Tuesday, 24 July 2012

Wonderful Kinabalu Day 3

Hari ni kami akan buat Island Hopping. Pukul 9am tu lepas breakfast, kami straightway ke Jesselton Point. Nak jadikan cerita, kami terlupa nak bawa map & etc. Yang kami ingat Jesselton Jetty. sampai terlajak menuju ke UMS cari Jesselton Jetty. Lastly nasib hubby ingat yang tempat tu nama Jesselton Point not Jesselton Jetty.

Lepas parking kereta semua, kami pun blur-blur la nak pilih counter tiket yang mana satu. Disebabkan terlalu banyak counter, dalam 10counters semuanya, lastly kami pilih counter tengah-tengah. Kira fair & square kononnya. Kami ambil pakej 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Mamutik & Manukan. Haruslah cover semua pulau tu terus sebab tak nyesal kemudian hari.

Total pakej 3 pulau termasuk sewa goggle, snorkeling set & life jacket adalah RM 160. Kami bergerak agak lambat dari jetty disebabkan tunggu speed boat balik dari pulau & kami semua nak pulau ke yang sama, Pulau Sapi tapi kebanyakan dari dorang ni semua pergi ke 2 pulau je. Kami je yang belasah 3 pulau sekaligus. Lantaklah.

Atas boat tu, driver tu akan tanya kita ambil pakej berapa pulau nak berapa lama. Oh yes, kita boleh bagitau seberapa lama yang kita nak di satu2 pulau.


1st pulau kami sampai was Pulau Sapi. Air jernih tapi ikan tak begitu banyak. Laut juga agak dalam dari pantai. Aku memang tak reti berenang ni dah sewa siap-siap life jacket. Just in case aku nak swim jauh-jauh. Well I love to explore the undersea.

The 2nd island was Pulau Mamutik. Time ni dah around 12 tengah hari. Aku dah start lapar. Kami pula tak bawa heavy food. Junk food+ mineral water adalah . Aku memang kelaparan sungguh ni. Hubby decided beli nasi atau apa-apa kat Mamutik Cafe. Dia belikan aku nasi goreng ayam & fries untuk dia. Even agak mahal tapi syukur alhamdulillah, sedap & banyak. Dah kenyang, baru aku sambung snorkeling. Kat sini air memang clear & banyak ikan tapi banyak sangat coral-coral. Coral eh? yang tajam-tajam tuh la. Hubby tak snorkel pun kat sini. Since the weather was not so good, hujan rintik-rintik+lebat turun time kami kat Pulau Mamutik, aku tak dapat nak snorkel lama-lama. Stuck bawah pondok kat Pulau Mamutik sambil tunggu boat datang ambil untuk ke pulau ketiga.


3rd island, Pulau Manukan. Pantai dia memang panjang. Kami sampai kat sini around 2pm. Orang dah tak ramai. So boleh la kami snorkeling dengan sepuasnya. Time ni hujan pun dah berhenti. Air laut tak dalam, air sedikit keruh sebab hujan, banyak ikan. Kami gerak balik agak awal sebab keletihan. Patut balik kul 4pm tapi kami decided nak balik kul 3pm. Lagipun boat kami tu akan pick up tourist2 lain kul 3pm. So kami join je terus. To me the best island was Pulau Manukan. Later if we came back, definitely will go to Manukan Island.


Balik je hotel, kami bersiap, solat& rehat. Around 5pm, kami bergerak ke lokan panggang at Jalan Sulaman. Again aku lupa bawa map. Nasib memory aku ni kuat lagi. Aku ingat area lokan panggang tu kat mana. siap ingat turn left or right lagi. Hebat-hebat. *Tetiba puji diri sendiri.* On the way ke lakan panggang tu, memang hujan turun dengan lebat. Tapi kami berjaya sampai tanpa sesat.



Masa kami sampai, ada 1 couple yang baru lepas makan. Dah nak balik. aku tengok table dia ada dua dulang lokan. At first kami order lokan kecil. Kasi try dulu. Memang sedap & terbaik. Hubby puji tak habis-habis. Then kami pun tak nak kalah dengan couple tu, order satu lagi dulang lokan besar. Lokan besar sedikit liat. Hujan turun dengan lebat, makan lokan panggang panas-panas, air kelapa fresh pula tu, memang terbaik. Terbaik sangat. Memang kenyang gila makan lokan je.

Dah habis makan, by right kami terus pergi makan seafood kat Tanjung Lipat tapi sebab kenyang, kami decided balik je dulu ke hotel. Bila sampai hotel, tak tahu kenapa kepala aku tiba-tiba pening sangat. Mencucuk gitu. Aku bagitau hubby nak berehat dulu. Kami cancel untuk ke Tanjung Lipat. Lepas 2 jam tidur, hubby kejutkan ajak pergi ke Pasar Malam untuk shopping souvenirs yang belum cukup.

Aku ke Pasar Malam dalam keadaan badan tak berapa sihat. Tak tahu kenapa. Tetiba badan macam nak demam & aku rasa nak muntah yang amat. Kat Pasar Malam tu aku teman hubby beli je. Aku tak ada beli dah untuk diri sendiri. Aku ajak hubby balik cepat sebab badan rasa semacam. Sampai je kat parking kereta pasar malamtu, aku terus muntah. Muntah air kelapa & lokan. Dont get confused. Aku rasa perut aku ni tak terima combination lokan & air kelapa. Lagipun aku makan tak hingat kat lokan panggang tu. Terus balik ke hotel, sambung muntah & tidur sampai esok. Tak best sangat malam tu. Kesian hubby.

No comments:

Post a Comment