Friday, 1 July 2016

Bendi & Kacang Botol Goreng Telur

Hari ini pergi supermarket beli barang-barang dapur sedikit sempena Aidiladha. Walaupun aku tak balik ke kampung, sambutan kecil-kecilan di rumah sendiri haruslah dibuat juga agar dapat merasa suasana hari raya tu.

Dah pergi supermarket tu, dari 5 barang je nak beli, terus jadi 50. Biasalah tu. Jadi, dalam banyak-banyak barang shopping tu, adalah hubby aku ambil bendi & kacang botol. Banyak pula tu! Apa nak buat, nak tak nak kenalah masak. *dia memang suka makan sayur, especially sayur hijau*
So, aku nak share resepi mudah lagi lazat kat sini.

Bahan-bahan:
1. 2 ulas bawang merah - kisar
2. 1 ulas bawang putih - kisar
3. 1 cili merah - kisar
4. Telur 2 biji - pukul
5. 5 Kacang botol & 5 bendi potong serong

Cara-cara:
1. Tumis bahan2 kisar dengan 2 sudu minyak panas. Tunggu hingga naik bau
2. Masukkan kacang botol & bendi. Kacau selama 1 minit. Biar lembut
3. Masukkan garam
4. Masukkan telur. Kacau jadi hancur.

Siap untuk dimakan. Memang sedap! Telur berfungsi untuk hilangkan lendir-lendir pada bendi juga. Selamat mencuba

Goreng sampai nampak dark green

Tambahkan telur
Bendi & Kacang Botol goreng telur

No comments:

Post a Comment