Saturday, 18 January 2014

Trip Hatyai - Krabi Day 2

Ok jom sambung trip aku. Hari ini aku berada di Krabi. Menginap di J Hotel. Apa yang best dengan J Hotel ni sebab lokasi yang strategik. Dekat dengan pantai, depan hotel ada kedai makan halal. So pagi ni aku dengan hubby akan buat Island Hopping. Before tu kami breakfast di kedai makan halal depan hotel je.


Hubby order nasi goreng, aku pulak order nasi putih ayam black pepper. Harga breakfast kami dua 190 THB / RM 19. Standard kawasan pelancongan. Kami tak risau breakfast kat situ sebab senang dapat jenguk orang yang akan jemput kami untuk ke 4 Islands. Ada pakej ke islands lain juga macam James Bond Island, Phi phi Island & etc. Tapi kami dah rasa semua islands tu masa trip ke Phuket dulu. Kali ni nak try islands berbeza la plak kan. Variety sikit.

Dah selesai breakfast, patah balik ke hotel untuk tunggu orang pickup. Ramai la mat saleh-mat saleh yang menunggu pergi islands hopping juga. Akhirnya datang juga ejen pickup kami. hehe. Terkejut aku tengok mini bus yang datang. Tengok orang lain naik van je. Lucu jugak.


Then tunggu ejen pergi ambil semua customer dia kat hotel berbeza. Best juga naik bas ni sebab natural aircond kekdahnya. Dah habis pickup, berkumpul kat tepi pantai. Kat jeti. Diberi taklimat dulu, tau kumpulan dulu, then baru pergi ke boat. Excited nak naik long tail boat nih. 




Tapi padat betul dalam boat ni. Yang berdiri depan sekali tu kami punya tourist guide. Tapi aku rasa sorang pun tak faham apa dia cakap. Cakap syok sendiri ikut slang Thai. First destination kami ialah mandi laut. 


Bot akan stop kat tengah-tengah lautan and suruh kita lompat. Snorkeling tengah laut tengok under water. Kalau mat saleh tu memang cepat. Trus grab goggle then swim. Macam aku yang kureng pandai berenang, nak kena pkai life jacket dulu. Tapi snorkeling kat tengah laut memang best. Air hijau biru, clear water. Tengok bawah nampak ikan, nampak coral. Best sangat. Kalau bawak roti, banyak la ikan datang kat kita.



Dah snorkel setengah jam gitu, kami ke 1st Island. Chicken Island katanya. Sebab pulau tu memang bentuk ayam. Tak percaya? Nah tengok. Memang macam ayam berak kapur (-___-)


Ha tengok..nampak tak ayam belanda kat situ? Hehe. Kat sini tak berhenti sebab tak ada pantai. Just bot pusing-pusing macam donut. Sebab guide tu explain kat kami, dorang akan pusing bot macam donut. Haha. Dia nak cakap pusing circle. Macam donut pun boleh bang.

Lepas snap pics dari sume angle, kami teruskan ke 2nd island iaitu Tup Island. Kat sini memang best sebab boleh berjalan dari satu island ke satu island. Merentas 2 pulau dengan jalan kaki.


Kiri kanan aku pantai. Syok. Pastu pergi dari satu pulau ke pulau sebelah. Dalam sejam juga kat Tup Island ni. Dari Tup Island kami ke Poda Island plak. Tapi aku tak pasti btul-btul stop kat Poda Island ke atau Lost Island. Sebab pulau tu macam untuk orang lost je. Tak ada orang lain. Katanya tak nak serabut dengan banyak-banyak bot. Kat Poda Island ni, kami berhenti lunch.


Kat Poda Island ni mat-mat saleh ambil kesempatan sun bathing la. Aku dengan laki sibuk cari tempat bawah pokok. Tak nak panas. Legam nanti. Makanan dia was so-so je. Masakan Thai.


Lepas Poda Island, kami ke Phranang Cave. Kat sini macam meriah sikit. Macam tempat wajib untuk stop.



Beberapa tourist lain termasuk kami follow tour guide untuk dengar history gua ni. Kat sini ramai datang untuk meraka mohon hajat. Katanya sesiapa nak zuriat boleh la mohon hajat kat sini. Jangan lupa bawak juga replika "tuut". Cerita dia ada kaitan dengan mahsuri Langkawi juga.





Mat saleh ambil kesempatan buat rock climbing kat sini. Island ni ada juga toilet. Lepas Pharang Island, kami balik ke pier. Sebelum lewat petang dah sampai hotel. Balik J Hotel, kami rehat-rehat, terus nak window shopping kat sekitar Krabi. Shopping dress best juga kat sini. Macam-macam pilihan.



Petang tu jalan-jalan tepi pantai ingat nak juga tengok sunset tapi malangnya cuaca mendung je. Matahari pun menyorok belakang awan. Malam tu kami ulang balik makan kat kedai makan depan hotel.


Tom yam dia mengancam. Sedap. Banyak pulak tu. Kecur air liur tengok tom yam. Malamnya kami pergi massage. Depan hotel juga. Kalau dah datang Thai, kena la massage sebab murah. Sejam untuk 2 orang baru 400 THB. Besok kami akan patah balik ke Hat Yai. To be continued.

No comments:

Post a Comment