Monday, 24 July 2017

Selesai Bayar Hutang PTPTN

Tajuk post pun dah wah!

Aku nak up juga post ni sebab aku rasa ni big achievement untuk diri aku sendiri. Ye, aku dah settle bayar loan PTPTN sebanyak RM20,000++ in less than 10 years.


Ramai orang disekeliling aku tak berhutang dengan PTPTN, sebab ramai yang dapat scholarship which I don't know how they get that. So, basically orang tak loan dengan PTPTN ni tak tahu macam mana suffernya nak bayar loan ni.

Aku further degree straightaway after habis matriculation dulu. Aku ingat lagi, masa masuk Uni dulu-dulu, ini cerita back to 15 years ago ok. Time register tu, ada session isi form untuk apply PTPTN. Aku ingat lagi registrar time tu cakap, for those who don't get first class pointer during matriculation must apply PTPTN. No other scholarship given.

Aku time tu dapat result sendu walaupun masih above 3 pointer. Maka, kita kategori budak tak berapa genius (at that time, now I'm too genius to handle) applylah PTPTN. Ikut arahan. I can say 100% may classmates apply PTPTN. Sekali bila dapat amoun, aku tak dapat full loan since my dad masih kerja and income lebih dari kelayakan.

Punyalah sedih dapat loan tapi tak dapat enjoy. At that time all of my friends boleh makan sedap bila duit loan masuk. Ada juga kot beli handphone tapi aku tak ingat sebab aku tak dapat buat apa-apa. Siap kena topup yuran study lagi. Tragis!

Then bila my dad pencen, aku dengan gigih turun naik office Uni untuk re-apply PTPTN, untuk naikkan loan amount. Masa tu tak berapa opportunist. Tak pergi cari scholar sendiri. Ada 2, 3 je kawan aku yang pergi apply scholar negeri. Aku tak tahu masa tu kenapa aku tak tahu scholarship MARA, JPA, KPT or scholar negeri. Macam tak ada hebahan. Kalau ada info pun kena rajin baca kat board-board office. Time tu tak ada smartphone lagi. Tak ada group WhatsApp, tak ada Facebook semua. So, none! Finally semester berapa entah aku dapat lah full amount loan PTPTN aku ikut jenis study. 

Bila dah habis study, mulalah nak membayar PTPTN. Aku still ingat year 1 aku start kerja, year tu juga aku habis study. Aku contact PTPTN tanya camna nak settle loan. Time tu PTPTN tak canggih lagi. Tak ada online system, tak ada booth counter, tak ada application. Memang susah. Aku ada problem sikit sebab loan aku berubah. Total amount aku pun tak sama dengan kawan-kawan. Sistem PTPTN pun tak mesra masa tu.

So aku tak bayar. Macam aku cerita, cara nak bayar tu susah. Tak jumpa cara. Tak ada penyata. Tak ada apa-apa. After 1 year, aku dapat surat dari PTPTN. Cakap surat mahkamah. Aku kena denda sebab tak bayar loan. Aku macam what the **** kan. Dulu aku nak bayar, macam-macam hal. Now hantar surat court lak. Aku contact my sister sebab ini isu lawyer and mahkamah kononnya. Then based on surat aku dapat tu, aku contact lawyer in charge kes aku. She said mudah je, reply surat cakap tak dapat attend ke court and mention minimum amount aku akan bayar setiap bulan.

Lepas reply surat tu, aku start lah bayar setiap bulan. Tapi kes tu macam tak settle. Ada macam-macam caj masuk dalam statement aku. Sometimes caj lawyer, sometimes caj mahkamah. Seriously bengang. Caj bukan sikit tau, banyak weh. Imagine, setiap bulan caj extra aku kena bayar around RM97. Kalau minimum aku kena bayar RM200, aku kena extra RM97 lagi. Kalau aku bayar RM200 je, loan aku tu takat kurang RM91 setiap bulan. Bila nak settle kan.

