Tuesday, 18 September 2012

Corat Coret Raya 2012

Ramadhan dah habis, Syawal pun dah habis juga untuk tahun ini. Sepanjang Syawal ini tahun,berjumpa bermaafan bersama keluarga itu memang wajib dah kan. Tapi yang jadi lagi seronok bila kita dapat berjumpa dengan kawan-kawan. Tak kira la kawan baik ataupun kawan biasa. Sebab bagi aku la, kawan ni memang payah kita nak berjumpa lebih-lebih lagi kalau yang dah berkeluarga. Jadi, masa raya hari tu, aku berjaya juga beraya bersama-sama kawan-kawan.

Attended wedding kawan sekolah, Fid. She's now in Sabah.

 Beraya dengan kawan matrikulasi.She's now in KL.

 Beraya & attended wedding adik kawan. She's now in Kedah.

 Beraya bersama kawan sekerja.

Wedding hubby's friend.

Sebenarnya, aku suka attend wedding kawan (kalau dapat jemputan & kalau aku berada nearby dengan tempat majlis tu). Sebabnya time tu la peluang dapat jumpa kalau dah lama tak jumpa. Nak tunggu jumpa sesaje memang payah, so kalau wedding or raya je dapat berjumpa. Tak kira la orang tu rapat dengan aku ke tak, aku cuba attend kalau tak ada aral melintang. Tapi kalau aku dah terpisah dengan South China Sea ni, memang aku tak dapat attend. Dan sejak aku pernah rasa terbiar di majlis orang, aku tapis juga untuk attend majlis orang yang aku kurang  atau tidak rapat langsung. Nanti aku sendiri yang sentap. 

Tapi yang paling aku ralat bila tak dapat attend Engagement cik blogger, nani. Awat hang tak habaq awal-awal yang hang bertunang! Kalau aku tahu, aku akan gagahkan juga attend majlis engagement dia tu.

Then masa raya tu juga aku bersama anak-anak buah aku (half of them) pergi bersantai-santai di Tutti Frutti Kubang Kerian. Makan tutti frutti kat memana pun same je tapi yang jadi best bila kami dapat makan bersama-sama keluarga. Kecoh kejap tutti frutti ni sebab kami semua tapi apa dorang kesah, kami bagi dorang untung banyak kot. Huhu. Aku sempat tapau lagi satu bekas untuk papa aku rasa.






 The youngest nephew in my family.

 Licin!
Bila balik ke Sarawak, sambung beraya bersama-sama kawan kerja pula, kawan kerja belah hubby aku & kawan kerja belah aku. Memang beraya betul. Semoga dapat berjumpa dengan semua di Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Amin.

Sambutan hari raya kolej

1 comment:

  1. comey ggirls 2 org tu..... besa pnjng dah..=)

    ReplyDelete