Friday, 28 September 2012

Kami ke A Famosa Resort, Melaka

Ini cerita masa bulan raya hari tu tapi tak sempat nak post kat blog sebab busy dengan kerja. Bila ada masa ni, cepat-cepat la update supaya tak lupa nanti. Lepas raya di belah kampung aku di Kelantan, kami akan balik beraya belah keluarga hubby di Melaka tapi disebabkan kami beraya lama di Kelantan, jadi raya di Melaka tu dah tak macam raya sebab ramai saudara-mara dah mula bekerja. Lagipun saudara belah hubby tak begitu besar & kebanyakannya dah menetap di KL & Selangor. So kami decided nak pergi bercuti sahaja instead of nak beraya. Just yang wajib bila balik ke Melaka ialah melawat kubur arwah ayah mentua aku. Tu je.

So pada hari Ahad tu, around tengah hari baru kami (aku, hubby, MIL & family SIL) 2 kereta bertolak ke Melaka. Kali ni kami akan ke A Famosa. Jalan pun smooth je menuju ke selatan. Jalan dari selatan ke KL je yang banyak kereta. Untuk ke A Famosa, terus je dari plus highway dan exit tol Simpang Ampat. Then lepas tol akan nampak signboard, just follow the signboard. Kami check in di D Savoy Condo jam 2pm. By right check in dia jam 4 ptg tapi boleh request early check in kalau availability. Macam lewat je kan check in kul 4.

Bila sampai kat D Savoy Condo Tower 3 tu, rasa macam terbiar je condo ni. Foyer tu memang sunyi. Tempat parking kereta bertingkat pun tak praktikal sebab tak ada lif. Kena pakai tangga which macam salah design sebab lantai sangat rendah. Kepala boleh terhantuk kat lantai kalau turun tangga tu. So kami dua kereta parking kat luar foyer je.

Area D Savoy Condo ni sangat la luas sampai aku pun tak tahu ada berapa tower kesemuanya. Tapi yang aku perasan memang ramai foreigners kat sini. Kebanyakannya orang-orang arab. Rate condo kami was RM 305 including gov tax & service charge. FYI, kami ambil pakej condo + parks melalui website A Famosa sahaja sebab bila compare through agoda & etc, rate direct dari A Famosa much cheaper than others. 
 View from our condo

Ada swimming pool & tennis court

Master bedroom with 2 queen size beds + toilet inside

 Second bedroom with 2 single bed

living area : my SIL with her sons

Keluasan condo ni macam size apartment pun ye juga sebab ada dua bilik je. Area dining, kitchen tu macam biasa la. Lepas check in, baring-baring kejap, isi perut dulu dengan bekal kami bawak & solat. Then we were ready to our first park. Ke mana kami? To be continued

Thursday, 27 September 2012

Easy Spaghetti Carbonara

Hari tu hubby aku outstation seminggu. So bila hari dia balik tu, aku rasa nak masak western untuk dia sebab dia penggemar makanan western. Tapi kali ni aku masak cara tipu sebab pakai instant punya. Walaupun aku buat pakai instant, aku nak letak juga resepi ni.

Bahan-bahan untuk 3 orang:
1/2 paket spaghetti
1 tin kecil prego carbonara cendawan
1/2 biji bawang besar -dicincang
200gm ayam cincang
50gm parmesan cheese

Cara2:
1. Rebus spaghetti seperti biasa
2. Dalam periuk lain, panaskan minyak,tumis bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan ayam cincang dan kacau hingga masak. 
4. Tuang sos carbonara cendawan ke dalam mangkuk. Kacau.
5. Masukkan parmesan cheese.
6. Tambah garam dan gula jika perlu. Rasa
7. Siap





Hubby aku pun makan dengan seleranya. Terus licin. Sape nk try cara mudah boleh cuba macam aku buat ni.

Monday, 24 September 2012

Makan di Planet Sambal

Entri kali ini aku nak bagitau salah satu tempat makan yang best di Kuching Sarawak. Nama restoran ni ialah Planet Sambal. Lokasi restoran ni betul-betul di centre Kuching tu.


