Saturday, 25 June 2016

Holiday to Macau and Hong Kong - Day 1


Tiket ini dibeli when I was in Sarawak dan masa tu AA tengah wat sale zero fair. Tarikh pula aku cari agak-agak lepas habis examination, end of semester walaupun time tu aku belum confirm lagi dapat further study ke tak. Kira gamble tapi Alhamdulillah, cun-cun je perancangan aku. Aku punya style memang camni lah kalo sesiapa dah kenal. Beli je tiket dulu, apa jadi lepas tu belakang kira. After all, it's about journey, not destination. Gituh! Harga tiket tu termasuk luggage 20kg pergi balik & meals setiap orang pergi balik. Advice: Korang maybe perlukan meals sebab flight yang lama and Macau langsung tak ada tempat makan halal ok.

Bila tengok tiket flight aku, 1st day aku dah burnt. Tak leh nak buat visit Macau sangat. Then 2nd & 3rd day aku nak ke Hong Kong, pastu 4th day patah balik ke Macau. So basically perancangan aku beza sikit dengan orang lain & location aku stay pun depends pada aku punya tiket flight ni. Nanti kita check it out.

Sebab flight aku petang hari Sabtu, so pagi tu aku masak sardin & instant roti canai. Masak semua siap-siap dan sealed cantik-cantik dalam plastik. Surprisingly, airport Macau ni tak strict pun. Bila sampai, tak perlu pun kena scan bag bagai. Masa di imigeresen pun dorang tak cakap apa-apa. Passport tak dicop cuma diberi sekeping kertas kecil. Macam datang Sarawak je pula. Hihi. Senang sangat.

Macau Map

Macau ada 2 Island yang terpisah: satu Macau Island & satu lagi Taipa Island. Macau pakai currency Pataca (MOP$). 103 Patacas = 100 Hong Kong Dollar. In terms of weather, from January - March, cold but sunny, April humidity and May - September climate hot, humid & rainy.

Info Taipa Island:
1. Macau International Airport
2. Attraction di Taipa: Venetian, mall ala-ala Venice, Italy & Hard Rock Shop
3. Hotel aku stay, (refer map) yellow star: Asia Boutique Inn, Macau, Taipa Island
4. Taipa Ferry Terminal. Operated by Cotai Waterjet. Ulang alik Hong Kong Macau.

Info Macau Island:
1. Attraction di Macau: Ruins of St Paul, Monte Fort
2. Macau Ferry terminal. Operated by Turbojet. Ulang alik Hong Kong Macau.

Disebabkan kami sampai pun agak lewat, so kami memang decided nak stay belah Taipa je. Setel imigresen, ambil map mana yang patut, dah jam 7 malam lebih, dah gelap pun luar airport. Dari airport, kami ke kanan untuk naik free shuttle bus. Follow je crowd reramai naik bus free. Kat bus parking tu, satu hal pula nak naik bus yang mana satu kan. So aku decided naik bas Venetian je.

Apa tu Venetian? Galaxy? City of Dreams? Apa benda tu kan? Venetian, Galaxy, ni building hotel+casino+shopping mall. Macam Midvalley gitu kat KL ni tapi excluded casino. Macam Genting Highlands tapi ada banyak. Ok sambung, free shuttle bus yang kami naik tu, dia akan stop je kat mana-mana hotel besar yang memang hire service dengan bus nih. So setiap stop tu banyak je customer turun. Kami decided nak turun di Venetian sebab last stop bus tu Venetian. Nak tak nak kena turun juga. Dah sampai Venetian yang besar gabak punya reception area tuh, aku blur juga nak masuk ke tak. Bellboy dia semangat nak buka pintu untuk kami tapi aku tak book hotel tu. Hihi. So aku tanya orang yang jaga parking & trafic kat situ, dia cakap only for Venetian customer. Dia cakap queue kat teksi kalau nak ke tempat lain. Frust aku. Padahal aku dah riki aku boleh sampai ke hotel aku book dengan jalan kaki je tapi sebab waktu malam, pastu baru pula, aku kurang confident nak jalan. Kami beratur je kat tempat teksi walaupun queue tu panjang beb.

