Monday, 17 September 2012

Makan di Ana Ikan Bakar Petai, Bangi

Ini cerita masa Syawal hari tu lagi sebenarnya tapi kemalasan melanda & kesibukan kerja menyebabkan kerja-kerja blog ni terpaksa ditunda sekejap. Menulis blog pun salah satu kerja & salah satu komitmen yang besar sebenarnya. Kisahnya, kami keluarga ni nak makan malam yang best area Kajang or Bangi since my two sisters living in Kajang and Bangi area. So bila decided tu, we choose area Bangi je since banyak choices. Bila dah survey, discuss sana sini, kami pun pergilah ke Ana Ikan Bakar Petai ni.

Direction : Dari tol Sg Besi, straight sampai exit Bangi. Then after tol Bangi, amik roundabout kiri (pukul 9). Then terus nampak Ana Ikan Bakar Petai belah kanan. Kena buat u-turn la kalau nak ke kedai ni.

Nah, aku siap amik gambar banner untuk contact.


 Lala masak masam manis pedas kot. Gambar blur sebab gelap. Kamera biasa je pun.

Pinggan aku.

Review: Biasa-biasa saja. Not my preference walaupun aku makan petai. Kami order 2 jenis ikan bakar, satu bakar biasa, satu bakar petai. Satu ikan tu boleh la. Satu ikan tu tak sedap. Then ada sotong masak petai juga. Rasanya kureng. Lala masak masam manis pedas tu je yang sedap. Kailan goreng biasa juga. Bila aku mintak kerang bakar, orang tu cakap memang tak ada. Tapi kat board menu tu, ada tulis kerang kat situ.  Lainkali jangan la tulis kan, tak pun kena tutup la kerang tu sebabnya dia memang tak jual kerang.Tapi orang memang ramai kat sini. Bagi aku biasa je and tak rasa nak datang lagi.

No comments:

Post a Comment