Thursday, 26 April 2012

Suka Ria di Phuket - Day 1 Part 1

Ni kali pertama aku travel ke luar Msia (kalau oversea tu macam ke london je) untuk tahun 2012 &
pertama kalinya kena travel dari Kuching
So flight kami to KL at 7pm. After office hour, tukar duit, terus speed ke airport.
Arrived rumah at KL around 11pm. Sempat aku bagitahu hubby nak pekena char kuew tiaw dekat rumah tu.
Kat Srwk memang tak ada char kuew tiaw. Nanti mimpi-mimpi pulak.

Pagi sebelum subuh kami tersedar sebab taxi driver yang dah missed call 2x.
Alarm yang di set tu langsung tak dengar.
Kami exhausted sebab dah travel Kuching to KL.
Lepas sembahnyang subuh di airport, flight to Phuket pun on time.
Departed 715 am and arrived safely in Phuket 10mins early.

Nak tau how much our ticket to Phuket?
RM 300/2 person/return flight/20kg luggage/inclusive tax

Murah?
memang murah sebab beli dah setahun. masa AA buat zero fare


Kat airport, trus kami amik taxi sebab malas nak naik minibus(van). 
Kalau naik minibus, kena tunggu orang penuh dulu baru boleh gerak. 
Kalau tak penuh, kena tunggu orang dari flight lain sampai  baru dapat penuh. 
So we decided nak naik taxi je lagipun senang nak letak beg. Kami dah la 2 buah beg troli. 
Harga taxi & minibus mana2 counter kat airport tu same je. 
200 bhat/person for minivan and 650 bhat/taxi. 
Cakap je nama hotel & luckily they knew where our hotel is. Ye la, phuket tu ada hundred of hotels.

Taxi driver tu nice jugak la tapi dia cakap aku susah paham sikit. 
Macam English+thai pun ye jugak. 
Tetiba dia cakap kena berhenti kat ofis dia sekejap sebab kena sign form. 
Masa tengah tunggu driver tu pergi sign form, ada sorang lady ni datang buka pintu taxi & promote pasal package2 tour yang ada di phuket. 
Aku dah ready benda ni jadi sebab dah wat 'research' dari awal lagi. 
Memang apa pun yang dia offer, kami tak terima. The taxi driver tu pun nampak frust sebab kami tak ambil package dari office dia. 
Kalau tak dia akan dapat commission. 
The lady ada cakap supaya kami booking awal-awal taxi masa pulang dari hotel ke airport. 
Katanya tak ada taxi nak hantar & caj akan jadi lagi mahal jika ambil dari hotel. 
Lady tu cakap i’m muslim too. Dia cakap tak tipu kami tapi maafla kami buat tak heran juga.

Sampai je hotel, aku terus senyum. Yes! Hotel aku booking is nice kot. 
Sangat murah dengan harganya. Just pass printed agoda’s voucher to the reception.  
Masa booking tu aku dah mentioned nak early check in and Alhamdulillah, tak ada masalah. 
Kami dapat check in jam 10 pagi waktu thai.

 Aspery Hotel 

jarak hotel ke Patong Beach

Besar. Siap balcony lagi. Harga RM 344.55 untuk 3 malam.

Kami baring, rehat dulu. Tengok map, tengok package2 & pamphlet yang kami ambil kat airpot. 
Kol 11, we decided to walk around and cari package untuk hari ni, esok &lusa.
Booth phuket tour tu ribu-ribu lemon je tepi-tepi jalan tapi kena pandai pilih. 

Masa hubby tengah pilih salah satu tour tu, aku tengah seronok tengok hat. 
Lady ni offer 600 bhat tapi aku mintak discount 300bhat = +- RM30 and she agreed. 
Aku tau bole mintak murah lagi tapi ntah,la nape aku tak pandai bargain sangat. 
Aku siap complaint the hat was too simple then dia add ribbon for free. Even at 1st dia boleh nak ketuk aku 10bhat untuk secotet ribbon tu. Huh! 
Kami cancelled tour kat kedai hat tu and jalan lagi.


Sekali kami nampak tour taxi. Honda Jazz gitu. Dia offer 800bhat until evening dan bawa kami pusing around phuket. Tak ada bargain, macam lembu kena cucuk hidung, kami terus terima.

Mana kami pergi? To be continued on part 2.


4 comments:

  1. Alaaaaaaaahai bestnye Phuket.. Happy jln2 dear friend..

    ReplyDelete
  2. hohoh...nice hotel! pasni aku kene amik pengajaran jgn travel by agent dah. kene survive sendiri baru dpat murah.

    ReplyDelete
  3. aah nice hotel!! mu wat cepat2 skit cito pasal phuket ni.. x sabar nak tahu tpt wajib g.. gapo hok best sana...

    ReplyDelete
  4. Fabulous Me:
    Tq...sy pun byk refer to your blog about vacation
    Nen:
    Aku memang destinasi bajet je :p
    Syima:
    Soon aku update..tau mu g nanti plok..yeayyy

    ReplyDelete