Sunday, 31 July 2011

Jakarta-Bandung [July 2011] Day 1

[Perjalanan yang membuatkan aku serik untuk ke Indon buat sementara]

Tiket pergi ke Jakarta kali ni dibeli oleh Mr Hubby masa bulan Nov 2010
Sebelum kami kahwin lagi..wah-wah memang excited dia nak hanimun dengan aku
Tiket memang murah sebab two way flight untuk 2 orang plus 30kg luggage each was only RM300
Hubby memang terror carik tiket, aku pulak konon-kononnya terror planning+hotel etc
Flight macam biasa kul 7 am dari LCCT selama 2 jam arrived 805 am at Soekarna Hatta International Airport.

Lepas immigration custom etc, kami amik Blue Bird Taxi untuk ke Tanah Abang. Dah prepared siap2 untuk amik blue bird cab. Takut kena kencing nanti. Kat sini sebenarnya ada bus direct ke Bandung. For those yang memang nak direct ke bandung, tak perlu la ke Jakarta city. Tapi sebab aku nak juga jejak kaki kat Jakarta city, aku dengan Hubby nak  pergi ke Tanah Abang dulu sebelum ke Bandung.

Dalam cab tu, the driver was nice. Dia explain ada 2 route nak ke Tanah Abang. Dia tanya nak choose yang jammed ke, yang tak jammed tapi kena bayar tol. So hubby decide amik yang tak jammed+tol. Duit tengah tebal lagik kan ;p total tambang RP 100,000 ++ juga.

 Harga tak termasuk meter dan tol

Aku ingat dekat la airport ke Tanah Abang tu, sekali sampai Tanah Abang cun-cun kol 10 pagi. Semua kedai dah buka. Yang all the way nak sampai tu, tak adalah teruk sangat. Sebenarnya jalan kat Tanah Abang tu, MasyaAllah, memang sesak gila.

Depan entrance. Tanah Abang ada 2 block besar yang bersambung bridge kat tengah-tengah

Sebab kami punya plan nak ke bandung lepas ni, kami heret la trolley bag tu bersama-sama. Hamik ko, sapa nak kisah?Orang kat situ pun macam-macam gaya, so tak ada orang kisah pun. Aku dengan hubby aku panjat semua floor kat situ dengan heret beg masing-masing. Aku sempat shopping telekung travel, jubah, etc.  Murah sangat la lagi-lagi kalau pandai bargain. Pastu semua aku sumbat dalam beg trus. Senang.



Dah letih shopping kat situ, kami amik lagi Blue Bird cab pergi ke Stasiun Keretapi Gambir. Senang je, keluar je dari Tanag Abang ni memang banyak public transport. Pilih je nak naik apa. Stasiun Gambir ni dekat je la dengan Tanah Abang. Aku tak ingat brapa Rp time ni. Memula kitaorang nak pergi ke Hard Rock Jakarta dulu sebelum ke Stasiun tapi malangnya driver taxi tu tak tahu pulak kat mana. Aku pulak tak ada search nama jalan kat situ. Ingat semua driver tahu la tempat glamour macam tu. Rupanya tak. So siapa yang nak pergi Hard Rock tu, better search bebetol nama tempat, nama jalan, building sekitar semua. Tapi aku dapat juga baju Hard Rock Jakarta. Souvenir dari adik aku. Hubby jeles~~! 

Kat stasiun (stesyen in Malay), aku agak macam KL Sentral la cuma tak semodern tu. Kat sini ada train intra city, jarak dekat-dekat, ada train inter-city, yang antara Bandar-bandar besar, ada bus, ada taxi macam-macam destinasi. Tapi aku dengan hubby dah decide nak naik train je untuk ke Bandung. Budget trip katakan.

