Wednesday, 4 January 2017

Welcome 2017


Sekali lagi kita dipajangkan umur melangkah ke tahun 2017. Buka lagi catatan baru dalam diari hidup kita.

Tahun 2016 sudah pun berlalu. Tahun yang begitu mencabar & banyak dugaan buat aku sekeluarga. Bukanlah tahun yang begitu baik untuk aku, macam teruk juga tapi banyak juga perkara baik Allah s.w.t bagi sebaliknya.

2016 merupakan 1 tahun penuh aku bergelar pelajar. Pelajar tua kekdahnya. Jadi, halangan jadi pelajar tua pun banyak, lebih-lebih komitmen kepada keluarga. Aku nak flash back life aku sepanjang tahun 2016.

Januari 2016 - aku & husband telah ke Hong Kong & Macau. Hong Kong satu negara (negara ke?) yang modern, menarik untuk dilawati. Macau bukanlah jiwa aku. Macau satu-satunya negara aku rasa dah tak minat nak explore lagi. Ok, itinerary & budget Hong Kong & Macau juga aku dah update dalam blog. Rajin-rajinkan baca & drop your comment ye.

Februari 2016 - Biggest test from Allah to my husband. Since oil & gas industry was veryyyyyyyyy bad, his company was also affected. So we all struggle for new opportunity. Masa ni everything cut down. Scaryyyyy weh.

Mac 2016 - My dad got minor operation but all of us memang very worried since he got manyyyy history about his illness. My dad pernah operate by-pass, pastu dengan insulin injection, dengan umur yang dah tua, so little issue pun memang bahaya sangat for him. We all took care for him sepanjang dia kena warded.

April 2016 - We were supposed to fly to Pattaya & Bangkok, Thailand but we cancelled it. Macam aku cakap, dugaan current economy, yang teruk lebih-lebih lagi bidang O&G, kami terpaksa cancel je tiket tu walaupun aku sedeyyyyyy. Mujurlah kami tak book any hotels pun lagi. Lagipun both of us were so busy with class & assignments.

May 2016 - Kami buat short trip to Cameron Highlands, sebab aku cakap kat to husband, we cover back our missed trip to Pattaya & Bangkok dengan pergi local trip. #dekatje. Lagipun, since aku balik dari Sarawak, kami belum pernah ke mana-mana via road trip ni. So, Cameron High was the best option sebab dekat dari KL. Tapi, Cameron sangat panas masa bulan ni. Tak sejuk langsung.

June 2016 - Ramadhan & both of us were busy with final examination.

July 2016 - Eid Fitri. Alhamdulillah, masih dapat bermaaf-maafan dengan family & friends.

August 2016 - Oh aku struggled short semester. Memang tahap crazy habis. One month aku tidur tak menentu. 4-6 am baru tidur. Mostly. Aku memang ignored habis life. Tapi dah cakap sorry dengan husband, terpaksa focus study sebab thesis writing dah start masa ni. Memang crazy sebab dalam sebulan je kena siapkan 3 chapter. Nazak! Paling kritikal, muka aku penuh jerawat. Seriously scary. Semua tegur. Aku dah la stress dengan writing, tambah stress jerawat naik kat muka.

September 2016 - New semester started so basically, kelas & thesis boleh slow down. So, we took this opportunity to travel to Perth, Australia. Ostolia beb. 1st orang putih country I ever visited. Alhamdulillah, the trip went smoothly. Insya-Allah aku update little by little. Lepas tu, untuk setelkan jerawat, aku juga kena mandram dengan klinik Dr Ko. Klinik nak bagi kulit cantik tu lah. Hurmm... Nantilah kalau rajin aku cerita kosnya.

October 2016 - Dugaan bertamu kembali. Mommy aku warded sebab dengue. At the same time, my nephew pun warded sebab denggi. Both warded, sebab dengue. My sister busy jaga my nephew. My mommy tak ada orang jaga. So, me & my another sister emergency balik to take care of my mommy & nephew. Oh, my dad ni dia ada memory lost sikit-sikit. He only can take care of himself. Tu pun mujur bibik ada tolong masak & uruskan rumah. Eh, memang chaos habis time ni. Seminggu dorang warded, aku balik jagakan mereka. Lepas dorang discharge, my sis pula kena warded sebab dengue. Sah umah aku tu black area! Kami puas pikir celah mana Aedes ni membiak. Sebab memang tak ada air bertakung tapi doktor cakap nyamuk dah mutant. Apa-apa tempat pun dia membiak.

The worst part, aku balik KL seminggu, aku pula warded dengue. Sakitnya, Allah je tahu. Seminggu kena tahan. Muntah, berdarah, semua ada. Warded dengan temperature 41 celcius. Itupun setelah telan panadol. Aku warded kat KPJ Kajang je. Dekat dengan rumah. Doktor yang treat aku tu handsome juga tapi hensemnya tak mampu nak merawat hati aku yang membuak2 nak balik rumah. Merayu wei nak balik tapi dia tak kasi. Huh! Last-last dia promised satu benda, kalau aku tak demam dia bagi balik walaupun platlet aku makin drop. Haha. Hari ke-8 aku dapat balik, tapi lemah amat. Panjat tangga memang tak, pegang hp pun tak mampu. Masa ni, mommy aku pula datang KL jagakan aku. Sedih wei. Tak sangka masih dapat merasa tidur bawah ketiak mommy aku, masih dapat merasa mommy aku suapkan makan walaupun aku dah jadik bini orang. 2 minggu lepas warded pun aku belum betul-betul baik. Aku rasa sebulan juga baru badan betul-betul sihat. Hilang 5kg! (suka tapi sengasara)

November 2016 - My thesis progress was wayyyyyy behind schedule since aku sakit. Mujurlah SV aku very considerate. Tapi aku terpaksa speed up data collection & writing sampai end of the month.

December 2016 - Viva, final examination, assignments & thesis submission! Hidup aku bergelumang dengan benda-benda ilmu duniawi. Supposedly bulan December jadi bulan faveret aku tapi for the first time aku tak suka bulan ni. Orang lain semua bercuti sana sini, shopping sana sini, kami laki bini tarakkkkk. Dua-dua sibuk dengan study masing-masing. Genap hujung tahun, aku settle semua study aku. Maksudnya aku dah boleh convooooooooo! Alhamdulillah. Tinggal my husband je masih kena further study for another semester.

So, tahun ni, 2017 merupakan a new start for me. Banyaknya nak buat dalam life, berjaya atau tak je kan. Banyak lagi impian belum tercapai. Lagi-lagi, satu impian besar buat kami sekeluarga. I always believe, that moment, that time will come to me. InsyaAllah, akan dimakbulkan. Impian lain, mestilah untuk travel ke negara-negara lain yang belum aku explore. Semoga lebih banyak travel, lebih bersyukur aku pada tuhan yang satu. Ok, lah, tu je...Salam~~~!!!

No comments:

Post a Comment