Tuesday, 10 July 2012

Puding Roti Bersama Sos Vanilla


Puding roti ni hasil gabungan beberapa resepi yang aku copy dari PlanetMirra & beberapa blog lain (lupa nak save).
Sebenarnya kalau search je kat internet, berlambak yang keluar resepi puding ni tapi aku nak tulis juga sebagai simpanan untuk diri sendiri.

Puding Roti
Bahan-bahan:
8 keping roti gardenia (di toast dahulu) kemudian dikoyak kecil-kecil

Bahan blend:
2 sudu butter (dicairkan)
2 biji telur
4 sudu besar gula
500ml low fat milk
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
1. susun setengah roti yang telah dikoyak-koyakkan. tabur kismis. kemudian susun lagi lebihan roti. tabur kismis lagi.
2. tuang bahan blend ke dalam bekas roti. biar setengah jam.
3. bakar suhu 180c selama 40minit /sampai garing.
4. biarkan sejuk & siap

Sos vanilla
Bahan:
2 sudu besar tepung bird custard
1 tin susu cair Ideal / lain brand
2 sudu besar gula

Cara:
Campur semua dalam bekas dan kacau dengan api perlahan. Agak-agak nak mendidih & hampir likat, tutup api dan terus kacau sampai agak-agak suam.
*hati-hati jangan sampai hangit sebab ramai kawan-kawan saya buat sure hangit sebab malas kacau*

P/S: Cara buat sos vanilla ada pada bekas tepung bird custard. Sekian!

1 comment:

  1. sugoi!! huhuh...aku pernah buat sekali je puding roti dengan sos. pastu dah malas nk buat lagi dah

    ReplyDelete