Tuesday, 4 July 2017

Persiapan musim sejuk ke London dan Europe

Untuk readers yang dah tahu aku berjaya beli tiket pergi ke London, aku telah berjaya ke London pada bulan Januari - February 2017 yang lepas. Ye, aku pergi sebulan ke Eropah sana. Dan selama sebulan ituah aku mengalami musim sejuk yang amat.

Seasonal Weather in London

Pakaian
Aku ke London dan Europe pada musim winter. Jadi, pakaian haruslah winter coat. Selama sebulan ke sana, aku bawa tiga jenis Winter Coat. Kata orang, bawa 1 je winter coat tapi kalau aku jenis nak berfesyen, nak juga colourful tu. Barulah ceria je dalam gambar. Nampak juga beza hari tu. Maka, aku bawa 3 jenis winter coat.

Winter Coat jenis wool. Yang ini tidak sesuai pada waktu hujan

Winter coat waterproof dan jenis labuh. Banyak guna sebab musim sejuk selalu hujan.

Winter coat jenis waterproof tapi jenis singkat

Seluar, Tight dan Sweat Pant
Aku ada bawa 2 helai seluar jeans, dan 2 helai long-john, 2 helai tight dan sehelai seluar snow. Banyak gila jenis seluar kena bawa. Winter season memang sangat-sangat perlukan long-john / thermal wear ni. Kalau tak nak beli long-john, beli seluar tight je. Pastikan betul-betul tight and material bagus. Sebab tight aku tak banyak, aku bawa je seluar swimming muslimah aku sebab seluar tu memang tight dan tebal.

Mula-mula pakai seluar tight belah dalam, then baru pakai jeans sebelah luar. Jeans ni penting juga bagi aku sebab jeans kain tebal maka sangat ok time winter. Kalau pakai slack or khakis pun tak ada masalah. Bergantung pada keselesaan masing-masing.
Bawa seluar dia sahaja. Tak mungkin dapat swimming musim winter kat UK.
Untuk waktu malam pula, lebih-lebih lagi di hotel atau rumah, seelok-eloknya pakailah sweat pants. Sebab aku memang tak sanggup pakai seluar pendek or seluar nipis-nipis walaupun ko tengah on heater. Sweat pants sangat-sangat membantu. Aku siap bawa 3 helai lagi. 1 helai aku pakai masa naik flight. Kalau rasa nak save ruang, bawa sehelai ulang pakai setiap hari selama sebulan. Haha
Sweat pants bawa 3 helai

Sweater
Sweater ni pun sangat-sangat diperlukan sebab sebelum pakai jacket, kena pakai sweater dulu. Aku bawa banyak dalam 5 helai rasanya. Memang rasa membazir pun ye juga sebab kekdahnya tak nampak dalam gambar. Tapi aku bawa banyak sebab waktu tidur pun aku pakai sweater tapi sape rasa 5 helai tu makan space, aku suggest bawa 3 helai sewaters sahaja. Sila beli sweater yang ketat. Masa try tu, memanglah panas sebab kita dok Malaysia, tapi percayalah, korang akan bersyukur bila pakai sweater ketat ni masa kat UK nanti.




Gloves
Gloves juga sangat-sangat diperlukan bila di Europe. Yang gloves jenis biasa tu aku bawa 2 pasang tapi disebabkan aku pergi main salji kat Switzerland, aku bawa sepasang lagi gloves untuk snow.

Snow glove. Khas sebab lebih tebal dan waterproof.

Shawl and snow cap
Shawl ni penting juga untuk perempuan sebab masuk dalam gambar then surelah nak shawl warna warni. Yang ni pun makan space tapi kena bawa juga. Kalau nak mudah, bawa shawl tak perlu iron. Mana ada masa nak iron lagipun kalau dok hotel budget, iron tak disediakan and aku memang tak sanggup nak memberatkan beg membawa iron. 

Untuk snow cap pula, aku bawa semata-mata nak pakai masa pergi naik snow je. Haha. Memang tak berbaloi tapi bila ambil gambar tu rasa puas hati juga. Aku bawa sehelai snow cap sahaja.


Kasut
Kasut pun satu hal juga. Aku nak juga berfesyen but at the same time nak juga selesa. Selipar memang tak perlu bawa during winter season. Aku bawa 3 jenis kasut, boots, sneakers biasa and snow boot. 🙆 Menyesal tu ada juga sebab kasut ni makan space especially high boot ni. Nak lipat pun susah. Tapi aku suggest bawa at least 2 kasut sebab senang tukar-tukar. Tak pun bawa 1 kasut, then shopping kasut kat sana. Lawa kasut-kasut dorang.

Beli jenis leather or pvc. Jangan beli jenis suede sebab basah kena hujan
Snow boot. Aku bawa khas jenis untuk snow.

Sebenarnya snow boot ni tak perlu pun tak apa if kasut/sneakers tu mesti jenis sedap wat berjalan especially jalan basah. Since kasut aku tu biasa, aku risau kalau aku gi main snow jalan licin, jatuh tak pasal-pasal. So, aku beli special snow boot ni. Kadang-kadang aku pakai je masa kat town sebab senang jenis sarung je.

Makanan
Ok, ini tak dinafikan sangat susah sebab aku pergi kat tempat adik aku. Jadi, makanan disediakan. Haha, tipu. Kami masak tapi masa aku pergi Europe, aku bawa paket Brahim. Tapi tak banyak. Aku bawa 1 paket nasi seorang untuk 1 hari. Contohnya pergi Europe selama 5 hari, so aku bawa 10 paket nasi Brahim. 5 hari x 2 orang. 1 paket seorang sehari. 10 paket pun berat tau.

Takkan makan sekali sehari je kan? Puasa ke apa. Maksudnya aku ada beli makanan juga kat sana. Kenapa? Aku tak tahulah, tapi aku tak dapat nak telan makanan yang kita bungkus kalau dah beku. Kita memang dah tapau contohnya dalam bekas tapi memang tak dapat telan sebab terlalu sejuk. Makan pun tak syok. Lagipun, makanan halal kat sana mudah juga kecuali Paris sebab aku tak jumpa sangat. Sebiji kebab harga Euro 5 tapi size dia sangat besar dan ko akan berselera makan sebab musim winter ko dapat makanan panas. Memang heaven. Lagipun, takkan taknak try makan makanan sana sekali sekala.

Pastu roti, croissant sangatlah murah dan bersepah. Nak jimat, bawak butter or nutella or jam apa-apa je dari Malaysia. Makanlah sampai puas. Tak puas juga, makan roti cicah air milo. Instant 3 in 1 tu jangan lupa bawa banyak-banyak. Barang-barang ni tak ada masalah bawa masuk London or Europe dan tak perlu declare pun. 

Kebab aku beli masa di Amsterdam. Tak habis makan sekali. Makan 2x pun boleh.

Ubat-ubatan
Jangan lupa bawa ubat demam, selsema dan apa-apa ubat yang korang rasakan perlu termasuklah balm atau minyak angin. Walaupun di London ada banyak farmasi nama Boots (macam Watson or Guardian di Malaysia), tapi tak perlulah kita buang masa pergi sana semata-mata nak cari ubat. Aku bawa 2 papan each kot sebab almaklumlah, aku kan sebulan di sana. Hiks! 

Kesimpulannya, kalau travel during winter memang banyak barang yang perlu di bawa. Jangan pula stress kalau semua perkara kat atas ni korang tak ada. Tak perlu beli semua melainkan memang korang selalu travel during winter. Kalau tak ada, beli je pre-loved atau pinjam dengan family atau sewa kawan-kawan baik je. Membazir beli sebab dah balik Malaysia, tak tau bila lagi nak pakai kan.

No comments:

Post a Comment