Friday, 25 January 2013

Ho Chi Minh City Day 1 Part 1


Let’s fast forward dari balik kerja, straight to Kuching International Airport, took cab from KLIA to MIL’s house. Slept for only 5 hours. Woke up at 5 a.m. Took cab from house to KL Sentral, went to LCCT by bus, check-in & breakfast. Flight departed sedikit lewat disebabkan terlalu banyak aircraft pagi tu nak depart. Jem kapal terbang kata orang. Selepas 2 jam penerbangan, maka tibalah kami di Than Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh City jam 10 pagi waktu dorang. Masih awal kan?

HCMC Airport lebih kurang dengan KLIA je. Besar! Kami jalan follow the crowd menuju ke bahagian immigration.  Setel cop passport, pergi claim luggage kat tingkat bawah. Lepas tu luggage kena scan kat kastam pulak. Ada orang cite, kat sini Kastam akan tanya kita berapa banyak bawak duit, cek dompet apa sume. So dorang advice supaya letak sikit je duit dalam wallet. Lebih simpan dalam kocek. Aku pun buat benda yang sama sebab kalau dorang tahu kita bawak duit banyak, dorang akan cakap macam-macam untuk pau duit kita. Correction! Aku bawa sikit je. Ni more to orang tujuan berbusiness. Tapi bila aku lalu & setelkan scan beg semua, tak ada pulak kastam dorang buat macam-macam. Tak tanya langsung pun. Ke aku salah lalu? Tak kisahlah. Janji kami selamat.

Terkejut gila aku bila keluar je dari pintu airport tu. Ramainya manusia! Dorang macam tunggu artis Korea nak datang je. Penuh orang sampai aku tak nampak jalan. Dengan berhati-hati, kami terus belok ke kiri menuju ke Taxi Stand untuk naik cab. Macam diberitahu, cab yang boleh dipercayai hanyalah Vinasun & Mai Linh sahaja.


Dari persediaan awal, aku dah tahu tak perlu que untuk naik cab. Tapi bila sampai kat situ automatic akan jadi blur.  Tak faham sebab semua orang berebut naik cab. Tak tahu dorang yang berebut naik cab tu dah ada tiket beli dari dalam airport ke, chartered cab ke apa. Lastly kami approached mamat baju hijau and cakap District 1. Dia tulis apa benda kat kupon and pass kat kami. Terus dia tahan cab Vinasun yang 8 seater untuk kami. Kira macam nasib sape dapat cab kereta biasa atau cab besar.

Naik je cab, aku tanya driver meter or not? Dia tak paham weh. Aku sebut meter! Meter! Dia blur tak paham. Lastly malas nak bercakap, aku tunjuk address Tuan Travel. Dia sebut ok and terus drive. Kami akan menuju ke Tuan Travel dahulu untuk setelkan pembayaran pakej ke Chu Chi Tunnel and Mekong Delta pastu baru pergi ke hotel menaiki cab yang sama. Mula-mula  aku dengan hubby pening juga macam mana nak bagitahu driver suh tunggu sementara kitaorang menyetelkan pembayaran di Tuan Travel.

Last-last, bila sampai kat tempat Tuan Travel, aku je turun. Hubby stay dalam cab. Kang kalau dua2 turun, cab tu blah pulak. Kami cakap wait! Wait! Dia angguk.  Haha. Pening weh sebab memang bercakap macam ayam dengan itik.


Aku dah booking awal pakej Chu Chi Tunnel & Mekong Delta dengan Tuan Travel melalui email. Mudah. Sampai je tunjuk email & buat pembayaran. As mentioned on my previous post, pakej Chu Chi Tunnel = USD 7 & Mekong Delta = USD 10. Tang nak bayar, aku bagi USD, dia cakap tak ada balance. Dia cakap pay in VND pun boleh. Pulak dah. So baik korang prepare duit secukupnya.

Setel pembayaran, kami proceeded to the hotel. Tunjuk je hotel address kat driver, dia terus angguk & cakap ok. Total cab dicaj = VND 180 K. Within range sebab kalau area District 1 ni harga cab memang between VND 100 K– VND 140 K. Tapi disebabkan kami stop kat Tuan Travel terlebih dahulu, so normal lah lebih sikit.

Aku booking Asian Ruby 4 Hotel through Agoda. Tapi ntah kenapa aku terlalu sengal time booking hotel ni, aku ambil room for 2 tapi number of person just 1. Boleh? Memang kerja booking hotel ni kerja aku je salama ni tapi kali ini aku boleh buat silap. Disebabkan kesilapan itu, kami kena bayar extra USD 30. Rugi duit shopping. Nanti aku cerita satu lagi benda sengal aku buat untuk bayar lebih kat hotel ni.



Rege hotel ni untuk 4H3M ialah lebih kurang RM 500 including breakfast. Free wi-fi lagi. Ok what. Not that bad. Tak jauh pun dari Bent Thanh Market. Belakang sikit dari Hotel Saigon Pink 2. Hotel yang ramai orang Malaysia stay. Bangunan-bangunan kat Vietnam ni tak boleh bukaan depan lebih dari 4m. Jadi bangunan dorang tak lebar tapi memanjang ke belakang.

Dah check in, letak luggage, berehat & solat. Tips : Sila print out/download siap-siap waktu solat di sini. Tak ade la semenggah nak cari prayer time setiap waktu. Then we're ready to explore tempat-tempat menarik di HCMC. Ke mana kami? To be continued on Part 2.

No comments:

Post a Comment