Sunday, 22 May 2016

Short & Sweet Gateway to Cameron Highland - Day 1

Kali ini aku nak share my first road trip since I got back from Sarawak. Since I live in Sarawak for 4 years, only a few places that I can travel by road. Tak banyak tempat yang boleh dijejaki dengan kereta sebab location yang jauh-jauh. So, bila balik Semenanjung, nak ke mana-mana dengan kereta pun mudah sebab banyak destination yang dekat je & mostly sebab ada highway. Sejak aku balik dah almost a year, me and husband belum berkesempatan nak travel kemana-mana lagi. Selalu usha tiket flight je kan tapi this time, we want to make a short & budget trip. Jadi destination pilihan aku ialah Cameron Highland. Why destination pilihan aku? Sebab aku yang beria-ria nak pergi ke high land tuh kekonon nak cari angin sejuk. Nak elak cuaca el nino kononnya.

Survey date, we chose after Labour day. Tak nak pergi time public holiday & weekend to avoid jam. Bila jem, aku stress & moody so tak jadi holiday pulak. So we went to Cameron Highland on 3rd May 2016. Last time we went to Cameron Highland on 2012. 4 years back. So I'm pretty excited sebab lama tak pergi walaupun ini ntah kali ke berapa aku jejak tapi ini 1st time kami ke sana berdua. Sebelum ni kami pergi sama-sama keluarga besar.

Kami gerak dari Kajang jam 9 pagi, breakfast dulu area rumah. Cek Waze, traffic jem area kl. So nak avoid traffic jem, lalu SILK lah, ELITE lah, mana-mana lah. Yang aku ingat, kami tiba di tol Tapah jam 10.30 pagi. So ready nak naik bukit simpang siur tuh. Total dari bawah ke atas is 60km tapi sebab simpang siur, budget time to arrive is 2 hours. Dari Tol Tapah>Ringlet>Tanah Rata>Brinchang.


1st attraction: BOH TEA ESTATE
Ada dua Boh Tea ni. Satu di Sungai Palas, satu estate. So kami pilih sini sebab locationnya sebelum sampai tanah rata lagi. Dari main road tu, sebelah kanan akan nampak signage masuk ke sini. Tapi untuk sampai ke Boh Tea Centre ni kena masuk celah lereng-lereng bukit. Kena hati-hati sebab kadang corner tajam tak nampak kereta dari opposite way. Kami sampai di centre jam 12.30 p.m. Perut lapar tapi kita minum teh dulu.


Banana cake & tea


Yang bestnya memang tak ramai orang. Ada a few family groups je. Nak minum, lepak lama-lama pun best. Kilang proses ditutup untuk visitors aritu sebab baru lepas buka masa public holiday. Agaknya teh dah habis untuk proses kot. Tapi kami dapat gambar suka-suka hati kat sini. Nak tergolek pun boleh. Cuma tak sejuk pun but not so scorching hot.

Lunch: Lepas mengkramkan kaki panjat bukit teh tu, kami turun. Perut betul-betul dah lapar walaupun minum teh & makan kek tapi tidak cukup kenyang. Kami singgah makan di pekan Tanah Rata. Makan nasi arab di Restauran Al Raudah sebab tu je yang nampak mengenyangkan. Alhamdulillah sedap.



Stay: Lepas lunch, kami terus ke hotel yang kami telah booking. Kami menginap di Nova Highlands Resort & Residence. Room type dia jenis One bedroom apartment suite. Very nice & convenient for small family. Harga kami dapat RM280/night including breakfast.






Bagi aku memang sangat puas hati. Hotel ni macam baru renovate ke apa. Bawah dia ada mall kecil dan yang bestnya tiket kami inclusive free 3d museum. Boleh la masuk nanti. Lepas check in & berehat sekejap, kami ke next attraction place.

2nd attraction - LAVENDER GARDEN
Kol 4.40 p.m kami ke Lavender Garden. Entrance fee is RM8/each. Harga dah naik wei. Bayar sajalah kan. Yang penting tak ramai orang. Kat sini ada jual ice cream flavor lavender harga RM6. 1st time rasa, macam makan bunga pun ada.




 7 dwarfs dah jadi macam 7 budak hitam, 1 jatuh belakang, tinggalah enam

Tuan blog naik badan berkadar terus dengan pertambahan umur

3rd attraction - EE FENG GU BEE FARM
Aku tak tahu nak cakap either ni attraction or not. Entrance fee is Free! Memang patut free pun sebab not well maintained tempat ni tapi kami datang sebab depan hotel aku dok je. Kami masuk juga tengok farm dia. Jumpa la lebah bekerja keras cari nafkah. Lepas tu jalan-jalan kat store dia. Aku kan cepat je terpengaruh, orang jual aku beli. Tu je lah walaupun madu kat rumah pun belum habis. Dengan harapan kalau beli yang ni, ada initiative untuk aku habiskan madu lama tuh.



Lepas Bee Farm, kami terus balik hotel. Malamnya kami keluar ke Brinchang town untuk cari makan. Pasar malam di tutup sebab bukan weekend & bukan public holiday. So memula nak makan ikan bakar kat belakang jalan besar tu tapi full house lak. Beratur juga orang nak makan. Then kami ke kedai tom yam tapi brader tu busy. 15 minit duk pun belum amik order so kami blah. Last-last makan kedai mamak je. Ok malam tu memang tak best. Patut aku wat room service je. Ececeeh. Tapi kat bawah hotel tu ada a few restaurants & memang nyesal tak try, sebab tak perlu drive jauh-jauh. Ada banyak steamboat restaurant tapi sebab kami dah pernah try before & my hubby is not a steamboat lover, so weols memang strike off steamboat from our list dah siap-siap. Tapi memang tak best lah makan malam tu. Lepas makan weols back to hotel & zZzZZz je. To be continued. 

No comments:

Post a Comment