Thursday, 19 September 2013

Cerita Kenduri & Adat Kenduri di Kelantan

Salam bersiaran.. tuan punya blog memang sepi amat selepas 3 bulan buat quick update.
Banyak sangat masalah 3 bulan ni lebih-lebih lagi masalah update blog. Actually gambar banyak miss-placed, internet server down hampir setengah tahun lamanya kat opis (aku tak update kat opis tapi dengan tak adanya internet, maka mood pun tak ada juga), bla bla bla & bla.

Sebab ini blog aku punya, so aku nak update yang latest punya je. Yang entry tertunggak tu, kena tunggu mood lain pulak. Hehe.. Ok Ramadhan & Syawal dah lepas. Ini cerita bulan Zulkaedah punya.

Last week my mom buat kenduri solat hajat & kesyukuran sempena my bro nak further study & my sister nak buat akikah anak dia. Kira ada 2 tujuan untuk 1 kenduri tu. But aku dah tahu my mom ni kalau nak buat kenduri makan ke, kenduri solat hajat ke, kenduri kesyukuran ke, dia tak nak sikit-sikit, dia nak sederhana (eh?). Katanya alang-alang (sorry mommy).

Kenduri family aku ni (belah mak) jenis suka masak sendiri. Tak pakai catering sebab my mom lah chefnya, dialah juga QCnya. Even my makcik also ada servis katering. But on that day my makcik not available sebab ada tempahan katering. So my mom & teamnya (sedara-sedara jauh) masak pada hari kejadian.

Untuk kenduri sederhana ni sahaja kami korbankan 3 ekor kambing, 20 ekor ayam, xx kg daging, sayur dalca, acar, laksa, laksam, dessert, etc2. At first nak tempah khemah juga tapi nasib baik my bro control my mom. (Oh ibu). Takut x control kenduri sederhana jadi lebih sederhana pula. Ok meh kita layan menu-menu yang dah siap di masak.

Persiapan tempat was done by my lil bro

 Menu: Laksa Penang & Laksam Kelantan

 Dessert: Puding trifle & buah

 Dessert: Tapai pulut (sedara buat), ketupat tawar & manis (mak buat), kuih tepung gomok (sedara buat), pisang dari kebun & air zam-zam (my sis)

 Acar

 Ayam percik

 Gulai daging

 Kerutuk kambing

Gulai kambing

Menu paling glemer & 'selling fast' was kambing bakar. Memang nak snap gambar pun tak sempat. Orang asik mintak refill je. Ok aku lapar masa update blog ni bila tengok makanan.

Oleh sebab ini dinamakan kenduri solat hajat & kenduri kesyukuran, maka mak & ayah sure akan jemput tetamu datang kan? Ha yang aku nak cerita is, bila orang Kelantan ni dijemput untuk hadir kenduri seperti ini, mereka tidak akan datang dengan empty hands. Iye. Itulah salah satu budaya yang aku suka. Kebiasaannya mereka akan datang bawak sekilo/ 2kilo gula / beberapa tin susu pekat / susu cair / koktail buah / tin biskut / kek / buah / apa-apa sahaja yang diterima. Duit tak diterima unless untuk my bro yang nak further study tu.

My bro-in-law & hubby especially macam a lil bit surprise. Last my mom buat kenduri mungkin masa wedding aku. So benda ni sangat rare dorang tengok. Aku pun explain la pada dorang ni. Pastu bole my BIL cakap "Kalau kita buat kenduri kt KL, boleh tak kita request tetamu bawa topup Touch&Go ke, voucher Parkson ke, voucher makan ke" Hehehe. Bole? Ini bukan kita request tetamu bawa tapi memang dah jadi adat di Kelantan kalau pergi kenduri, kena bawa sesuatu. My sis cakap "Kat KL mana ada, dorang datang dengan tangan kosong je"

Habis je kenduri tu, kami menerima lebih dari 30kg gula, berpuluh-puluh tin susu, tin biskut, tin cocktail, kek, buah & etc2. Ok aku tak snap gambar sebab terlalu letih. Ini belum majlis kahwin aku aritu. Memang tak yah cite la. Jadi kami anak-anak mak yang dah kahwin ni pun amik la gula susu sume ni untuk buat stok kat rumah masing-masing. Hehe. The rest tu tak tahu la. Mungkin mak aku sedekah pada jiran / bagi pada sedara yang buat kenduri lain. Jadi susu gula tu recycle la kan?

1 comment:

  1. lamanya mu senyap weih.. cepat update hahaha..

    ReplyDelete