Monday, 3 July 2017

London Aku Datang

Siapa tak nak pergi London? Semua orang nak pergi tengok negara tanah ratu tu termasuklah aku. London tu seolah-olah centre of the world kekdahnya. So, as for me London is a must destination to go. Kalau dapat pergi London tu, rasa macam dah habis pusing dunia (tipulah). Exaggerated sungguh.

Bila nak pergi London? Selalu je buat blog-walking, ramai dah menjejakkan kaki ke London. Macam mudah je. Aku ni bila pula dapat pergi. Usha-usha tiket orang pernah pergi, tiket semua RM2500 and above. Itu baru seorang. Kalau berdua mahu tiket sahaja RM5000. Perghhhhh, so diam-diam ubi je lah aku simpan angan-angan. Aku nak sangat ke sana juga sebab my bro tengah study sana. Jadi, bila ada family sendiri rasa senang juga nak berjalan kan. So, aku pasang azam mesti juga ke sana sebelum adik aku balik. Kalau dia nak balik

Apa-apa perkara datang kepada kita, memang qada' dan qadar Allah swt. Dah tersurat Allah cakap rezeki aku datang London ni. Nak dijadikan cerita, tak ada ribut, tak ada taufan, tak ada banjir pun, hari weekend, aku pergi melepak kat rumah kakak aku. Laki aku tak ada, dia pergi kelas. Borak dengan cousin aku kebetulan dia ada kat rumah kakak aku, bercakap pasal travel since my cousin pun suka travel juga. Katanya sekarang tengah Matta Fair. Dia tanya aku tak pergi ke? Aku cakap lah dah pernah pergi dulu, tapi tiket London tu macam jual untuk waktu terdekat. Maksudnya, kalau ko nak gi London tahun depan, ko tak boleh beli tiket tahun ni. Air Asia je boleh buat camtu tapi AA dah tak pergi London.

Sambil-sambil borak tu, aku buka laptop. Lupa kenapa buka lapotp tapi sambil-sambil buka, tekan Google Chrome, masuk website Malaysia Airlines. Tak masuk skyscanner sebab nak cuba nasib pakai MAS dulu. Kik KUL, klik LHR (memang ingat sebab nak pergi sangat). Sekali harga dia. Mommmyyyyy!! Murah yang amat. Tarikh pulak nice. Beli ke tak beli? Kalau tak beli memang rugi tapi kalau beli, betul ke ni? Ada 5 bulan je tempoh persiapan aku. Cukup ke budget ni. Eh macam macam dalam kepala tapi excitement tu tinggi lagi. Kalau travel pergi Indonesia aku tak kisah lagi, currency tak jauh beza. Ini Great Britain weh, currency darab 5.5. Sudah. Tapi peluang tak datang banyak kali. Sepanjang aku usha tiket, inilah paling murah. Call laki aku minta permission and dia pun blurred. Tengah-tengah kelas aku kacau cakap nak beli tiket pergi London. Haha. Then tanya adik aku, and adik aku cakap memang tak akan ada lagi tiket murah dari ini.

Maka, keluarlah saving aku. Beli tunai bukan hutang. Belilah aku tiket aku seorang dulu ke London. Kenapa aku cakap aku sorang? Sebab aku pegi lama, tapi tak lama sangat. Aku pergi sebulan beb! Bukan sepuluh hari tapi sebulan. Menggigil tangan buat transaction. Seriously. Maklumlah, tiket sahaja rega ribu riban. Aku nak cakap aku bukanlah golongan silver or gold spoon ni. Jadi, beli tiket ni macam hugeeeeeeee thing untuk aku. Lepas aku beli tiket aku, baru aku beli tiket laki aku. Fly sama date and time cuma balik je berbeza. Laki aku pergi for 2 weeks.

Total damage untuk flight tiket 2 orang pergi dan balik termasuk insurans hanyalah RM4,400. Harga flight ticket aku mahal sikit dari laki aku sebab sum of insurans covered. Makin lama pergi, makin banyak benda perlu cover so harga insurans naik sikit. Harga tiket sama je setiap sorang dan yang bestnya, flight aku direct 14 hours non stop! Jimat masa, yehaaaaaaa.



Kenapa aku pergi sebulan? Kenapa tarikh tu? Itu adalah tarikh nice sebab kena pada cuti Chinese New Year. Jadi hubby aku tak perlu apply banyak leave. Aku pula dengan harapannya berjaya menamatkan Master aku on-time. Jadi aku ada tempoh habis master-sebelum-masuk-kerja-semula selama sebulan & selama itu lah aku akan menenangkan diri di negara tanah ratu itu!

Dah beli tiket, hari-hari dok tenung tiket. Betul ke tiket tu nama aku? Betul ke aku berjaya beli ni? Over kan. Tiket tu juga lah yang menjadi inspirasi aku untuk habiskan study on time juga. Till then, bye.

No comments:

Post a Comment