia tak nak turun, tak ada monkey. Biasa je kat sini. Boring lah!

at Monkey Island

Then boat proceeded to Phi Phi Island for lunch. Makan buffet tapi kena dok semeja dengan sama boat.
Kami dapat 4 orang semeja. Sama meja lunch dengan kami was a couple from Israel. Erk!
Memula spoil juga nak borak tapi nak buat camna kan. Borak je la. Dorang bercuti for 3 weeks. Pusing 1 Thailand. Best gila. Tapi that was 1st time dorang bercuti ke luar negara. 

Makanan best. Ada western, ada local.

 Tempat lunch.Aku lunch dengan swimming suit je. Malas dah nak pakai dress.

Satu kat Phuket ni, bila local Phuket nampak je aku, dorang sure bagi salam. Then cakap 'u r muslim'.
Pastu tanya 'from where'. Suka kot tengok ada orang macam aku ni. Mat saleh tu biasa sangat bagi dorang.
So sangat rare bila orang macam aku, sure nak tegur. *Macam retis la plak rasanya

Kat sini ada jual-jual souvenirs juga. Menyesal tak beli. Sebab ada certain tak sama dengan di Phuket Town. Harga memang mahal tapi to me memang tak ada murah kat sana. Kalau nak, just take it.


 Bergambar sebelum boat gerak.


 At Khai Island. Excited bagi makan ikan. 


Balik ke jetty lewat petang. Van memang dah ready pick up kami untuk hantar ke hotel. So tiring yet so enjoyable. Kita sambung what was happen during night time. 

Wednesday, 23 May 2012

Wordless Wednesday #4

February 2012 - May 2012
Telah pergi meninggalkan aku
May both of them rest in peace
Uwaaaa....Sedih!
Misi bela pet for the 1st time = gagal