Sunday, 27 October 2013

Kursus dan Jalan-jalan di Kuantan

Salam semua. Ini nak cerita awal bulan Oktober. Bulan Oktober adalah bulan paling aku sibuk. Travel sana sini. 1 -5 Oktober hari tu aku dan colleagues kena berkursus di Kuantan. Tapi kursusnya kurang. Jalan-jalan je lebih & cerita ni tak ada kaitan dengan kursus. Cerita makan je banyak.

Excited first time sampai Kuantan dengan flight. Me with Edna.

Since one of my colleague memang orang Kuantan, jadi kami stay di rumah mak sedara member sahaja. Bila dah diberi kereta tu, kami apa lagi, ambil kesempatan meronggeng Kuantan. Meronggeng ke?

First day petang tu kami ke gerai Pok Su dan Mok Su di area Tanjung Lumpur. Tempat ni memang glamour tapi aku tak ambil pula gambar kedai. Tapi aku pasti gerai Pok Su Mok Su ni bersebelahan dengan Balai Polis.

 semua dicelup tepung

Satar

Kami order tom yam sebab lapar tak lunch. Makan dengan nasi putih dengan lauk-lauk celup tepung. Tom yam dia memang terbaik wa cakap lu. Licin eh kami hirup kuah tom yam. Memang termimpi-mimpi. One of the best tempat makan wajib pergi bila ke Kuantan.

Then second place kami pergi pada malam lainnya of course Ana Ikan Bakar Petai yang original. Tempat asalnya. Tempat asal Ana Ikan Bakar Petai kat tepi pantai di Tanjung Lumpur tau. Kalau kat tepi jalan besar tu cawangan dia.
 Dengan partner kursus lain dan mak sedara kawan

 Our menu. Ikan masak sweet sour, sotong celup tepung, ikan bakar petai, ketam masak telur masin

Sebenarnya banyak gila menu kami & makan sampai kenyang. Alhamdulillah. Ketam masak telur masin tu memang best sangat. Kalau nak pergi sini, kena pergi sebelum maghrib sebab bila lepas maghrib takut tak ada tempat. Memang full house lebih-lebih lagi kalau weekend.

Lagi cerita pasal makan. Last day lunch kat Kuantan, kami ambil kesempatan makan nasi arab. Makan nasi arab ni pun one of my favorite tapi kali ni kami nak bagi membe kami non muslim merasa macam mana nasi arab sebab mereka tak pernah makan kan. Ayoyo. Lupa nama kedai tapi berdekatan dengan bangunan India Street. 


Ada beberapa tempat lagi tempat makan yang kami pergi tapi tak ada gambar macam western di Pantai Telur Cempedak & Satay Zul. Satay Zul ni satay yang glamour kat Kuantan. Isi satay pun besar-besar.

Last day juga selepas makan nasi arab, we were heading to Sungai Lembing. Aha! Tempat yang tak mungkin aku dan member2 jejak kalau tak ada sedara tapi since my colleague ni nak visit her mother in law yang stay kat Sg Lembing, maka kami pun berjaya juga menjejak kaki kat sini.

Whooo.. What I can say is, very2 interesting place. Kalau korang rajin google map & search Sg Lembing, tempat ni penghujung jalan which kawasan Sg Lembing ni tak bersambung dengan daerah lain. Maknanya kalau penjahat dah lari kt Sg Lembing ni, then polis wt roadblock, confirm kena tahan. Gitu la lebih kurangnya. Amboi panjang lebar aku cerita.

Apa menarik kat Sg Lembing? Satu pekan kecil lama, pekan koboi yang tenang & aman. Tu je. Tapi ada satu bekas lombong bijih timah yang dijadikan muzium. Then satu perkara yang aku baru tau, shooting Harum Sundal  Malam berlangsung di Sg Lembing.


Then lepas pusing-pusing pekan, kami ke rumah MIL my colleague. Aku kira nenek sebab dia memang baya-baya nenek. Tapi masih gagah ok. Agaknya umur nenek dalam 70 tahun. Tapi kawasan rumah memang bersih. Terbaik. Memang best gila area rumah dia. Macam dalam movie-movie raya gitu. Bunga-bunga nenek jaga hidup segar ok. Curlasss...

Jalan-jalan ke Kuantan & Sg Lembing memang best. Hope dapat makan-makan kat Kuantan lagi.

No comments:

Post a Comment