Thursday, 13 April 2017

Spring Walks in Perth - Day 2 Part 1

Selamat pagi dari Margaret River Region, Western Australia. Pagi kedua kami berada di Augusta, WA. Musim Spring ni, jam 430 am dah masuk subuh. Terketar-ketar ambil wuduk sebab air dalam toilet atas ada yang sejuk je. Tabah je.

View dari atas lodge
Jam 7.00 am kami masak breakfast kat kitchen berbekalkan makanan yang beli semalam di Woolworths. Cuaca hari tu hujan lebat dan ribut kuat. Aku pasrah sahaja dengan cuaca ni. Aturan Allah juga. Yang penting makan breakfast mesti kenyang. Lepas tu buat balance juga untuk lunch.

Ada small group 4 perempuan mat saleh juga dah siap mandi & prepare breakfast masa tu. Tapi dorang makan mudah je, salad-salad & minum susu. Adeh. Kalau time aku keja boleh kot makan macam tu tapi kalau travel ni nak juga makan berat2.


Pagi tu kami terus check out dari lodge Baywatch Manor dan meneruskan perjalanan ke next destination.

Dengan menggunakan google maps lagi, search sahaja direction ke Cape Leeuwin Lighthouse. Basically, jalan ke sana lurus sahaja ke lighthouse dari lodge tu dan jaraknya hanya 10km dari lodge.


On the way ke sana, hujan masih turun rintik-rintik. Then akan lalu tepi pantai yang sangat luas dan cantik. So, aku and hubby decided untuk stop dahulu untuk snap photos.


Bench yang kami duduk ni rupa2nya memorials kepada someone yang telah mati. Terkejut aku bila baca masa duduk tu. Terus tak jadi duduk lama-lama.

Cape Leeuwin Lighthouse


Dari beach kami sambung drive sampai ke parking lot Cape Leeuwin Lighthouse. Parking free sahaja. Masa kami sampai masih awal tapi Lighthouse dah dibuka untuk pengunjung. Cuaca time ni memang unpredictable. Ribut sangat kuat, tapi ada keluar panas-panas juga, then hujan rintik-rintik sekali sekala. So, in preparation, aku dah bawa rain caot siap-siap dari KL. Haha


Entrance fee untuk Lighthouse ni adalah AUD 8 seorang. Ini yang paling basic, no tour guide, tak naik atas lighthouse. Bila dah bayar kat kaunter tu, kami diberikan audio guide untuk self tour tu. Kat dalam office house tu, ada mini museum dan juga coffee house. Kami terus je masuk menuju ke lighthouse.


Map sekitar area lighthouse. Bila gambar tu tunjuk no 2, kita press je no 2 kat audio device kita tu, dapatlah dengar explanation mengenai lighthouse ni dan kawasan sekitar.

Nak dijadikan cerita, cuaca kat area sini sememangnya tidak menentu. Ribut yang kuattttttttt, hujan yang sekejap ada sekejap tak ada. Disebabkan takut demam, aku pakai rain coat siap-siap. Aku sorang je, my hubby tak nak. Dia cakap hujan skit je. Tapi, kejadahnya, nak pakai rain coat pun susah sebab angin sangat kencang. Badan sampai rasa nak terbang. Sejuk jangan cakaplah.

Aku tengah struggle nak sarung rain coat. Berdiri tepi blok untuk elak angin kencang
Muka kerut-kerut nak tangkap gambar pun susah. Matahari tak ada, gambar pun suram.

Nilah muka paling worst. Angin kencang gila.
Dah sampai kat lighthouse tu, kami menyorok bawah lighthouse sebab memang nak berjalan pun tak dapat. My hubby cakap "Jom balik". Aku replied "Tak lagi. Takkan nak balik dah, bukan selalu dapat sampai". He said "Dah tu ribut kuat sangat ni. Tak ada orang lain pun kat sini. Matahari pun tak ada. Gambar tak nice. Bahaya ni angin kuat sangat". Aku diam tengah pikir idea untuk stay lagi. Dalam hati cuak jugak. Pikir tsunami akan datang tapi slow-slow aku jawab "Ok jap. Kita pergi ambil gambar laut, then balik." He suggested "Bukak rain coat. Susah nak gambar". and I followed him.

Sekali bila kami berjalan untuk ke laut di belakang lighthouse tu, hujan tiba-tiba stop. Angin pun dah slow speednya, and the sun started to shine. Maka gembiralah aku.


Wah, bila tengok laut belakang ni, amazing habis. Cantik! Itu je aku dapat cakap.

Sampai juga aku ke tempat jodoh ni. Tempat pertembungan Southern Ocean & Indian Ocean.


Dah sampai sini jangan lupa tekan no 13 untuk audio tu. Memang tak pelik angin kuat kat sini sebab memang tempat pertembungan 2 laut dan angin. Kalau dalam map, Lighthouse ni memang betul-betul di hujung peta australia belah kiri, belah bawah dah. Dalam hati berdoa, damailah MH370.


Spring at Cape Leeuwin Lighthouse
Happy me
Alhamdulillah, dapat juga kami bergambar dengan baik kat lighthoue ni walaupun pada awalnya cuaca tak baik. Mujur kesabaran aku menunggu membuahkan hasil. Ceewah.

Dah keluar dari lighthouse, kami meneruskan perjalanan menuju ke Perth. Tapi on the way tu, nak singgah beberapa tempat. Bye-bye Augusta.

Cowaramup, A Cow-Themed Town

On the way ke Perth dari Augusta, dengan menggunakan google maps, kami melalui satu kawasan namanya Cowaramup. Masa aku datang day 1 memang dah lalu tapi tak dapat stop sebab dah lewat petang. So, aku cakap kat hubby nak stop sekejap hari ni untuk ambil gambar and he said "Ok".

Cowaramup ni satu pekan yang penuh dengan replika-replika lembu. Masih terletak di Margaret River region. Pekan yang bertemakan lembu. Cantik! Aku rasa nama pekan ni lembu sebab sekeliling area ni, memang banyakkkkkkkkkkkk ladang lembu susu.




Pekan lembu yang cantik




Banyak sangat replika-replika lembu kat tepi-tepi kedai dan tepi-tepi jalan. Ada 42 kesemuanya di pekan ni. Aku dan lembu berpisah tiada disebabkan kesukaan aku pada susu lembu. Haha. Memang peminum susu lembu tegar. Tapi kini aku dah kurang sejak aku noticed yang perut aku tak leh digest susu lembu dengan baik. Nanti perut aku gassy.

Kat pekan ni ada kedai souvenirs dan ada jual postcard & stamp juga. So, if korang nak post postcard, sesuailah di sini.



Aku tengok macam banyak juga tourists stop and stay sini dan nampak a few yang tengah cycling. Menurut Website Margaret River (Klik Sini), ada a few things yang boleh dilakukan di town ini termasuklah melawat vineyards dan beer tastings. Maklumlah, Margaret River memang famous dengan winemaking, sebab vineyards ni memang all around the region.

Dah puas taking photos here and there, masuk a few shops, kami sambung perjalanan ke Chocolate Factory. Tapi aku sambung on next part ye sebabnya dah lenguh jari menaip.

No comments:

Post a Comment