Friday, 28 December 2012

Laksam Kelantan


Weekend hari tu ada majlis makan-makan di adakan di rumah my head unit. Kami datang dengan potluck masing-masing. Tuan rumah masak nasi kerabu. Aku pula dengan rajinnya buat Laksam Kelantan. Sebab bahan-bahan ulam nasi kerabu adalah sama dengan ulam-ulaman Laksam Kelantan. Kiranya Laksam Kelantan aku ni tumpang ulam nasi kerabu tuan rumah.

Bahan-bahan Laksam Kelantan ni memang tak susah. Mudah tapi proses nak membuatnya memang leceh dan rumit. Kalau kat kampung ni, memang tak adanya aku nak buat. Even my mom sendirik pun tak penah buat unless bila dia datang jenguk anak cucu dia kat luar Kelantan. Sebab tu bila my mom buat Laksam, kami semua surprised yang amat. Ingat ke dia xpandai buat. Katanya ‘buat apa nak buat kalau mudah nak dapat kat Kelantan.  Baik beli je.’ Dia buat bila susah nak dapat & ramai nak makan. Tapi kalau dah nama orang Kelantan, tok ke tok reti masok makane Kelate dok.

Let’s check it out resepi Laksam Kelantan ini. Resepi ni untuk 5-10 orang makan.

Bahan Laksam:
6 cawan tepung beras cap Siam (beli 2 paket)
1 cawan tepung gandum
8 cawan air / air suam
Secubit garam

Peralatan untuk Laksam:
1. Pengukus
2. Tudung periuk (periuk yang biasa orang India pakai) – tapi aku ada dulang pengukus. Memang khas untuk laksam. Siapa nak boleh try cari kat Pengkalan Kubor.
3. Berus masakan untuk sapu tudung periuk dengan sedikit minyak.

Bahan kuah:
1kg ikan kembung
1/2kg  santan pekat
2 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah saiz besar
1 inci Halia
Lada Hitam
2-3 Asam keping
Garam & gula

Bahan Sambal Belacan:
Cili padi
Cili merah besar
Belacan
Garam
Limau kasturi

Bahan ulam (semua dihiris halus):
Kacang panjang
Timun
Taugeh
Daun kesum

Cara-cara Laksam:
1.  Campur semua bahan dalam jug plastik. Kacau sampai sebati.
2. Panaskan pengukus. Sapu tudung periuk dengan sedikit minyak untuk elak dari melekat.
3. Tuang adunan ke atas dulang/tudung periuk. Nipis sahaja. Cukup sekadar menutupi keseluruhan permukaan
4.  Kukus selama 3-4 minit. Angkat dan biarkan seketika.
5. Ulang untuk dulang yang lain.
6.  Gulung laksam yang telah dimasak. Gunting bulat laksam yang telah digulung.

 Laksam yang sudah digulung

 Laksam yang telah digunting

Cara-cara kuah:
1. Rebus ikan kembung. Letak secubit garam.
2.  Tos ikan kembung. Jangan buang airnya. Buang tulang ikan dan ambil isinya (Proses leceh)
3.  Blend santan(1/2kg) , air rebusan ikan, isi ikan, bawang2, halia & lada hitam sampai sebati.
4.  Tuang adunan kedalam periuk. Kacau sentiasa.
5. Letak garam, gula & asam keping. Kalau kuah tak cukup pekat, tambah santan. Kalau kuah terlalu pekat, tambah sedikit air panas.
6.  Biar sampai mendidih. Siap.

Kuah Laksam

Cara-cara sambal:
1.  Tumbuk cili padi, cili besar & belacan.
2. Tambah garam.
3. Perah sedikit limau kasturi

Sambal belacan dan ulam kacang panjang

Lame juga aku buat laksam ni. Buat sorang-sorang pulak tu. 2 jam juga baru siap tapi semua kawan-kawan puji sedap. Alhamdulillah.

1 comment: