Friday, 4 November 2016

Servis Kereta Paling Mahal

Aku pakai kereta vios sahaja, beli tahun 2011. Alhamdulillah hanya ini mampu milik dan so far pakai memang sangat best. Bulan ni aku dah alert kena servis kereta untuk mileage 80,000km. Aku memang dah ready untuk servis ni sebab setiap 10,000km memang aku akan servis. So far memang masih servis kereta di Toyota Service Centre sahaja.

Cumanya, kali ini aku tak sangka servis kereta vios mileage 80,000km ni paling mahal cajnya sepanjang kereta ini kena servis. Total servis kali ini ialah RM1,400.00. Ini bukan major servis biasa, ini super major servis. Naik migrain terus kepala dengar caj tu.

Aku budget RM800 gitu. Sekali cajnya double weh dari standard. Itupun aku cakap tak perlu nak alignment and balancing. Pastu aku cakap window washer tak perlu sebab ada banyak lagi. Benda tu tak pernah habis, then staf dia cakap itu masuk pakej. Kalau tak nak yang tu, dia kena kira single item untuk part-part lain & akan jadi lebih mahal.

Pening + hilang selera aku dengar caj servis ni. Memang lebih mahal dari installment kereta. Tapi aku setuju sahajalah untuk kereta tu kena servis. Dah tu tempoh servis lebih lama iaitu 4 jam. Mujur aku dah bawa laptop untuk buat kerja aku siap-siap. Sambil tunggu servis, aku google juga pasal ni. Bila baca punya baca, memang standard harga service mileage 80,000km ni untuk vios. Ada sorang blogger share, tahun 2014 dia kena caj RM1,100. So, logiklah tahun 2016, aku kena harga camtu denggan caj GST lagi.

Terbeban pula rasanya servis di pusat servis Toyota tapi demi menjaga kualitinya, terpaksa telan juga. Dah la minyak kereta naik harga, minyak masak naik harga, balik rumah makan nasi telur rebus sahajalah. Nangis!

Page 1

Page 2