Tuesday, 26 March 2013

Kelengkapan Menunaikan Umrah

Kat sini aku nak share beberapa kelengkapan yang aku bawa semasa menunaikan umrah selama 12 hari 11 malam di sana.

Jemaah Wanita
  • Telekung sembahyang tanpa kain – 2 helai
  • Mini telekung - optional
  • Jubah pelbagai warna – 5 helai sebab kalau pergi sana, kita akan cuci jubah untuk rotate. Then maybe kita akan beli juga jubah sehelai dua untuk kenangan diri sendiri.
  • Seluar panjang/ tights / leggings - 3 helai - yang ni penting sebab bila pakai jubah, wajib pakai seluar panjang sebab takut menampakkan aurat bila kita naik jabar-rahmah ke, naik bas ke, langkah sana, langkah sini. Lagipun bila kita solat, kita tak pakai kain telekung so bila sujud ke, kita memang tutup aurat sentiasa unless korang ada beli stoking yang panjang sampai ke paha. 
  • Tudung biasa - 2 helai
  • Sarung lengan – 3 pasang
  • Jubah umrah warna putih (sunat bewarna putih ketika menunaikan umrah) – 2 helai
  • Telekung ziarah - optional tapi aku bawa. best sebab mudah. Pakai untuk ziarah ke masjid-masjid. Mudah untuk buat sembahyang sunat. Praktikal untuk bila-bila masa. So sangat suggest untuk bawa.

Telekung ziarah. Aku bawa seperti di atas cuma warna hitam. Gambar source : google

  • Stoking  & sarung kaki – 5 pasang.

Sroking wudu'. Credit pic to google
Aku tak suggestkan bawa stoking wudu' sebab not really practical to me. Kalau nak sembahyang pun rasa susah sebab mudah nampak aurat kaki.

  • Singlet berzip tidak berlengan - optional tapi praktikal untuk letak duit, kamera / handphone
Contoh singlet berzip tidak berlengan. Source : google

  • Baju tidur
  • Sejadah kecil
  • Kasut tawaf - wajib bagi aku bila di Mekah terutamanya bila nak mengerjakan tawaf dan saie. Aku hanya pakai sarung kaki bila ke masjid, tapi bila nak solat, tawaf dan saie, aku akan sarung kasut ni. Kasut tawaf ni sangat helpful lebih-lebih lagi kalau yang anti-slippery macam gambar kat atas ni. Kalau kat Mekah memang banyak jual. Kalau tepi jalan tu just 5 Riyal untuk 3 pasang tapi bukan anti-slippery. Kalau jenis anti-slippery dijual dikedai-kedai dan harganya around 3 - 5 Riyal sepasang. tapi worth it la kan.
  • Selipar ke masjid (better jenis sarung sebab pakai stoking)
Jemaah Lelaki
  • Kain ihram – 1 psg / 2 psg (bergantung kepada kekerapan menunaikan umrah)
  • Tali pinggang
  • Jubah – 5 helai
  • Seluar jubah – 2 helai
  • Seluar slack – 2 helai
  • T-shirt – 2 helai
  • Kopiah
Kelengkapan Am

Vaselin *
Pelembap muka *
Toiletries *
Pencuci baju
Panadol, ubat selsema, ubat sakit perut *
Minyak angin, minyak panas *
Vicks
Nose inhaler
Eno *
Strepsils *
Gunting / nail clipper *
Marker Pen
Penyangkut baju
Botol air spray
Buku doa / Al-quran / Yassin

yang bertanda * tu extra penting!

Hope kelengkapan yang disenaraikan di atas dapat membantu jemaah yang ingin menunaikan ibadah umrah serba sedikit.

5 comments:

  1. kasut tawaf tu beli kat mana? ada jual x kat malaysia?

    ReplyDelete
  2. kasut tawaf tu beli kat sana
    tapi kalau kat Msia, cuba usha kedai2 muslimah atau kedai brang umrah ziarah.
    My MIL beli masa dia g usrah, ada orang jual RM10 sepasang

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.byk membantu.doakan perjakanan saya julai nanri berjln lancar.

    ReplyDelete
  4. kasut tawaf ade jual kat kedai2 jual kelengkapan umrah. hi owner.. saya menitis air mata baca coretan awk.. sama mcm saya.. saya pon pegi umrah feb 13 aritu.. mmg tk tergmbar keseronokan.. wlwpon pegi negara2 lain saya ttp terdetik ckp Mekah madinah the best..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsi info tentang kelengkapan Umrah wanita ini, sangat membantu untuk saya yang kali pertama nak tunaikan Umrah.. JZKK.. :D

    ReplyDelete