Tuesday, 24 April 2012

Penipuan Shopping Online

Early February hubby aku tanya apa birthday present yang aku nak untuk tahun ni
bila dah ada peluang keemasan camtu
aku terus cakap nak purse coach as purse aku sekarang dah nak uzur
So disebabkan aku ada kenal sorang sensei sekolah aku yang tengah further Phd kat US ni
aku order la dengan dia
dah kat FB dia pun asik dok promote-promote barang coach je kan
aku tengok kat pics dia pun banyak la choice purse & wallet coach tu

aku message dia cakap nak wallet untuk lelaki & perempuan
harga around RM 500 satu
dia cakap ada caj penghantaran RM 100
so total aku bank in pada dia RM 1100
dia suruh aku bank in dulu sebab dia kata dia tak ada duit sebab dia kan student

bila aku dah bank in je duit kat dia, dia diam
aku tanya ada gambar ke tak, dia tak reply
then aku message lagi cakap aku tak nak purse kaler hitam, nak jenis panjang
then dia reply cakap ok tapi maybe lambat sikit around hujung bulan 2 baru dapat pos sebab dia busy dengan Phd dia tu la
aku cakap ok, tak de masalah
then aku attach design wallet lelaki untuk dia beli

Dia diam then lepas 10 hari tu, dia reply cakap wallet sume dah beli
cuma dia masih belum sempat nak pos
Early March aku tanya mana purse aku, dia cakap dah pos pulak
tak ada cakap apa, terus pos.
aku mintak tracking number, dia tak reply
dua hari lepas tu bagitau pulak dia isi form tak lengkap
so parcel tak dapat pos, dia mintak balik sume address aku sekali lagi

then dia cakap ada balance pulak duit aku bagi so dia cakap nak bagi baju HRC Denver
aku cakap ok la kan, ingat dia dah ada baju tu
sekali tengah bulan Mac tu dia cakap baju belum ada kesempatan nak pergi beli
dia tanya nak pos asing-asing ke pos sekaligus
aku memang dah hangin dah. aku cakap nak sekaligus jugak sebab aku dah malas nak deal dengan orang macam ni

Hujung Mac aku tanya lagi apa status dia cakap dia tengah busy lagi tapi dia suruh aku tungguuuuuuuu
macam tak ada apa je dia wat kat aku
masa hujung bulan Mac tu jugak, dia sempat message aku promote2 suh beli coach & correlle

Early April dia message barang dah pos, on the way
again aku hangin sebab dia tak ada cakap apa-apa
terus cakap on the way. ntah brapa hb dia pos pun aku tak tahu
then aku tanya bila pos, mana tracking number, dia tak reply
2 minggu kemudian dia bole message tanya aku barang dah sampai ke belum
bole?
aku tanya dia tak jawab, pastu boleh pulak tanya aku barang dah sampai ke belum
Selepas dua minggu, barang masih tak sampai
aku memang dah bengang gila la
aku message dia mintak tracking number, dia tak reply jugak
respect aku pada dia mamang dah tak ada la
Hubby aku memang mengamuk sakan
Lastly hubby aku message dia panjang lebar
Then baru dia reply and bagi tracking number skali
Hujung bulan 4 ni baru la aku dapat barang aku

Barang yang aku dapat macam dalam gambar kat bawah
Aku sumpah frust gila dapat purse mahal macam ni
kaler buruk, taste orang tua macam sensei aku tu, tak cantik langsung & nampak macam dah beli lama
member aku semua terkejut
Wallet lelaki harga macam ni tapi rupa pun macam tak ada class
Dah la pos tak masuk kotak pun, tak bungkus elok2 pun,
just masuk dalam foam envelope
Baju HRC Denver tu pun material tak sama dengan baju HRC yang biasa aku beli
kain lagi nipis, macam reject punya pun ye jugak




Aku sumpah la kecewa gila dengan kejadian ni
Rasa bersalah sangat aku dengan hubby aku sebab suggestkan sensei aku ni
Ingatkan servis dia macam dia promote kat Facebook, sekali teruk sangat
Dah la belajar sampai Phd, tapi tak ada common sense
Pemikiran macam setakat belajar SPM je
Orang belajar SPM pun lagi pandai dari dia
Dia beli tak ada gambar pun, tak ada bagi aku pilih-pilih pun, tak ada cakap pun bila beli, tak ada mention pun bila pos, tak cakap bila patut sampai
sume nak aku tanya dulu

Aku mula nak beli dengan dia sebab nampak macam servis bagus,
and aku kenal dia as sensei sekolah aku
tapi bila jadi camni, memang aku belajar la
tak semestinya orang yang kita kenal tu sebenarnya baik untuk kita
Aku beli barang bukan murah wei..sebab aku bukan kaya pun
Aku memang tak leh nak maafkan dia apa yang dia dah buat kat aku

I wish he could read this post!

7 comments:

  1. hadoi!!!! speechless! dun know what to say.... aku deactivate akaun FB. memang aku terfikir nk masg mu tanya kabar pasal ni. serious beb! aku pon frust kalo dh tengok mcm ni.

    ReplyDelete
  2. aku raso, mu oyak la ko sensei tu oyak mu nak pulangkan balik sebab brg mu dpt bkn mcm mu nok. rasonyo suh jah hubby mu oyak.. nak duit balik... mu komplen jh la gapo x puas hati.. aku raso mu boleh komplen kot mu order mcm lain, dpt mcm lain.. kalo benda rm100-200 boleh la diam..

    p/s: thanks sebab mu sudi kongsi cito nih..

    ReplyDelete
  3. nani, pengalaman mu dulu2 mcm mana? mu penah order set corelle kan? ko gapo?

    ReplyDelete
  4. nen, syima, aed:
    aku kalu ikut memang nak wat gitu tapi hasben aku oyak xpo la
    dia kata biar tuhan balas gapo dio buat ni
    ikut hati aku, nak je complaint dekat wall FB dia
    biar orang tau perbuatan dia

    ReplyDelete
  5. Dasyat betol.. Nape tak complain je dekat fb dia.. Sy saran kan awk complain direct kat situ. Sbbnya takot byk perkara menguntungkan dia and merugikan 'kita'. Ade beberapa fb yg dah detect scam mcm ni. Kureng asem betol. Sakit je ati dengo. Mhl gle plak tu. Baik u beli kat blog2 yg sebangsa dgn kita yang jauh lebih murah. Wallet lelaki boleh dpt 300-400. Wallet prempuan yg ctk2 bole dpt 300-500 kot utk coach. Charge utk post kne tambah dlm rm10 je pon. Nanti kalau nak mane2 blog yg i selalu beli PM me eh? Sakit jiwa bile bace n3 ni.

    ReplyDelete