Restoran Planet Sambal ni berada betul-betul berdekatan dengan patung kucing kat atas. Kalau dari gambar di atas, Restoran Planet Sambal ni berada di sebelah kanan.

Planet Sambal, Kuching

Restoran ni tidak besar tapi panjang ke belakang. Bila masuk je dalam restoran ni, memang best sebab  interior design dia ala-ala english gitu. Pastu dengan suasana sejuk, aircond. Memang selesa untuk makan. Lagi-lagi kalau cuaca panas tu kan. Restoran ni ada 2 tingkat. Tingkat atas ada disediakan surau.


Almost setiap meja ada lampu camtu. Best kan?

Menu makanannya pula sangat banyak. Kalau lunch tu, ada lebih dari 30 jenis lauk. Dan masakan panas pun ada juga. Siap ada dessert ice cream & kek lagi. Walaupun harganya a little bit pricey compare to kedai-kedai makan lain, tapi variety of food tu memang best. Yang penting suasana pun selesa. Masa bulan puasa pun, Planet Sambal ada menyediakan buffet Ramadhan. RM 30/pax dan menunya ada local & western, dessert, pelbagai kuih muih.

So for those yang datang ke Kuching & mencari tempat best untuk makan, boleh la cuba makan di Planet Sambal ini.

Tuesday, 18 September 2012

10 Kesalahan Bermekap

Info  Makeup Mistakes that Add 10 Years ni aku baca melalui yahoo.com je. Just copy and paste but for those nak tau lebih lanjut, boleh klik sini.


Mistake #1: Using Too Much Foundation - elak 'matte', 'velvet' & 'long wearing'

Mistake #2: Over-Concealing Your Under-Eye Circles

Mistake #3: Wearing Deep, Dark Lip Colors - pakai lipstik cerah

Mistake #4: Finishing with Powder - pakai loose powder at area nose & chin

Mistake #5: Wearing Black Eyeliner - use brown instead

Mistake #6: Going Overboard with Lip Liner

Mistake #7: Using Liner and Mascara on Your Lower Lashes

Mistake #8: Skipping Blush - pakai blush

Mistake #9: Applying Lipstick Straight from the Tube - pakai brush

Mistake #10: Choosing a Too-Dark Eyebrow Pencil - pilih warna yang cerah dari warna eyebrow kita

Corat Coret Raya 2012

Ramadhan dah habis, Syawal pun dah habis juga untuk tahun ini. Sepanjang Syawal ini tahun,berjumpa bermaafan bersama keluarga itu memang wajib dah kan. Tapi yang jadi lagi seronok bila kita dapat berjumpa dengan kawan-kawan. Tak kira la kawan baik ataupun kawan biasa. Sebab bagi aku la, kawan ni memang payah kita nak berjumpa lebih-lebih lagi kalau yang dah berkeluarga. Jadi, masa raya hari tu, aku berjaya juga beraya bersama-sama kawan-kawan.

Attended wedding kawan sekolah, Fid. She's now in Sabah.

 Beraya dengan kawan matrikulasi.She's now in KL.

 Beraya & attended wedding adik kawan. She's now in Kedah.

 Beraya bersama kawan sekerja.

Wedding hubby's friend.

Sebenarnya, aku suka attend wedding kawan (kalau dapat jemputan & kalau aku berada nearby dengan tempat majlis tu). Sebabnya time tu la peluang dapat jumpa kalau dah lama tak jumpa. Nak tunggu jumpa sesaje memang payah, so kalau wedding or raya je dapat berjumpa. Tak kira la orang tu rapat dengan aku ke tak, aku cuba attend kalau tak ada aral melintang. Tapi kalau aku dah terpisah dengan South China Sea ni, memang aku tak dapat attend. Dan sejak aku pernah rasa terbiar di majlis orang, aku tapis juga untuk attend majlis orang yang aku kurang  atau tidak rapat langsung. Nanti aku sendiri yang sentap. 

Tapi yang paling aku ralat bila tak dapat attend Engagement cik blogger, nani. Awat hang tak habaq awal-awal yang hang bertunang! Kalau aku tahu, aku akan gagahkan juga attend majlis engagement dia tu.

