Wednesday, 29 August 2012

Salam Eid Fitr 1433H

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin kepada umat Islam seluruh dunia

Kami berdua tema hijau tahun ni

Aku masih bercuti so nak update banyak-banyak pun tak dapat
Next week baru balik ke Kuching
Sekarang masih menikmati baki-baki cuti
Bye

Monday, 13 August 2012

Puding Karamel

Bulan puasa ni banyak pula aku masak-masak sendiri..lebih puas hati. So salah satu desert yang aku suka is Puding Caramel. Sebelum ni pernah tolong akak aku buat, try sendiri tak pernah lagi. Tapi bila dah duduk berdua ni, jauh pulak, nak tak nak kena juga masak sendiri. Resepi dia mudah je. Aku buat setengah je dari resepi ni. Jom tengok!

Bahan-bahan Puding:
1 tin susu cair
8 biji telur
1/2 tin air
1 sudu vanilla esen
3 sudu gula

Bahan Caramel: 1 cawan gula

Cara2 untuk caramel:
1. Kacau gula dalam mangkuk dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau sampai gula pekat & tukar perang.
2. Bila tukar perang, tutup api, masukkan suku cawan air. Hati-hati sebab gula akan meletup.
3. Teruskan kacau sampai gula sebati dengan air. siap & biarkan sejuk.


Cara-cara puding:
1. Blend semua bahan-bahan puding.
2. Tuangkan dalam bekas yang terisi caramel tadi.
3. Kukus selama 20 minit Siap.
4. Simpan dalam peti sejuk. Dah sejuk baru makan.



Inilah hasilnya. Caramel aku sedikit cerah. patut gelap lagi. Even rupanya tak cantik tapi sedap. Hubby puji. Sengih-sengih aku kalau masak kena puji. Baru semangat nak masak lagi. Ok la. Selamat mencuba.

Friday, 3 August 2012

Ramadhan Buffet Dinner at Hilton Kuching

What will you get for RM 89/pax++ for Ramadhan Buffet Dinner at Hilton Kuching.
Lets have a look














There are more than the pics above. Memang worth it for those yang nak try Iftar di sini.

Homemade Simple Chicken Popia

Salam 14 Ramadhan! Selalu delay nak wish Ramadhan. Bukan sengaja tetapi terlalu banyak halangan & kekangan nak menulis blog ni. Plus perasaan low self esteem begitu meningkat sejak akhir-akhir ini. Ntah la. Macam-macam aku pikir aku nak buat dalam hidup ni. Do that, do this. Be that, be this. Learn that, learn this. Get that, get this. Go here go there. Then bila semua tu tak dapat aku accomplish pun, aku pikir negatif-negatif je la. Semoga sehingga penghujung Ramadhan kali ni, aku dapat mententeramkan diri & lebih mendekatkan diri kepada Allah yang Esa. Ameeen.

Ok, back to the topic. Aku nak bagi resepi mudah untuk buat popia memandangkan popia di bazaar Ramadhan tu hanya buat kita sakit hati je kan. Punya la mahal tapi kulit je lebih. Inti tarak! Dah la my hubby is a popia lover. So kena la buat sendiri baru puas hati nak makan.

Resepi ni resepi daripada akak aku tapi aku dah olah ikut kerajinan aku. So jadi resepi aku je la. ^_^ Memang simple. Check it out

Bahan-bahan:
Kulit popia saiz medium
200gm minced chicken brand Ramly
setengah biji bawang besar (bawang Bombay) - potong dadu
Taugeh
2 batang Carrot - parut
1 kiub pati ayam
Minyak masak 3 sudu besar

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali / periuk.
2. Masukkan bawang besar. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan ayam kisar. Kacau sampai ayam masak.
4. Bila dah masak & air ayam dah kering, masuk taugeh & carrot. Kacau sebati. Jangan terlalu lama.
5. Tambah kiub pati ayam & garam secukup rasa. Siap untuk inti. Biar sejuk seketika.
6. Inti kemudian dilipat & digulung dalam kulit.
7. Goreng kulit tadi dengan minyak panas. Siap!


Dapat 20 biji dengan kulit popia medium.

Mudah je kan. Rajin dengan tak je nak buat popia ni. Tapi bila makan tu memang rasa puas hati sebab banyak inti. Ok la. Selamat mencuba & selamat berbuka puasa.