Tuesday, 6 March 2012

Terokai Sadong Jaya, Sarawak

Mummy & papa aku datang seminggu ke Kuching
Buat aku dengan husband menggelabah mengemas rumah
maklum la..sebelum ni duk berdua. tak ada tetamu
rumah sepah macam lepas tsunami pun tak apa
tapi bila dorang nak datang, kalut la nak kemas rumah dua tingkat tu
Dah tu hubby pulak tetiba outstation ke Bintulu
tinggal aku kemas umah sensorang (suami saje la tu outstation time-time genting)

Bila mummy papa aku sampai
tak tahu aku nak bawak dorang pegi mana
Bukan ada apa pun di sini
Aku pun setakat pergi kerja, balik kerja
Tak pun shopping, main bowling, tengok movies semua kat mall
Mummy papa aku bukan orang muda yang nak pergi mall pun

Aku pun tak ambil cuti sangat sebab tak ada cuti semester
Students aku baru habis cuti semester a week before
Pengarah pulak jenis cerewet nak bagi cuti. Macam orang buat jenayah je nak mintak cuti
Tapi last Friday mummy aku cakap nak pergi ke rumah sedara kepada sedara kepada sedara dia
Duh! Aku pun tak tahu apa hubungan sedara lagi dah
Tapi layan kan je la

Tempat tu punya la jauh
Ye la..Sarawak ni lagi besar dari Semenanjung. Nasib rumah sedara tu masih dikira dalam area Kuching

Jumaat: Dari C ke B. Sabtu: Dari C ke D

Perjalanan Dari C ke B tu bukanlah dekat. Dekat 2 jam. Dah tu jalan macam naik kuda
Lompat-lompat sebab jalan beralun. 
Nak ke Sadong Jaya tu melalui Unimas & Uitm Sarawak. Memang jauh rupanya Uitm ni.
Memula papa aku suh tidur umah sedara tu dah. Besok baru balik semula ke Kuching.
Aku dah lemau memula. Malas nak packing-packing baju tapi sebab aku sayang dorang, aku & husband ikut je la. tapi kami dah bincang sesiap if rasa nak balik, tak payah tidur, balik je terus.

Sesampai di Sadong Jaya tu, memang rumah sedara aku tu besar la. Memang paling besar kat kampung tu.
Sedara aku ni pun bukanlah orang biasa. Kira orang disegani jugak kot kat kampung tu. 
Si ayahnya pun imam masjid kat kawasan tu.
rumahnya bukan main besar, tanah pun besar. Semua ada kat rumah tu. Cakap je semua ada. Tanya apa yang tak ada pulak.
Kalau nak makan, nak masak, katanya tak payah pergi kedai. Kutip belakang rumah. Dari ikan, ayam, rumah burung, sayur-sayur, ulam-ulam, udang, semua ada la.
Kawasan tu tak ada petrol station pun.
Minyak petrol pun jual di kedai kecil je. Beli botol. Memang kawasan pedalaman.
Tapi dorang pindah situ pun baru 10 tahun. Sebelum ni merantau sana sini jugak.
Anak-anak pun dah besar. Tinggal yang bongsu je kat rumah.
Tenang je kat situ. Aman, tak bising, tak yah risau apa-apa.

Dah kenyang-kenyang tu, kami bersiap nak balik semula ke Kuching around 830 malam.
Ambil gamba kenang-kenangan dulu. Ntah bila dapat datang lagi.

dari kanan: pak cik sedara, anaknya, makcik sedara, mummy, aku & papa. hubby amik gamba

Kali ni balik ikut feri. Wah, kereta aku naik feri kali ni.
Kiranya ada dua jalan nak sampai ke Sadong Jaya.
Satu melalui jalan darat, satu melalui jalan feri.
Masa datang tu kami ikut jalan darat, balik ikut feri la pulak.

Kat atas feri. Satu feri boleh muat 18 kereta. Tambang RM 1/kereta.

Boleh duk kat luar tapi tak payah la nak jakun sangat. Heee.. Dekat lagipun.

Kata makcik sadara aku tu, sebenarnya boleh sangat buat jambatan.
Sebab melalui jalan darat tu pun, ada jambatan yang dari sungai yang sama.
Tapi sebab isu-isu politik yang tak dapat aku sebutkan kat sini, dorang tak buat jambatan.
Naik feri masyuk sikit.
Melalui jalan feri ni, perjalanan lebih kurang 1j 15minit je pun sebenarnya.
Tak adalah jauh sangat. Kami sampai rumah dekat kol 10.

The next day, aku bawak mummy papa ke Serikin. Klik sini untuk entry Serikin
Kalau map tu, dari C ke D.
Memang  berjalan sakan kereta aku.
Setakat aku duk sini, tu je la tempat paling jauh aku pergi.
Belum terokai satu Sarawak lagi selain ke Miri masa bujang dulu.

No comments:

Post a Comment