Thursday, 27 September 2012

Easy Spaghetti Carbonara

Hari tu hubby aku outstation seminggu. So bila hari dia balik tu, aku rasa nak masak western untuk dia sebab dia penggemar makanan western. Tapi kali ni aku masak cara tipu sebab pakai instant punya. Walaupun aku buat pakai instant, aku nak letak juga resepi ni.

Bahan-bahan untuk 3 orang:
1/2 paket spaghetti
1 tin kecil prego carbonara cendawan
1/2 biji bawang besar -dicincang
200gm ayam cincang
50gm parmesan cheese

Cara2:
1. Rebus spaghetti seperti biasa
2. Dalam periuk lain, panaskan minyak,tumis bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan ayam cincang dan kacau hingga masak. 
4. Tuang sos carbonara cendawan ke dalam mangkuk. Kacau.
5. Masukkan parmesan cheese.
6. Tambah garam dan gula jika perlu. Rasa
7. Siap





Hubby aku pun makan dengan seleranya. Terus licin. Sape nk try cara mudah boleh cuba macam aku buat ni.

No comments:

Post a Comment