Tuesday, 5 April 2016

Perkara Perlu Tahu Mengenai Rumah

Kat sini aku nak share beberapa basic things yang aku tahu mengenai hal rumah atau property

1. Kita boleh letak 2 nama pada geran rumah, tapi salah seorang sahaja yang apply loan. Ini dinamakan 3rd Party. Contohnya: si A dan si B beli rumah, nama pada S&P adalah keduanya tetapi hanya si A sahaja yang apply loan.

2. Selain refinance rumah semasa dalam tempoh pinjaman, rumah anda telah habis bayar juga boleh cagarkan semula pada bank. Anda boleh refinance rumah anda walaupun telah habis membayar hutang. Ini bermaksud anda boleh buat hutang baru. Hutang baru boleh mengikut harga rumah semasa dan mengikut had loan masing-masing.

Contohnya:
Rumah A pada 1998 = RM 200,000.00. Rumah A habis dibayar pada tahun 2018. 
Rumah A pada 2018 = RM 400,000.00. Si A boleh apply loan baru dengan nilai RM 400,000.00 & mengikut had si A.

Kebanyakan peminjam membuat refinance rumah untuk tujuan berbusiness, bayar hutang atau hal pelbagai sebabnya jumlah pinjaman yang dapat amatlah banyak berbaloi.

3. Kos yang perlu anda bayar selain harga rumah ialah Legal Fees, Valuation Fee (refinance atau rumah subsale) dan Insurans. Sekiranya had pinjaman anda hanya layak untuk harga rumah sahaja, anda perlu sediakan duit untuk caj-caj tersebut. Harga caj tersebut berbeza mengikut harga rumah. Semakin tinggi harga rumah, semakin tinggi caj-caj itu. Sekitar RM10,000.00 ke atas.

Contohnya:
Bagi kes rumah baru (beli direct dari developer)
Harga Rumah: RM400,000.00
10% downpayment adalah dari duit sendiri = RM40,000.00

Balance rumah = RM 360,000.00
Legal Fees = RM8,000.00
Insuran = RM10,000.00
Total loan bank = RM378,000.00

Walau bagaimanapun, sekiranya loan anda tak lepas sebab banyak hutang-hutang lain, bank maybe tak luluskan loan sehingga RM378,000.00. Sekiranya bank luluskan loan sehingga RM360,000.00, balance yang perlu anda topup secara cash adalah RM18,000.00 (RM378,000 - RM360,000.00).

4. Bagi pinjaman bank swasta, rumah pertama dan rumah kedua adalah loan adalah sebanyak 90% daripada harga rumah dan bagi rumah ketiga adalah sebanyak 70% daripada harga rumah. Balance? Bayar sendiri laaaaaaaa.

Basic je information ni tapi useful pada sesiapa yang zero knowledge mengenai rumah.

No comments:

Post a Comment