Thursday, 13 February 2014

Light & Easy Vacay to Padang-BukitTinggi : Day 1

Bismillah. Trip kami yang tahun lepas punya tapi baru berkesempatan nak masukkan dalam blog. Better late than never right? But I'm always late. Entri kali ini nak share pengalaman bercuti ke Padang-Bukit Tinggi dengan siapa lagi kalau bukan suami sendiri. My trip partner, my everything. Tiket dibeli dah lama. Macam biasa. Harga tiket flight kami dapat untuk 2 orang return : RM 288 (inclusive baggage 20kg each return, seat booking return). Ha murah kan? Luggage tak menahan ambil 20kg sorang. Prepare for the worst katanya. Ok. Biasalah, bila dah menginap di Sarawak, kami kena double tiket. Tiket flight Kuching-KL aku tak ingat berapa RM.

Kebiasaannya, kami balik ke KL dulu. Rumah my MIL. Then the next day baru kami ke airport sekali lagi untuk ke next destination. Tapi disebabkan kali ini kami punya flight dari Kuching dah malam, kami decided nak stay kat airport je. Sebab buat letih je sampai KL jam 9 mlm, pagi besok pukul 6.30 pagi dah kena ada kat LCCT lagi kan. So both of us agreed untuk stay kat LCCT je malam tu. Sebenarnya agak letih sebab kami kerja full day, balik keje terus rushing ke Kuching Airport. Dah sampai LCCT plak, tak ada tempat rest. Double letih.

Flight kami ke Padang (18/5/13) jam 7.50 pagi. Dari malam sampai ke subuh tu, kami tak tidur sangat. Pejam mata gitu-gitu je. Lepas satu kedai ke satu kedai kami lepak. Aku dengan hubby tak mandi pun pagi tu. Just cuci muka & gosok gigi. Ok gamble. Kata tourist. Yeeekk kan tapi what to do. Redah je. Masa kat LCCT tu, kami try juga cari money changer sebab masa kat Kuching memang tak sempat tukar. Dua-dua busy. Tapi, gila mahallah currency bank kat LCCT tu. Banyak rugi. So, we decided nak tukar kat Padang. Double gamble. ;p Lepas breakfast kat Taste of Asia tu, kami proceed check in & ready to depart.

Sekejap je ke Padang ni. 1jam 10 minit je kot. Masa kami tunggu tu, tak ada orang kita sangat. Banyak mak cik, pak cik Indonesia nak balik kampung asal je. Sampai je kat Padang Airport jam 8pg (local time). Padang airport ni kecil je, pastu queue imigresen panjang berjela. Dah keluar airport, kami dijemput oleh supir yang kami dah booked dari Aldi. Sila contact aldi_safri@yahoo.com kalau nak tanya pasal khidmat supir ni. He's very efficient. Hantar query hari tu, hari tu juga dia reply. Tapi Aldi hantar orang dia je. Dia mengurus je kot. Masa supir jemput, kami cakap nak tukar duit dulu. Luckily, berbaloi-baloi tukar kat Padang Airport tu. Jauh lebih untung la. Syukur kami.

Kami dapat naik van Avanza baru. Seronoknya. (^_^). Supir ni aku lupa nama. Memula supir tanya nak breakfast dulu ke, kami kata boleh juga. Walaupun dah breakfast kat LCCT tadi. Keluar je dari airport, dia bawa kami ke kedai makan. Kedai ni memang tak jauh dari airport. Kedai ni kecil je & tak ada orang sangat. Supir cakap kedai ni sedap dengan soto.


Bila makan soto ni, memang betul cakap supir tu. Sedap bangat. Boleh mintak nak soto lauk apa. Aku ambil lauk daging, hubby ambil lauk paru goreng. Memang licin kami makan. Just IDR 30K untuk breakfast. Supir tak makan. Dia kata dah breakfast.

Habis breakfast, supir bawa kami pusing-pusing Padang. Memula macam tak expect juga nak pusing Padang sebab tak ada janji pun dengan Aldi tapi supir cakap sebab masih awal, so dia bawa tengok sikit-sikit kota Padang. Kami pun ok je la. Yang tak ok, dia bawa Avanza slow sangat. 40-50 km/j. Kematu aku. Tak biasa naik kereta slow-slow. Bila dia bawa slow, perut kenyang, badan penat, apa lagi. Mengulit mata nak tido je la kan. Haishh.


