Tuesday, 31 January 2012

Kisah Bengang Kami

Bila baca kisah bangang kawan aku ni
klik sini untuk baca
aku pun ada juga beberapa kisah bengang especially di jalan raya la

Kisah Bangang 1:
Ada satu area pekan ni, memang la sangat padat dengan kereta
parking pun memang sentiasa penuh la
masa aku tawaf building tu nak cari parking, dengan kereta yang panjang berjela,
macam biasa la aku dari arah 1 lorong, nak belok ke kanan,
gilir-gilir la dengan kereta dari arah kiri tu.
takkan la nak tunggu kereta dari arah kiri tu habis baru aku dapat belok kanan kan
tapi pak cik kancil ni memang tak faham kot.
lepas kereta depan dia, kereta aku la plak nak turn untuk lorong tu
dia memang nampak dah bagi space untuk aku masuk, tapi bila aku belok je kanan
bole dia gerak keta nak terus ke depan. hampir nak langgar keta aku
sengal kan. aku pe lagi, hon la dia.
eh dia bole bengang dengan aku. pastu nak stop plak keta dia.
apehal lak. aku angkat tangan tnya apsal. pastu dia tak de cakap pape.
Sengal!

Kisah Bengang 2:
Time aku and husband nak ke kedai perabot. Macam biasa, rumah kedai. Area tak sibuk pun
Aku yang drive sebab hubby keletihan. Then aku terlajak 1 parking lot ni.
Aku reverse la kereta sikit nak masuk parking lot tu.
Aku ni dekat 10 tahun dah drive, tak pernah nak langgar-langgar orang lagi
Of course la aku tengok cermin belakang tu.
Lagipun kereta kami ada reverse camera la
Tetiba ntah Alza Putih tu ada kat belakang hon dengan kuat kat kereta kami
Punya la jauh lagi kereta dia tu. Belakang kereta dia tu bukan ada kereta lain pun
Kalau la aku nak langgar dia, tak boleh ke dia reverse jugak.
Memang bangang la tu.
Aku pun balas hon. Husband pun bengang jugak. Dia turun mintak maaf & bagitau yang kami nampak.
Tapi, dalam kereta tu, ada 1 family termasuk ayah& mak driver ni kot.
Ayah dia bole turun cakap 'tak puas hati ke'.
Kurang ajar betol. Nak cari gaduh nampak.
Aku terus cakap kat hubby naik keta, tak payah layan.
Nasib bukan territory kami. Ceeeewaaahh. Ada territory plak.
Memang *** btol la. Terus kami tak jadi masuk kedai tu.
Aku & husband cakap, 'memang kampung minded betul!'
Tak pernah orang hon sebab aku reverse. Macam la aku dah langgar kereta dia.
Macam kereta mahal je. Ingat kau bawak Hummer ke. Ops, made in Malaysia je pun.

Cerita ini bukanlah untuk mengutuk sesiapa. Hanya luahan perasaan semata-mata. Thanks!

1 comment: