Tuesday, 25 July 2017

Bercuti di Siem Reap 4 Hari 3 Malam - Part 1

Warning. This entry might be a long post as I will summary everything into 2 Parts only. Kalau berepisod 3,4,5 maybe aku tak sambung-sambung dah, at the end, every travel post aku tak pernah habis. I don't know why. 

Trip ke Siem Reap ni sepatutnya berempat tapi my two friends tak dapat pergi since both of them have issues yang tak dapat dielakkan. So, last sekali, aku pergi dengan my one and only travel partner, my lovely husband.

Flight Ticket

Tiket kami beli of course melalui sale Air Asia, #alwaysinmyheart yang sekarang ni agak payah nak jumpa sale macam 3 to 4 years back. It's either aku tak gigih seperti dulu lagi or tempat travel aku nak pergi tu too hot to sale.


Total damage untuk flight tickets including in-flight meals pergi balik for 2 and luggage pergi balik adalah RM430.00. Luggage sekarang makin lama makin naik harga aku perasan. Demmm.. Semua benda nak naik harga nowadays.

Travel aku kali ini hanyalah ke Siem Reap semata-mata. Aku tak pergi ke Phnom Penh. Ada certain travellers, dorang buat Siem Reap - Phnom Penh - Siem Reap. My cuti kali ini more to rilex and easy dan bukannya hectic and tiresome itinerary. So, Phnom Penh is out of my list walaupun aku belum pernah menjejakkan kaki ke Phnom Penh tu.

Hotel

Dah beli tiket, aku usha hotel pula. Hotel memang bersepah kat Siem Reap ni. Siem Reap ni receives visitors from all over the world tau. Bandar Siem Reap memang bersepah dengan tourists. So, mencari hotel adalah sangat mudah dan murah di sana. After searching through agoda, booking.com, traveloka, trivago, and all websites for hotel search ni, aku berminat lah dengan satu hotel baru ni.

Kalau booking hotel, ramai mencari hotel yang berdekatan dengan Night Market and Little Pub Street sebab kat situ malam-malam memang sangat happening. Happening dengan pub lah. Kalau sesiapa yang tak ada transportation memang sesuailah tapi disebabkan aku plan nak cari supir/driver sepanjang aku kat sana, so, cari hotel jauh sikit dari city centre pun tak ada masalah lah.

Jadi aku booking hotel nama Anusa Residence & Spa. Hotel ni jauh dari city centre, tak dapat sampai dengan jalan kaki tapi ini hotel baru dan memang superb. Aku sangat puas hati. 



Harga hotel masa aku booking ni RM450 for 4 days and 3 nights including breakfast. Hotel ni memang sangat sesuai untuk sesiapa nak honeymoon. Best sangat. 5 stars aku bagi rate.

Supir/Tuk-tuk Driver

Supir or driver ni aku booked awal-awal sebelum pergi. Nak cari supir tak susah pun, leh search kat facebook page Backpackers Buddy Malaysia (BBM) or any travel blogs yang ada. Tapi kena riki-riki harga berapa mereka charge per day and depends juga dengan aktiviti kita.


Nama driver kami, Nasri. Contact melalui facebook. Dia caj kami USD 40/4 days. Contact number dia is +855 96 998 7679. Nasri ni muslim. Asalnya pemalu tapi kalau kita banyak tanya, banyak yang dia cerita. Dia origin from Siem Reap and fasih berbahasa melayu sebab pernah kerja kat Malaysia. Muda lagi belum kahwin. Eh aku macam nak promo suh orang cari jodoh pulak 😁😂

Day 1: 7 May 2017/Sunday

Dari rumah kami park kereta kat Putrajaya Sentral then took KLIA Express to KLIA2. Caj KLIA Express around RM10 one way. Proses check in lama sangat sebab airport busy dengan sooooooooooo many people. Aku rasa time tu memang sume orang dapat grab free seats and semua orang pergi travel. Punya lama proses check in sebab long queue. Last-last ada announce final call for our flight and terus boleh proceed to counter khas. 

Flight kami supposedly departed at 1.05 pm tapi disebabkan masalah teknikal, flight delayed. Ini bukan delay sikit-sikit, ini major delay ni. Delayed until 3.40 pm. Siap tukar gate, tukar aircraft lagi. AirAsia took responsibility by distributing mineral water to all of us. Cafe tak banyak sekitar gate kami tu. Ramai juga yang kebuluran including us tapi konsep redha sahajalah since semua orang nampak tenang.

Finally, we departed at 4.00 pm. Mujurlah juga plan itinerary kami ni just rilex and easy. Kalau plan nak ke Phnom Penh bagai, mahu aku stress. After 2 hours flight, kami sampai di Siem Reap International Airport at 5.15 pm (local time). Aku dah whatsApp Nasri awal-awal pasal flight delay. Airport Siem Reap ni kecil je tapi busy juga sebab ramai tourists. So, bila kat immigration jadi slow and lama. erghhhh...Bila keluar je dari arrival gate, Nasri dah tercongok luar airport pengang nama kami malu-malu. Ceh.

Kami naik tuk-tuk Hard Rock Nasri (sebab tuk-tuk dia ada sticker Hard Rock), menuju ke hotel untuk check in. Hotel memang sangat nice seperti dalam gambar masa kami book. Bilik kami just in front of pool. Bestnya. Hotel room, bathroom, bathtub is huge. Memang highly recommended sangat hotel ni.


We asked Nasri to wait for us. Settle check in, kami terus pergi dinner di halal restaurant. Ada a few halal restaurant kat Siem Reap ni, and kami suruh je Nasri bawa kami pergi mana-mana yang dia tahu. He took us to Siem Reap Backpackers Restaurant sebab restaurant ni kira milik orang-orang dia juga. Kiranya, Nasri macam bekerja dengan team tourism SiemReapBackpacker ni.


Amok bersama sambal belacan.

Kami ordered Lembu Naik Bukit and Amok. Special local cuisine yang must try kalau ke Siem Reap. Rasa Lembu Naik Bukit tu memang sedap sangat and Amok tu sebenarnya rasa sebijik macam ikan masak lemak cili padi. Disebabkan kami kelaparan, memang habis lah makan malam tu. Total dinner was USD10.50.

Hard Rock Cafe Siem Reap


Settle makan, we asked Nasri to bring us to Hard Rock Cafe first sebab nak kumpul collection kami. Lepas beli beberapa benda yang perlu kat Hard Rock, kami straight away balik ke hotel sebab esok nak tour Angkor Wat. Malam tu before tidur, berendam dulu dalam fantastic bathtub.

Day 2: 08 May 2017/Monday

Sebenarnya sebelum aku datang Siem Reap ni, aku dah tengok video kat youtube pasal sunrise di Angkor Wat. Nak tengok sunrise tu kena pergi ke Angkor around 4.30 am camtu. Disebabkan aku dan laki aku tak gigih sangat nak capture moment sunrise tu, maka kami bagitahu Nasri siap-siap yang kami nak pergi lewat sikit. Kekdah sayangkan tidur lagi dari tengok sunrise.

Maka, pada pagi ni, kami just ke Angkor Wat jam 6am. Kalau kat Malaysia cerah dia macam 7am. So dah terang. Tak de sunrise lagi dah. Kami naik tuk-tuk menuju ke Angkor Wat.

On the way to school ye dik. Sorang bagus dah siap pakai helmet, sorang lagi pakai cap je.

Lalu Regency Angkor Hotel

Pasar kecil pagi-pagi

Another 3KM to ticket booth

Inilah ticket booth tu
First kena ke ticket counter yang terletak sangat jauh dari Angkor tu sendiri. Hampeh la. Tiket nak masuk ke Angkor dah naik harga. Now harga tiket masuk ke Angkor Wat is USD 37 each. Kalau convert dengan matawang Msia yang tengah jatuh terus tu, jadilah dalam RM160 seorang.

Don't forget to smile for your ticket.

Angkor Wat and Angkor Archaeological Park

Around 7 am local time, kami sampai di depan Angkor Wat. Masa ni memang dah panas terik. Dasyat juga panasnya. Pagi-pagi lagi aku dah pakai hat. Tapi dapat je aku tangkap moment-moment nice kat tasik kering tepi Angkor Wat ni.

Sunrise at Angkor Wat

Monk is praying

King Bathtub






Fuhhh..., besar amat Angkor Wat ni. Ambil masa berjam-jam juga untuk tour. Kami tak hire any tour guide pun. Jalan sendiri sahaja. Tak habis pusing semua tempat, my hubby bising perut dia sakit. Nak masuk toilet. Masalahnya memang tak ada toilet kat dalam kawasan ni. Tanya ada beberapa guide yang kami jumpa, tapi tak faham dorang cakap sebab dorang tak berapa fluent English.

Last-last, kami ke depan temple ni. Kat depan temple ni ada banyak kedai dan pasar-pasar jualan. Ada satu cafe beraircond, kami guna toilet dorang. Just pay Riel 1000 kalau bukan customer. Then lepas tu kami ke tuk-tuk yang mana Nasri sedap tidur pasang hammock kat tuk-tuk dia. 

Kami minta breakfast dulu kat tuk-tuk. Kami dah bawa bekal siap-siap dari Malaysia. Ada aku bawa sebuku roti gardenia dengan satu tin tuna. Wah, kemain kami melahap atas tuk-tuk tu. Lapar + haus amat. Mujur Nasri provide cold mineral water. Canggih tuk-tuk dia. Macam-macam ada.

Dah kenyang makan, kami proceed to another tempat. Archaeological Park ni besar. Ada beberapa temples dalam satu park ni. 








Bayon Temple

Elephant Terrace. King bersantai tengok perlawanan gajah

12 kubur King's wives

Victory gate. Kalau king menang dari perang, dia akan masuk melalui gate ini


Basically tour Angkor ni memang perlukan banyak tenaga. Sebab kita kena berjalan dari satu temple ke another temple. Dah tu temple dalam tu besar-besar. Lenguh nak explore setiap tempat. Mengikut Nasri, tourists lain datang berhari-hari. Kalau tak puas satu hari, esok datang lagi. Tapi tak lah bagi kami. Satu hari tour semua temple pun dah penat. Nasri asyik stop banyak tempat, kami pula serba salah kalau tak nak pergi. Dia dah bawa. Ikutkan kaki dah tak larat nak menapak.

Lepas buat tour Angkor Archaeological Park, kami requested untuk balik ke hotel. Tak larat dah. Nak recharge battery body. So, kami lunch di hotel sahaja. Aku bawa bekal nasi Brahim dari Malaysia. Request pinggan dari hotel, then aku panaskan nasi dalam kettle sahaja. Rendam dengan air panas. Dah kenyang, solat then membuta sekejap. Syok!

Killing Field

Jam 3 petang, kami request Nasri datang ambil kami semula di hotel. Dia bawa kami ke Killing Field. Nak masuk Killing field ni tak perlu bayar apa-apa. FOC. Bagus datang sini, dapat tengok Khmer Regime dari tahun 1975 - 1979. Sedih tau tengok rakyat Kemboja ni suffer. Sekitar 3 juta rakyat kena bunuh. Kami dapat explanation dari Nasri je sebab family dia pun terkena sama. 


Ada 1 mini museum, dibuat oleh 'volunteers' warga Jepun. Melalui lukisan kartun, ada seorang rakyat yang selamat dari dibunuh oleh regime Khmer. Bila aku tengok paintings tu, eh macam tak sanggup je rasa.

Artisan D'Angkor

Dari Killing Field, kami ke Artisan D'Angkor. Tempat handicraft and shopping yang famous di Siem Reap. Masa kami sampai, ada seorang guide bawa tour ke workshop dorang. Dapatlah tengok stone and wood craving dari craftsmen ni. Sangat-sangat talented mereka ni and of course everything is expensive here. Nak buat bukan mudah kan. Mostly craftsmen ni ada disabilities, macam deaf and mute.



Ini shop di Artisan D'Angkor. Tapi kami hanya melihat dan sentuh-sentuh sahaja. Belinya taklah.

Old Market Siem Reap

Dari Artisan D'Angkor, kami dibawa ke Old Market. Menurut Nasri, some tourists spent about 2 hours doing shopping here tapi kami hanya jalan setengah je dah habis. Haha. Plan bukan nak shopping datang Siem Reap ni.

Old Market. Pic source: Google

Pic source: Google. Ada banyak souvenirs yang dijual di Old Market ni cuma kena pandai bargain.
Then kami berdua decided untuk lepak minum coffee kat coffee shop. Sebenarnya ada banyak famous and hipster cafe kat sini. Memula kami nak minum di Sister Srey Cafe tapi cafe tu tutup pula masa kami pergi. So melepas nak try kat cafe tu.

So kami decided untuk lepak minum kat Noi Cafe sahaja. Sedap juga coffee dia.

Then kami jalan ke Art Centre Night Market. Nak lintas jalan punya susah.


Art Centre Night Market located in front of Old Market sahaja.

Barang-barang yang dijual sama sahaja seperti Old Market.
Jam 7 malam Nasri ambil kami kat sekitar Old Market then bawa kami dinner di Muslim Family Kitchen Restaurant. Kedai ni terletak depan Siem Reap Backpackers Retaurant tu je. Kat situ aku makan fried rice, ikan goreng and spring rolls. Makanan kat sini semua sedap-sedap. Total dinner kami malam tu USD 14.50.

Lepas dinner, kami request Nasri untuk drop di Night Market and Little Pub Street. Kami jalan-jalan sekitar tu. Then kami ambil massage dengan harga USD 5/pax sebab dah letih berjalan seharian tapi tak berapa best massage tu sebab dorang buat sambil lewa sahaja. Then aku perasan lah dorang ni, macam pilih mat saleh je. Kalau mat-mat saleh, beria ajak. Bagi treatment elok-elok. Racist sungguh.

Asia Market. Source: Google
Lepas massage, kami drop kat satu mini market. Nama dia Asia Market. Kat sini barang-barang dia murah juga contohnya raw coffee. Kalau nak try coffee cambodia, boleh beli kat sini. Tak perlu bargain. Ada macam-macam barang menariklah kat sini. Harga dalam USD. Boleh bayar dalam USD. Nanti balance dia bagi dalam USD+Riel. Lepas shoppping apa patut, kami pun balik ke hotel then tidur.

To be continued part 2 for day 3 and 4 di Siem Reap. Tak banyak dah aktiviti sebab major attraction di Siem Reap ni adalah Angkor tu sahaja. Yang lain-lain adalah tambahan sahaja.

Monday, 24 July 2017

Selesai Bayar Hutang PTPTN

Tajuk post pun dah wah!

Aku nak up juga post ni sebab aku rasa ni big achievement untuk diri aku sendiri. Ye, aku dah settle bayar loan PTPTN sebanyak RM20,000++ in less than 10 years.


Ramai orang disekeliling aku tak berhutang dengan PTPTN, sebab ramai yang dapat scholarship which I don't know how they get that. So, basically orang tak loan dengan PTPTN ni tak tahu macam mana suffernya nak bayar loan ni.

Aku further degree straightaway after habis matriculation dulu. Aku ingat lagi, masa masuk Uni dulu-dulu, ini cerita back to 15 years ago ok. Time register tu, ada session isi form untuk apply PTPTN. Aku ingat lagi registrar time tu cakap, for those who don't get first class pointer during matriculation must apply PTPTN. No other scholarship given.

Aku time tu dapat result sendu walaupun masih above 3 pointer. Maka, kita kategori budak tak berapa genius (at that time, now I'm too genius to handle) applylah PTPTN. Ikut arahan. I can say 100% may classmates apply PTPTN. Sekali bila dapat amoun, aku tak dapat full loan since my dad masih kerja and income lebih dari kelayakan.

Punyalah sedih dapat loan tapi tak dapat enjoy. At that time all of my friends boleh makan sedap bila duit loan masuk. Ada juga kot beli handphone tapi aku tak ingat sebab aku tak dapat buat apa-apa. Siap kena topup yuran study lagi. Tragis!

Then bila my dad pencen, aku dengan gigih turun naik office Uni untuk re-apply PTPTN, untuk naikkan loan amount. Masa tu tak berapa opportunist. Tak pergi cari scholar sendiri. Ada 2, 3 je kawan aku yang pergi apply scholar negeri. Aku tak tahu masa tu kenapa aku tak tahu scholarship MARA, JPA, KPT or scholar negeri. Macam tak ada hebahan. Kalau ada info pun kena rajin baca kat board-board office. Time tu tak ada smartphone lagi. Tak ada group WhatsApp, tak ada Facebook semua. So, none! Finally semester berapa entah aku dapat lah full amount loan PTPTN aku ikut jenis study. 

Bila dah habis study, mulalah nak membayar PTPTN. Aku still ingat year 1 aku start kerja, year tu juga aku habis study. Aku contact PTPTN tanya camna nak settle loan. Time tu PTPTN tak canggih lagi. Tak ada online system, tak ada booth counter, tak ada application. Memang susah. Aku ada problem sikit sebab loan aku berubah. Total amount aku pun tak sama dengan kawan-kawan. Sistem PTPTN pun tak mesra masa tu.

So aku tak bayar. Macam aku cerita, cara nak bayar tu susah. Tak jumpa cara. Tak ada penyata. Tak ada apa-apa. After 1 year, aku dapat surat dari PTPTN. Cakap surat mahkamah. Aku kena denda sebab tak bayar loan. Aku macam what the **** kan. Dulu aku nak bayar, macam-macam hal. Now hantar surat court lak. Aku contact my sister sebab ini isu lawyer and mahkamah kononnya. Then based on surat aku dapat tu, aku contact lawyer in charge kes aku. She said mudah je, reply surat cakap tak dapat attend ke court and mention minimum amount aku akan bayar setiap bulan.

Lepas reply surat tu, aku start lah bayar setiap bulan. Tapi kes tu macam tak settle. Ada macam-macam caj masuk dalam statement aku. Sometimes caj lawyer, sometimes caj mahkamah. Seriously bengang. Caj bukan sikit tau, banyak weh. Imagine, setiap bulan caj extra aku kena bayar around RM97. Kalau minimum aku kena bayar RM200, aku kena extra RM97 lagi. Kalau aku bayar RM200 je, loan aku tu takat kurang RM91 setiap bulan. Bila nak settle kan.

Kes tu berlarutan tau. Berpanjangan. Aku naik turun pejabat PTPTN di beberapa tempat. Aku tak puas hati sangat sebab aku setiap bulan bayar, then dorang masih chase aku and charge aku macam-macam. Ramai kawan aku yang tak bayar since dorang habis study, tak ada pula terima surat lawyer, mahkamah, caj macam-macam. Aku yang konsisten bayar ni yang dorang chase. Macam apa ntah.

My sister yang lawyer pun pening. So, aku decided bayar half than loan amount. Caranya aku keluarkan duit EPF aku. Lepas bayar segedebuk tu, ingat issue tu settle. Tapi tak juga. Memang menindas gila. Aku pergi marah orang kat kaunter cawangan PTPTN Kuching. Aku cakap makin orang bayar, makin nak charge macam-macam. Biar makcik-makcik yang nak apply loan untuk anak dia tahu yang PTPTN ni penipu.

Lastly akak aku cek, dia cakap caj mahkamah tak boleh banyak kali. Kena 1 kali sahaja. Kalau lebih memang salah. So, aku geram kan. Aku cari orang dalam PTPTN. Cuba cari direct nombor pegawai undang-undang PTPTN. At first tu assistant je cakap, dia kata lawyer tak available (biasalah orang kerja government memang selalu tak available, mengular je lebih). Aku cakap suh lawyer tu contact aku balik. Tapi lepas 2 weeks tak ada pun contact. Mahu berbulu kan.

Aku contact balik assistant tu cakap, aku dah call last 2 weeks, kata nak return call tapi sampai ke sudah tak return. Dia minta balik no phone aku. Aku perli, cakap nanti hilang lagi. Aku memang marah dalam phone tu. Lepas 5 minutes, ada aku received call dari lawyer PTPTN. Dia hantar orang senegeri dengan aku. Dia ingat aku heran ke. Ingat aku ni pilih negeri ke nak cakap elok-elok. Ini bukan salah aku, ini salah management PTPTN. Sape buat kerja baik, aku cakap baiklah. Lepas deal dengan lawyer tu, barulah statement aku jadi ok. Dah tak ada caj-caj merepek tu.

Then aku convert loan aku dari conventional ke ujrah. Itupun ambil masa. Lebih dari 3 bulan. Nak kena asyik follow up je status pertukaran tu. Aku kena ke HQ PTPTN untuk isi second form tau sebab form first tu hilang. Boleh? Memang disaster orang PTPTN  buat kerja.

Lepas 5 bulan baru aku dapat convert, then interest aku dah berkurang dari RM90++ sebelum ni kepada RM3 sahaja setiap bulan. Tapi aku masih bayar 6x ganda extra dari minimum amount. Orang PTPTN ni tak tahu, ramai je sudi nak bayar, tapi disebabkan caj-caj interest and other hidden charge yang merepek tu, ramai tertunggak nak bayar PTPTN. Pastu nak cakap peminjam ingkar. $%#$@!

Hujung tahun lepas, our PM announced if peminjam buat full settlement loan PTPTN, akan dapat discount 15%. So, aku ambil peluang tu untuk buat full settlement. Now, I'm free from stupid idiot PTPTN loan. Phewwww!!

Suffer tau loan PTPTN ni. Baik loan bank lagi. Sistematik, interest rate pun murah dari PTPTN. Tapi aku notice sejak banyak isu ni, PTPTN is getting better. Di di swastakan pun. Semi-government. Building pun nice tepi KLCC (pakai duit interest mengarut dari peminjam lah tu).

Apa-apapun, kepada sesiapa peminjam PTPTN, teruskan membayar loan. Always check your statement. Keep on follow up your issue with them. Kalau kita diam, dorang lagi seronok.

Aku tak ada tips pun camna nak settlekan loan ptptn tu. Bayar sahaja ikut kemampuan kita asalkan kita bayar hutang kita. Untuk tips-tips mengarut jangan ikut, contohnya kena istiqamah perkara berikut:
  1. Ikat perut, jangan makan mewah for a year. Kalau boleh nasi dengan kicap sahaja.
  2. Jangan naik kereta pergi kerja, kalau boleh naik motor je. Kalau bos suruh outstation pun cakap tak ada transport. Pastu tumpang kawan gi kerja, jangan bayar tol, jangan bayar minyak. Biar kita naik free.
  3. Jangan renew roadtax dan lesen. Bawa je motor, kereta dengan roadtax and lesen mati.
  4. Jangan bagi duit kat mak ayah. Cakap ko tengah berjimat.
  5. Jangan sakit. Kalau masuk hospital, macam-macam kena bayar. Sentiasa sihat. Jogging sentiasa.
  6. Jangan guna internet, pakai wifi free je. Kalau terdesak, suruh kawan atau family buat share data dorang.
  7. Jangan ambil insuran. Nanti kena bayar mahal.
  8. Jangan servis kereta dan motor.
  9. Jangan celebrate apa-apa termasuklah birthday anak, birthday pasangan, birthday sendiri termasuklah hari raya. Nanti kena beli macam-macam.
  10. Jangan pergi holiday, hidup hanya pergi kerja balik kerja selama setahun. Kalau gi holiday, buat macam susah. Jangan book hostel. Pastu boleh buat budget pergi New Zealand dengan budget RM200 sahaja.

Itu semua mengarut. Aku memang tak boleh hadam bila orang viral kat Facebook yang dorang settle loan or apa-apa then bagi tips mengarut. Realitinya, kita macam-macam nak kena bayar dalam hidup ni. Dapat duit tu susah. Kalau mudah pun, kita banyak komitmen lain-lain. So jangan cepat terpengaruh dengan benda-benda viral. Kita arrange perbelanjaan kita ikut budget kita sahaja. Biar lambat bayar loan, asal habis.

Ok habis bebelan aku. Panjang meluahkan perasaan ni. Thanks for reading.

Wednesday, 5 July 2017

Gambar Winter di Great Britain dan Europe 2017

Salam semua. Sebelum aku punya kekuatan nak update semua itinerary dan kos sepanjang perjalanan aku kat London dan Europe ni, aku tunjuk dulu sikit-sikit gambar trip aku ke sana.

Day 1 

Regent Street

Lego Store London

Day 2

Manchester United Stadium Tour

Manchester City Stadium Tour

Day 3

Buckingham Palace

Hyde Park

 Day 4

Big Ben

London Eye
Tower Bridge

Day 5

La Vallee Village

Day 6

Eiffel Tower

Day 7

Zurich

Day 8



Top of Mount Titlis

Day 9

Schiphol Airport

Day 10

Zaan Schan
Amsterdam Canal

Day 11

Grand Place

Manneken Pis

Day 12
Place Royale

Day 13

King Cross Station

Day 14

Trafalgar Square

View from Sky Pod Garden

Day 15

Wembley Stadium

Sebenarnya ada sambungan aku lagi stay 2 minggu, cuma nanti aku upload kalau aku rajin. Sebabnya aku tak hanya stay di UK, tapi aku telah ke Spain & Gibraltar. Tunggu next update ok.