Tak ada yang menarik sangat pun dengan Kota Padang ni. Kami pusing-pusing dalam kereta je. Tak turun singgah mana-mana pun. Dah habis pusing, kami cakap kat supir untuk proceed je ke Bukittinggi. On the way ke Bukittinggi, kami cakap nak tidur. Sebab mata mengantuk tak tidur dari semalam. Dua-dua collapse.


Perjalan ke Bukittinggi tu lebih kurang macam ni la. Bengkang bengkok. Gunung ganang je kiri kanan. Tiba-tiba supir kejutkan kami bagitahu yang dah sampai ke Lembah Anai Air Mancur.





Entrance fee ialah IDR 6K je untuk 2 orang. 3K la seorang. Bila nak berjalan ke air terjun tu hati-hati sikit sebab banyak monkeys & dorang dok sepahkan sampah-sampah. Kutip makanan. Takut terjah kat kita je kan. Tengok air terjun terus segar bugar. Kami mampu cuci muka & bergambar je la. Air nampak dalam gila. Ada 2 orang budak tengah mandi tu memang berani la.

Dah puas gambar, posing sana sini, kami teruskan ke next destination. Masa ni kami dah segar sikit pekena air terjun tu. Mata pun dah boleh bukak, tengok keindahan alam kiri kanan. Supir pun meneruskan ceritanya. Hehe.





2nd tempat persinggahan kami ialah Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau. Huh. Panjang nak taip. Bila aku sampai sini, terus terfikir yang students aku sure seronok kalau dapat jalan-jalan tengok architecture ni. Bukittinggi ni memang salah satu tempat terbaik untuk tengok architecture. Tapi atap minangkabau ni memang susah nak design. Teringat masa keje kontraktor dulu, out of scope design roof macam ni. Luar bidang. OK. Membebel benda lain pula kan.

Kat dalam rumah minang ni, ada staf dorang yang explain macam-macam. Rumah ni dibina tanpa paku. Sume jenis masuk dalam tiang je. Beam, column sume tak paku. Intai-intai memang tak berpaku tapi ntahlah. Tak payah kusut-kusut. Pastu bila puas pusing tingkat atas, kita turun ke tingkat bawah rumah, ada pelamin kahwin mengikut adat minang. Boleh try baju kahwin kat sini.


Aku je la syok sendiri try baju kahwin minang ni. Masa kahwin-kahwin dulu tak merasa, kat sini boleh la try. Hubby tak nak try sebab leceh katanya. Biasalah. Pastu gambar sana sini. Caj baju kahwin IDR 35K. Sila cuba, jangan tak cuba.


Next kami proceeded ke tempat makan. Lunch woi. Lapar dah. Kami lunch di Rumah Makan & Restaurant Pak Datuk. Jangan risau la. Ini tempat standard kita akan sampai kalau dah pakai tour pakej. Sebab aku nampak bas pun ada berhenti kat sini.



Dah namanya datang ke Padang & Bukittinggi, makanannya pun sah-sah la nasi Padang. Waduh. Banyaknya lauk. Fenin aku. Makan apa yang nak je kan. Nanti dia kira mana yang kita sentuh je la. Kat sini aku order air avokado tu kan. Glemer kat Indonesia kalau air avokado ni. Tapi bagi aku tak sedap. Ntahlah. Tak kena dengan selera tekak aku. Tak habis minum, order air kosong. Air kosong juga yang sedap. Total kami makan kat sini ialah IDR 75K.




Lepas lunch kat Pak Datuk, kami dibawa ke tempat-tempat shopping. Tempat standard untuk dibawa untuk orang-orang macam kita ni. Tapi aku tengok-tengok je. Mood shopping tak sampai lagi kot. Tapi memang tak planning nak shopping sangat. Luggage je over beli. 

Habis window shopping kat sume tempat ni, kami akhirnya di hantar ke hotel. Finally. Dapat juga jejak kaki ke hotel. Punyalah lama. Katil tu yang memanggil-manggil. Aku booked Grand Kartini Hotel melalui agoda. IDR 1,080K untuk 3 malam. Proses cek in mudah. Tunjuk je voucher agoda, setel. Patut kami dapat bilik lain, tapi bilik tu tak ready lagi. Ada guest late check out. So dorang choose kami untuk tunggu atau tukar bilik lain. Katanya rate yang sama just single bed. Tapi sebab badan penat kan, kami ignore je katil tu. Malas nak tunggu lagi dah.


Aku puas hati dengan hotel ni. Hotel baru. Ada wifi. Lepas check in, mandi & etc & etc, kami terus tidur. Tidur sampai besok pagi tu. Haha. Gila letih. Sebab semalamnya kerja, pastu travel, pastu tak tidur, kami qada' tidur malamnya. Ok lah. Tamat entri hari pertama aku. Panjang berjela. Tunggu entri aku untuk day 2 pula ye.

8 comments:

  1. wish list aku.. lepas ni leh rujuk entry mu ni..

    ReplyDelete
  2. Salam dari bukit tinggi.
    Salam pada tuan/puan.kalau ada yg nak datang bercuti kepadang dan bukit tinggi..kami boleh bantu uruskan percutian tuan/puan.kalau berminat sila hubungi kami di talian
    Talipon.:+6281363990477.
    Whatsapp.:+6285374176166
    Fb.:komen ajo
    Email.:armanpribadi123@gmail.com

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Kami menawarkan perkhidmatan dan pakej percutian ke Padang Bukittinggi.Urusan dilakukan di Malaysia sahaja.Mudah dan murah.Hubungi kami ditalian 0126665436 untuk pertanyaan ground pakej.
    Email:aziman68@gmail.com
    Untuk membaca komen2 pelanggan kami,sila ke:
    http://freelancetour.blogspot.com
    Insyaallah yang terbaik kami berikan dan jaminan kepuasan wang di kembalikan untuk anda!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Salam dari MINANG KABAU .yang biasa disebut dengan nama BUKITTINGGI PADANG..Salam juga dari saya ARMAN BUKITTINGGI.bergerak di bidang pelancongan sebagai pemandu wisata dan driver...Saya nak tumpang iklan kat sini..Bila ada tuan dan puan yang nak rancang melawat ke bukittinggi padang.Tapi tak ada contact untuk uruskan lawatan nya..Jangan risau..Saya boleh membantu uruskan lawatan nya..Untuk dapat kan info nya.sila contact saya di talian..
    Call/sms/whatsapp..
    +6285374176166
    E-mail.armanpribadi@gmail.com

    Terimakasih ....

    Wassalam...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Salam dari MINANG KABAU .yang biasa disebut dengan nama BUKITTINGGI PADANG..Salam juga dari saya ARMAN BUKITTINGGI.bergerak di bidang pelancongan sebagai pemandu wisata dan driver...Saya nak tumpang iklan kat sini..Bila ada tuan dan puan yang nak rancang melawat ke bukittinggi padang.Tapi tak ada contact untuk uruskan lawatan nya..Jangan risau..Saya boleh membantu uruskan lawatan nya..Untuk dapat kan info nya.sila contact saya di talian..
    Call/sms/whatsapp..
    +6285374176166
    E-mail.armanpribadi@gmail.com

    Terimakasih ....

    Wassalam...

    ReplyDelete
  6. Buat pengetahuan semua, Aldi Safri tiada kaitan dgn mana2 syarikat @ agent pelancongan lain krn Aldi menguruskn syarikat dia sendiri iaitu Starlight Tour & travel. So, dialu2kan kpd yg ingin @ masih tercari2 khidmat driver & transport utk percutian ke pdg-bktggi, sila pastikan anda menghubungi Aldi hanya di no +6281363385879. Jgn mudah percya dgn org lain yg mengaku dia adalah kenalan Aldi & blh menguruskn percutian anda bagi pihak Aldi kerana Aldi sendiri yg akan mnguruskan dari A-Z. Sudah byk kes2 penipuan mcmni. So....tolong hati2...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum....
    Salam dari saya..Arman BUKITTINGGI.
    Bergerak di bidang pelancongan sebagai driver dan tour guide..saya nak tumpang information kat sini..
    Bila ada Tuan dan puan yang nak buat rancang an untuk melawat ke bukittinggi padang.tapi belum ada contact untuk uruskan..Jangan risau.Saya boleh bantu untuk mempermudah urusan lawatan Tuan dan puan..untuk dapat kan information nya.sila contact saya di talian...
    Call./sms/whatsapp..+6285374176166

    E_mail.armanpribadi123@gmail.com

    Terimakasih..semoga bermanfaat....


    wassalam...

    ReplyDelete
  8. servis aldi safri memang terbaik...

    ReplyDelete