Rezeki aku malam tu, masa tengah beratur, 1 lady Chinese ni tegur aku sebab aku pakai tudung kot then dia tanya aku dari mana. Aku cakap from Malaysia. Sekali dia pun dari Malaysia juga. Ada 2 kawan dia sama dari Singapore & Indonesia juga. Dia cakap kerja situ. Then aku amik kesempatan tanya camna nak ke hotel aku. Dia tengok map & hotel booking aku, pastu dia cakap sesama kawan dia. Lastly dia tolong aku cakap kat taxi driver sebab kebanyakan dorang tak reti English langsung. None hado. Mujur sangat. Walaupun jarak Venetian ke hotel aku book tu hanyalah 1.3km.

Plan asal aku sepatutnya dari Venetian tu kami jalan kaki ke hotel namun disebabkan tak sure dan hujan juga, so kami naik taxi. Kami memang tak ada duit Macau sebab kat Malaysia tak ada currency Pattaca. Patut charge taxi 23 Pattaca tapi, bila dapat return rupanya dia charge 30 Pattaca. Kami bagi 1000 HKD, dapat return semua Pattaca. Siot betul taxi driver tu.


See through toilet. Ada blinds but not so helpful. Kalau couple ok je, kalau kawan-kawan, kena runding sama korang camna nak pakai toilet ni.

Bila sampai hotel, tunjuk booking slip, setel masuk bilik. Hotel ni nice, bersih walaupun memang kecik yang amat. Harga kami dapat untuk 1 malam ialah RM370. Dah malam, perut pun lapar, aku terus keluarkan sardin & roti canai. Kami isi air panas dalam bekas, then rendam je makanan tu sume. Time-time sejuk makan apa pun jadi sedap.

Sebab tak nak buang masa malam tu, lepas makan kami terus keluar walaupun hujan rintik-rintik. Kami tanya receptionist hotel camna nak ke Venetian, dia cakap boleh je jalan kaki. Betullah sangkaan aku sebelum ni. Disebabkan direction dia bagitau kami tu tak difahami, jadi dia bawak lah kami tunjuk jalan sikit. Lepas tu aku ikut orang, main agak. Mujur betul. Dari hotel, naik bukit skit, turun bukit then jumpa siginage macam kat bawah ni.

Macau under Portuguese colonial so dorang masih mengkekalkan bahasa Portuguese itu.

 Sebelah kiri gmbar ialah Venetian, sebelah kanan ialah Galaxy. Nih la Las Vegas Asia.

 Ada travelator beb untuk ke hotel-hotel tuh. 

 Galaxy dari jauh. Memang cantik.

Venetian, East Wing

Lalu sini untuk ke atas. Nampak la dorang berjudi, bunyi mesin cash tu.

Dari hotel kami tu, naik travelator, turun escelator, terus sampai ke Venetian East Wing. Memang dekat sangat cuma sebab datang tadi tak tahu arah. Masa kami sampai ni jam 9 malam tapi masih meriah. Kami masuk Venetian then terus ke level mall atas dia. Cari tempat yang macam Venice tuh.



Jalan-jalan dalam Venetian

Dah sampai tempat ni seronoklah kami. Finally! Kami ambil gambar je dan tak naik pun perahu tu. Mahal katanya tapi kalau siapa nak cuba apa salahnya. Sekali sekala kan. Pening juga pusing dalam mall ni sebab banyak exit. Kami cari pula arah nak ke Hard Rock Hotel sebab nak beli souvenir kat Hard Rock Shop. Kami ikut signage ke Holiday Inn Hotel sebab semua hotel yang nearby sini memang dorang link kan dengan bridge. Senang je lah tak perlu ikut jalan luar tapi dari Holiday Inn nak ke Hard Rock tu terpaksa pakai arah luar juga. Then masa tu hujan sangat lebat. Kami decided cancel je untuk ke Hard Rock then patah balik ke Asia Boutique Inn. 

Egg tarts and Banana Walnut Muffin

On the way tu, kami masuk balik mall Venetian then lalu lah kedai pastry ni. Dia jual Egg Tart yang katanya a must try when in Macau. Sebab kedai ni dalam mall & aku confident dia bersih, so aku tanya cashier tu apa ingredients dia tapi dia cakap secret pula. Aku cakap takut contained non-halal je then dia cakap no. Cashier tu mujur orang Philippines. So dia very fluent English. Kami beli 2 egg tarts & 1 banana walnut muffin dengan harga MOP$ 37. Terus patah balik hotel je sebab tak ada tempat boleh pergi dah unless untuk main judi. Bila aku try egg tart tu, rasanya kat bakery kita jual lagi sedap. So kalau korang tak try pun tak pe.

Besok pagi kami akan terus ke Hong Kong. To be continued on Part 2. Stay tuned!

No comments:

Post a Comment