Then masa raya tu juga aku bersama anak-anak buah aku (half of them) pergi bersantai-santai di Tutti Frutti Kubang Kerian. Makan tutti frutti kat memana pun same je tapi yang jadi best bila kami dapat makan bersama-sama keluarga. Kecoh kejap tutti frutti ni sebab kami semua tapi apa dorang kesah, kami bagi dorang untung banyak kot. Huhu. Aku sempat tapau lagi satu bekas untuk papa aku rasa.






 The youngest nephew in my family.

 Licin!
Bila balik ke Sarawak, sambung beraya bersama-sama kawan kerja pula, kawan kerja belah hubby aku & kawan kerja belah aku. Memang beraya betul. Semoga dapat berjumpa dengan semua di Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Amin.

Sambutan hari raya kolej

Monday, 17 September 2012

Makan di Ana Ikan Bakar Petai, Bangi

Ini cerita masa Syawal hari tu lagi sebenarnya tapi kemalasan melanda & kesibukan kerja menyebabkan kerja-kerja blog ni terpaksa ditunda sekejap. Menulis blog pun salah satu kerja & salah satu komitmen yang besar sebenarnya. Kisahnya, kami keluarga ni nak makan malam yang best area Kajang or Bangi since my two sisters living in Kajang and Bangi area. So bila decided tu, we choose area Bangi je since banyak choices. Bila dah survey, discuss sana sini, kami pun pergilah ke Ana Ikan Bakar Petai ni.

Direction : Dari tol Sg Besi, straight sampai exit Bangi. Then after tol Bangi, amik roundabout kiri (pukul 9). Then terus nampak Ana Ikan Bakar Petai belah kanan. Kena buat u-turn la kalau nak ke kedai ni.

Nah, aku siap amik gambar banner untuk contact.


 Lala masak masam manis pedas kot. Gambar blur sebab gelap. Kamera biasa je pun.

Pinggan aku.

Review: Biasa-biasa saja. Not my preference walaupun aku makan petai. Kami order 2 jenis ikan bakar, satu bakar biasa, satu bakar petai. Satu ikan tu boleh la. Satu ikan tu tak sedap. Then ada sotong masak petai juga. Rasanya kureng. Lala masak masam manis pedas tu je yang sedap. Kailan goreng biasa juga. Bila aku mintak kerang bakar, orang tu cakap memang tak ada. Tapi kat board menu tu, ada tulis kerang kat situ.  Lainkali jangan la tulis kan, tak pun kena tutup la kerang tu sebabnya dia memang tak jual kerang.Tapi orang memang ramai kat sini. Bagi aku biasa je and tak rasa nak datang lagi.

Monday, 10 September 2012

Borneo Oasis Wellness at Hilton Kuching

Last Friday, aku dengan hubby dah buat reservation kat Borneo Oasis ni
Aku beli melalui Groupon dengan harga RM 98 for 2 person
Kira treat aku untuk diri sendiri & hubby
The package including Foot Scrub, Body Massage & Facial treatment for 2 Hrs
Murah dan berbaloi la kan dengan tempat macam tu

 Waiting Area. Pics credit to Groupon



Masa sampai tu, tunjuk je groupon voucher, terus dorang bawak kami ke Waiting Area
Memula minum ginger tea dulu sementara menuggu dorang buat preparation
Then aku masuk bilik lain, hubby masuk bilik lain. Aku dah informed awal-awal yang kami datang laki bini. Tak best la nanti yang perempuan pulak urut laki aku. Kang aurat namanya tu.

Ini pic yang aku sempat snap


Masa treatment tu, memang syok la. Siap tertidur tidur lagi. Bilik hubby boleh dengar lagi dia urut-urut, ketuk-ketuk badan laki aku. Semangat betul therapist dia buat kerja. After 2Hrs, dorang bagi minum sekali lagi sebelum kami balik. Hubby keluar je muka berseri-seri & happy. Katanya best. 

Yang aku suka juga sebab dorang tak ada promote-promote produk ke apa. Nanti boleh la pergi lagi kalau ada promotion. Kalau nak try without promotion tu, harga per package is RM400. Memang tak la kan. So, sesiapa yang nak try massage kat sini, boleh la cuba.