Friday, 19 February 2016

Macam mana nak beli aircond rumah?

Jawapan: Pergi kedai, beli & bayar. Setel. Sekian.

Haaaaaaa...ada kena luku kat kepala kalau jawab macam ni. Aku baru lepas beli 2 unit aircond untuk rumah. Sebab tu tetiba rasa nak buat post pasal beli aircond. Rumah dah lama duduk tapi aircond belum beli sebab macam tak desperate tapi disebabkan cuaca sekarang yang amaaaaaaaaaaaatttt panas sampai tak boleh tahan, nak tak nak kena lah beli juga. Especially tingkat atas rumah sebab lantai dia laminate floor. Lantai kayu. Panas beb bila siang, sebab macam lantai tu absorb haba. Sampai ke malam terasa bahang. Lepas tu bila malam kami kena bukak tingkap bagi angin masuk, buang bahang sekali. Tapi bila nak tidur, kena tutup tingkap. Lepas tu rasa berkuap, rasa bahang, uishhh, memang tak tahan. Nak tak nak, kena install aircond juga.

So, macam mana pula nak beli aircond ni? Bila baca kat forum, google ke, ramai juga tertanya-tanya kan, nak pakai aircond apa? Tapi tak ada spesifik jawapan. Betullah tu. Soalan tu macam kita tanya, kereta apa nak beli eh? Kereta apa yang best? Memang tak ada jawapan sebab benda ni untuk kita sendiri guna. Tapi, ada beberapa perkara perlu kita tahu sebelum kita beli aircond.

Beberapa perkara perlu anda tahu sebelum membeli aircond:
1. Aircond untuk industri atau untuk kediaman? So, untuk aku ialah rumah. Jadi pakai wall mounted je lah, xkan ceiling aircond pulak.

2. Ukur keluasan ruang untuk kegunaan aircond. Macam aku, nak beli untuk Master bedroom and Family area. So, kita kena ukur panjang x lebar ruang tersebut. Sebab nak tahu kapasiti aircond kita perlu beli sama 1HP, 1.5HP, 2HP atau 2.5HP.


Bagi Master Bedroom & Family Area ni, kami perlukan aircond kapasiti 1.5HP kerana keluasannya melebihi 17 meter persegi. Kalau 1HP, maksimum area boleh cover hanyalah 17m2. Selebihnya, korang beli cari sendiri kat website yang jual aircond. Ada spesifikasi dorang bagi.

3. Ionizer - macam air purifying. Bagi untuk orang allergic habuk, bulu-bulu kucing, arnab, bagi orang-orang batuk, bagus untuk ambil aircond ada function ni.

4. Inverter - inverter adalah aircond yang boleh bagi jimat bil elektrik korang. Dia automatik cool down bila dah sejuk, tapi kata tokei kedai tempat aku survey tu, kalau setakat guna less than 8 hours, tak ada effect sangat & yang ini bagus untuk 2HP and above. Aircond yang ada Inverter memang sedikit mahal compare dengan basic atau ion.

5. Gas - nak aircond kena tahu gas. Ada gas R22, R32, R410 and so on. Gas yang digunakan sejak dahulu kala sehingga kini ialah gas R22. Gas yang mudah nak service tapi not good to our environment sebab gas ni menipiskan lapisan ozon.

6. Brand - yang ni susah nak explain. Macam aku cakap lah, kalau tanya brand ni, kita pun susah nak cakap sebab ada banyak brand Aircond kat dunia ni. Macam kereta juga, kalau tanya brand kereta apa yang bagus, kita pun tak tahu. Ada cakap BMW, ada cakap Mercedes, ada cakap Honda, ada cakap Toyota, ada cakap Volkswagen and so on. Tapi, yang glamour orang kedai sebut brand Daikin, Hitachi & Mitsubishi. York dah tak ada, kena beli dengan Daikin.



Antara brand aircond kami tengok di Jusco / Aeon

Kat mana nak beli aircond? Aku beli kat area rumah aku je, town Kajang. Ada 5 kedai juga kami pergi survey, dan lima-lima kedai bagi jawapan tak sama. Kedai memula cakap Daikin bagus, kedai second cakap Sharp bagus, kedai ketiga cakap Hitachi bagus, kedai Seng Heng cakap semua bagus. Haha, so kami pun pening. Nak compare pun tak dapat sebab tak sama brand. Lepas tu lagi susah bila kedai tu tak ada stok Hitachi, yang kedai kedua tak ada stok Mitsubishi.

Last-last kami tak beli hari first survey, balik rumah pening kepala. Hehe. Study ikut price, ikut budget, ikut keperluan, ikut brand and so on. Bila dah final tu, kami decide ambil aircond brand Daikin 1.5HP ionizer non-inverter. Sebiji RM1500 termasuk install & pipe 10 m length. More than that extra charge. Tunggu orang datang install je. Dapat tidur lena lah lepas ni, tapi nanti kita tengok bil elektrik macam mana pulak. (^____^)

Hopefully dapatlah share sedikit info buat sesiapa nak beli aircond. Selebihnya, tanya selera & tepuk poket sendiri.