Monday, 24 September 2012

Makan di Planet Sambal

Entri kali ini aku nak bagitau salah satu tempat makan yang best di Kuching Sarawak. Nama restoran ni ialah Planet Sambal. Lokasi restoran ni betul-betul di centre Kuching tu.


Restoran Planet Sambal ni berada betul-betul berdekatan dengan patung kucing kat atas. Kalau dari gambar di atas, Restoran Planet Sambal ni berada di sebelah kanan.

Planet Sambal, Kuching

Restoran ni tidak besar tapi panjang ke belakang. Bila masuk je dalam restoran ni, memang best sebab  interior design dia ala-ala english gitu. Pastu dengan suasana sejuk, aircond. Memang selesa untuk makan. Lagi-lagi kalau cuaca panas tu kan. Restoran ni ada 2 tingkat. Tingkat atas ada disediakan surau.


Almost setiap meja ada lampu camtu. Best kan?

Menu makanannya pula sangat banyak. Kalau lunch tu, ada lebih dari 30 jenis lauk. Dan masakan panas pun ada juga. Siap ada dessert ice cream & kek lagi. Walaupun harganya a little bit pricey compare to kedai-kedai makan lain, tapi variety of food tu memang best. Yang penting suasana pun selesa. Masa bulan puasa pun, Planet Sambal ada menyediakan buffet Ramadhan. RM 30/pax dan menunya ada local & western, dessert, pelbagai kuih muih.

So for those yang datang ke Kuching & mencari tempat best untuk makan, boleh la cuba makan di Planet Sambal ini.

5 comments:

  1. wah! comeynye...rasa mcm di rumah pulak...aku berangan nak deco rumah mcm ni...huhuh

    ReplyDelete
  2. mcm best jah.. hehe..

    babe, sarawak byk x tempat menarik? mu mmg dok kat kuching ko? aku x ajin lg g kuching, ingat lepas2 ni (tak tahu lagi) nk la sana.. hikhik

    ReplyDelete
  3. Nani : restoran ni mmg comel bila masuk even tak besar

    Aed: gamba makanan xamik sbb rmai org. jd kalau amik nmpk org jah, mkanan xnmpk

    Syima: boleh la mari untuk berjalan-jalan tu. nanti aku bwk mu g jalan-jalan.

    ReplyDelete
  4. belum pnh lgi ke swk. nnti nk p!

    ReplyDelete