Sunday, 26 June 2016

Holiday to Macau and Hong Kong - Day 2 Part 1

Jam 6 pagi lagi kami bangun mandi siap semua. Minta receptionist call taxi untuk bawa kami ke Taipa Ferry Terminal tapi malangnya taxi tak nak datang pickup sebab its weekend and its still early. So we decided heret beg lalu lagi travelator & escalator untuk ke Venetian East Wing. On the way tu ada juga terserempak 2,3 taxi & kami tanya charge ke Taipa Ferry Terminal tapi dorang semua tak nak pakai meter & nak caj MOP$200. Gila!

Dah sampai kat Venetian East Wing tu, kami jumpa dengan bellboy / security yang ada kat situ. Luckily dorang ni warga Philippines & of course mudah untuk kami communicate. Aku rasa memang ramai rakyat Philippines kat Macau nih. Bila bagitau kami nak ke Taipa, dorang cakap no free shuttle bus on Sunday. Ye ke? ataupun aku salah gate? Aku rasa, aku kena pura-pura macam aku customer hotel Venetian then masuk dalam main lobby hotel which aku pun tak sure wing mana, then naik free shuttle bus belah situ. Yang belah aku sampai semalamnya tapi sebab kami rushing nak naik ferry, jadi scratch that idea out. Yang belah East Wing ni maybe bus lompat-lompat. By the way, yang dorang security ni pun helpful sebab tolong cari metered taxi. Susah juga nak dapat sebab mostly memang nak cekik customer. Berkat kesabaran security terus mencari, dapatlah taxi yang sanggup pakai meter untuk bawa kami ke Taipa Ferry Terminal yang sebelah je dengan Macau International Airport tuh.

Pagi-pagi kat Macau ni tenang macam sepi, haunted gitew. Haha. Tak semeriah & vavavom macam belah malamnya. Taxi charge kami MOP$51 dari Venetian ke Taipa Ferry Terminal. Ada orang memang tak pernah naik taxi di Macau sebab sepatutnya tak perlu tapi kalo keadaan ko dah rushing, orang pun tak ada, takkan masih nak menunggu free shuttle bus kan?


Kami punya ferry gerak jam 8 pagi & dimaklumkan kena sampai setengah jam lebih awal, kalau tak kena tinggal. Macam naik flight juga, kena tunggu di boarding. Bukan low class ferry eh. Tiket ni kami booking through online je & bayar pun terus online. Harga untuk 2 orang return HKD664 = RM375. Kalau nak booking boleh ke Cotai Water Jet Website.

Ticket Counter


Dalam 7.30 boarding time, then tunggu annoucement, pastu masuk ferry. Duduk ikut seat number. Ferry ni memang besar amat. Aku tak sure satu ferry boleh muat berapa orang tapi double dari gambar kat atas. So boleh imagine tak yang ferry ni memang huge. Ferry departed sharp 8 a.m. Masa kami gerak hujan turun dengan lebatnya & aku assume sure ombak besar gila. Redah laut kot tapi seriously memang tak rasa langsung ferry ni bergoyang. Tidur pun syok je. Tau-tau dah sampai.


Kami sampai lewat sikit sebab hujan turun lebat & ferry tak dapat masuk port. Kat imigresen daam terminal ferry di Hong Kong pun tak strict sangat just kebetulan wabak apa ntah tengah merebak, orang medical dia sibuk cek temperature kami semua. Dah keluar tu, aku blur pula camna nak ke MTR station. Seriously tak tahu then aku terus approach ada sorang lady ni. Rupanya dia Filipino juga & dia pun nak naik MTR so kami follow je dia. Terima kasih la pada rakyat Filipino di Macau dan Hong Kong yang banyak tolong kami. Ekekekeke. Rupa-rupanya station MTR berada bawah sekali dalam building Ferry Terminal tuh.

Ferry terminal di Hong Kong samada TurboJet atau Cotai Waterjet terletak di station MTR Sheung Wan tau. Arrival area untuk Ferry ada di Level 3 atau 4 manakala station MTR kat underground building yang sama.

Klik to enlarge map MTR ni. Aku ada mark star untuk attraction kat station2 tu


Kami beli Octopus Card (sama macam Touch&Go) untuk naik MTR termasuk topup HKD 150 seorang. Masa ni dah jam 9.30 pagi. Kami book hotel di area Tim Sha Tsui. So naik dari station Sheung Wan to station Tsim Sha Tsui. Bila dah sampai Tim Sha Tsui station tu, peninglah juga nak exit belah mana wah. Seriously besar station ni, lagi besar dari KL Sentral agaknya sebab dia link dengan station East Tim Sha Tsui. Kami exit di D2 (Carnavon Road).

Bila keluar, celah mana nak pergi. Perghh, berselerak building kat sini. Rapat-rapat dan semua sejenis je design. Dah tak ada idea ke apa dorang nak design building. Memang lost cari hotel walaupun landmark dia depan McDonalds and 7Eleven. Aku tak tahulah landmark tu membantu ke tak tapi aku jumpa banyakkkkkkk 7Eleven & beberapa McDonalds. Ceh! Tengah-tengah lost, ada 1 lady lagi approach kami tanya 'Where are you going?' and aku tunjuk slip booking hotel kami. Then dia pun tolong cari sama. Filipino lagi! Oh My. Confius dah aku ni kat Philippines ke kat Hong Kong?

Tuh la pintu masuk ke Hop Inn Carnarvon

Akhirnya jumpa lah building tuh yang ada tulis Lee Mansion Apartment & hotel Inn ni terletak kat level 9. Atas sekali. Aku book di booking.com. Nama hotel tu Hop Inn Carnarvon. Sila jenguk Hop Inn Carnavon Website for further info tapi hotel ni seriously lawaaaaaaaaaaaaaa sangat. Kalau book direct dengan dorang lagi murah rasanya. Kami dapat HKD 1518 untuk 2 malam.

 Dalam bilik

Arts is everywhere

Ada hall untuk aktiviti

Ada roof top terrace

Ada access internet

Dah puas hati dengan hotel, kami check in, drop beg je & terus ke next pit stop untuk beli tiket di Ding Ding Travel. To be continued on Day 2 Part 2!

2 comments:

  1. Hi Azwa,

    Cik-Anne pun pernah buat trip nie...shopping memang murah di HK kan...then singgah Macau...

    makan Halal pun senang...


    p/s: entri terbaru di cik-anne.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cik Anne, maaflah baru perasan komen. Nanti saya visit blog.

      Delete