Tapi bila sampai kat situ, aku dengan hubby blur weh. Tak ada information counter. Yang aku nampak, ada banyak ticket counter yang orang dok berbaris nak beli tiket. Korang imagine la yang macam orang dia dok berbaris tu kat tempat kita ni. Haiyakk

Lastly kitorg baca papan je kat atas ticket counter tu. Pas tu ada dua agen yang sama, destinasi yang sama tapi counter yang berbeza. Sumpah sampai sekarang aku tak faham nak que kat ticket counter yang mana satu. Kami decide que kat tempat mat saleh que juga. Kami kan tourist juga. Muahaha

Sampai kat ticket counter tu, dia cakap tiket dah habis, try counter lagi satu. Haprak la. Hubby dah panas. Aku biasa la. Wat-wat tenang sebab aku yang plan kan. Kami pergi la que lagi satu counter. Nasib ada tiket tapi kol 4 petang. +1 jam waktu kita. Lambat gila. Time tu aku rasa kul 2 waktu dorang. 3 jam pulak kena tunggu  tapi terpaksa la sebab dah tak ada tiket lain. Kitaorang amik business coach. Aku tengok rate ticket tak banyak beza pun dari tiket standard tapi ramai dok berebut nak tiket biasa. Ntahla. 

Gila bosan tak tau nak buat apa kat situ. Kami dah malas nak pergi tempat lain sebab dah letih+beg besar.
So kami makan je kat stasiun tu. Kat sini semua ada. Surau, kedai-kedai makan, kedai runcit, kedai roti. Hampir semua kedai aku masuk.

 My lunch. Nasi dengan sup bakso. Sedap. Murah je pun

 Atas tempat tunggu train



 Dua tiga kali naik atas ni tunggu train sebab takot train dah lepas.



Bila train dah sampai, memang kami suka sangat la.
Memula coach attendand akan bersihkan dulu semua coach. Bila dah ready, dorang jemput masuk.
Macam masuk rumah la pulak. Train was clean, yang penting sejuk. Ada bantal provided untuk tidur.

Dalam business coach ni, ada serve menu. Nanti ada coach attendand datang mintak order, hantar dan kutip balik.
Macam dalam flight tu.
Aku tengok yang sama coach ngan kami ni kebanyakannya orang-orang 'modern' Jakarta nak bercuti ke Bandung.

Sepanjang perjalanan, aku dengan hubby layan tidur je. Agak agak nak sampai tu aku dok bebel kenapa lama sangat. Takut terlepas stasiun, aku suruh hubby aku tanya coach attendant dia. Actually ada announcement je setiap next stesyen, tapi sebab aku tak berapa dengar+tak berapa faham, nak tak nak ke rajin bertanya.

Kami sampai Bandung lebih kurang kol 8 malam. Bila kami keluar je dari stasiun tu, ramai la supir-supir datang menyerang. Offer nak hantar ke semua destinasi. Kami amik je sebab dah letih sangat. Aku booked Orange Homes dari agoda.com. Sampai je Orange Homes, terus cakap nama Hubby aku. Sekali receptionist tu kata bilik dah full. WTFish la kan. Then tokei Orange Homes keluar. Dia explain sebenarnya memang dah full dalam agoda tu tapi webmaster agoda tak update menyebabkan aku salah sorang yang berjaya booked bilik yang dah fully booked. Camna tu?

Punya baik tokei tu, dia telah booked motel lain untuk 1 malam sebab bilik untuk kami hanya available besok harinya. Tokei tu siap suh kami choose nak pilih Orange Homes ataupun stay je kat hotel lain tu tapi dengan rate berbeza. Kami cakap nanti kami decide. Tokei tu siap hantar lagi kami ke motel yang satu lagi tu dengan avanza dia. Motel tu best cuma macam sunyi sikit. Asalnya rumah tapi direnovate jadi hotel 3 tingkat. Tingkat atas sekali rumah owner. Bole?

Bilik yang ditumpangkan untuk 1 malam. Nice and Big.

Kami makan McD je malam tu. Tokei Orange Homes  tolong callkan pakai Hp dia, siap delivery ke bilik lagi. Kelas gitew. Tokei Orange Homes was very-very kind. Salute to Him.
End for day 1.

2 comments:

  1. MasyaAllah! Ini agak menakotkan! Betol ke agoda bole wat silap centu? I suggest kan babe u ade tak komen kat agoda blk mse u blk dr bandung ni? Kan each of us boleh tulis review kat otel2 yg kte dah pegi thru agoda. hope u dah buat, bia agoda tuh hati2 lepas ni. isk.. risau aku bace! ni 1st time i bace experienced yg kene mcm ni. dah la kami ni tak de cc, kan ke ssh if ape2 jdi or bajet ngam2 and cc xde.. uwawawa tatot!

    btw u and hubby mmg style laa..semangat! eh bkn sng tau nk shop bwk luggage.. lgi2 kat tanah abg tuh. kan?

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete