Tuesday, 22 April 2014

Spring at Home

Salam & selamat semua
Sekarang ni tengah musim spring di bahagian Europe mahupun north Asia mahupun mana-mana la yang tengah musim spring. Mesti cantik kan kalau dapat travel pada musim spring. 
Teringin sangat nak merasa tengok bunga-bunga tengah kembang.
Disebabkan tak tahu bila aku akan dapat merasa spring kat negara orang, aku tak perlu pergi jauh-jauh.
Kat rumah mak aku kat Kelantan pun tengah musim spring.

Awal bulan April hari tu aku balik ke kampung. Saje jenguk mak ayah aku.
Lagipun aku cuti lama, seminggu. Memang plan nak balik ke kampung since 3 bulan lebih aku tak balik, tak jumpa mak ayah aku. Bagi aku 3 bulan tu adalah lama.
Balik kampung memang best, double best bila dapat tengok bunga-bunga mak aku tanam tengah kembang dengan seronoknya kat laman rumah kami.
Tengoklah.




Actually banyak je lagi bunga tengah kembang tapi aku tak snap habis. 
Seronok wei dapat tengok bunga kembang. Mak aku ni memang kaki bunga. Pantang nampak. 
Pokok bunga kat rumah Kelantan tu memang banyak. Pastu kalau mak aku pergi jalan jauh sikit, benda yang paling dia risau, tak ada orang siram pokok bunga dia. Hihi.
Just aku rasa anak-anak dia tak menurun ikut dia, tak minat tanam pastu tak pandai jaga pokok bunga.

Untuk lebih menggembirakan mak aku terutamanya, mak ayah aku telah pergi ke London untuk melawat adik aku yang tengah belajar kat sana pada minggu lepas. Kasi mak aku tengok bunga cantik-cantik sampai puas kat sana.




Adik aku cakap, mak aku nak petik bunga-bunga tu sume. Hihi. Tu pun dia bawak balik benih bunga tulip nak tanam kat Kelantan. Haha. Tak tahulah kembang ke tak nanti bunga tu. Asalkan dorang gembira, kami adik beradik pun gembira.

Ok, aku pun tanam azam nak pergi london juga nanti. Azam je dulu!

No comments:

Post a Comment