Kes tu berlarutan tau. Berpanjangan. Aku naik turun pejabat PTPTN di beberapa tempat. Aku tak puas hati sangat sebab aku setiap bulan bayar, then dorang masih chase aku and charge aku macam-macam. Ramai kawan aku yang tak bayar since dorang habis study, tak ada pula terima surat lawyer, mahkamah, caj macam-macam. Aku yang konsisten bayar ni yang dorang chase. Macam apa ntah.

My sister yang lawyer pun pening. So, aku decided bayar half than loan amount. Caranya aku keluarkan duit EPF aku. Lepas bayar segedebuk tu, ingat issue tu settle. Tapi tak juga. Memang menindas gila. Aku pergi marah orang kat kaunter cawangan PTPTN Kuching. Aku cakap makin orang bayar, makin nak charge macam-macam. Biar makcik-makcik yang nak apply loan untuk anak dia tahu yang PTPTN ni penipu.

Lastly akak aku cek, dia cakap caj mahkamah tak boleh banyak kali. Kena 1 kali sahaja. Kalau lebih memang salah. So, aku geram kan. Aku cari orang dalam PTPTN. Cuba cari direct nombor pegawai undang-undang PTPTN. At first tu assistant je cakap, dia kata lawyer tak available (biasalah orang kerja government memang selalu tak available, mengular je lebih). Aku cakap suh lawyer tu contact aku balik. Tapi lepas 2 weeks tak ada pun contact. Mahu berbulu kan.

Aku contact balik assistant tu cakap, aku dah call last 2 weeks, kata nak return call tapi sampai ke sudah tak return. Dia minta balik no phone aku. Aku perli, cakap nanti hilang lagi. Aku memang marah dalam phone tu. Lepas 5 minutes, ada aku received call dari lawyer PTPTN. Dia hantar orang senegeri dengan aku. Dia ingat aku heran ke. Ingat aku ni pilih negeri ke nak cakap elok-elok. Ini bukan salah aku, ini salah management PTPTN. Sape buat kerja baik, aku cakap baiklah. Lepas deal dengan lawyer tu, barulah statement aku jadi ok. Dah tak ada caj-caj merepek tu.

Then aku convert loan aku dari conventional ke ujrah. Itupun ambil masa. Lebih dari 3 bulan. Nak kena asyik follow up je status pertukaran tu. Aku kena ke HQ PTPTN untuk isi second form tau sebab form first tu hilang. Boleh? Memang disaster orang PTPTN  buat kerja.

Lepas 5 bulan baru aku dapat convert, then interest aku dah berkurang dari RM90++ sebelum ni kepada RM3 sahaja setiap bulan. Tapi aku masih bayar 6x ganda extra dari minimum amount. Orang PTPTN ni tak tahu, ramai je sudi nak bayar, tapi disebabkan caj-caj interest and other hidden charge yang merepek tu, ramai tertunggak nak bayar PTPTN. Pastu nak cakap peminjam ingkar. $%#$@!

Hujung tahun lepas, our PM announced if peminjam buat full settlement loan PTPTN, akan dapat discount 15%. So, aku ambil peluang tu untuk buat full settlement. Now, I'm free from stupid idiot PTPTN loan. Phewwww!!

Suffer tau loan PTPTN ni. Baik loan bank lagi. Sistematik, interest rate pun murah dari PTPTN. Tapi aku notice sejak banyak isu ni, PTPTN is getting better. Di di swastakan pun. Semi-government. Building pun nice tepi KLCC (pakai duit interest mengarut dari peminjam lah tu).

Apa-apapun, kepada sesiapa peminjam PTPTN, teruskan membayar loan. Always check your statement. Keep on follow up your issue with them. Kalau kita diam, dorang lagi seronok.

Aku tak ada tips pun camna nak settlekan loan ptptn tu. Bayar sahaja ikut kemampuan kita asalkan kita bayar hutang kita. Untuk tips-tips mengarut jangan ikut, contohnya kena istiqamah perkara berikut:
  1. Ikat perut, jangan makan mewah for a year. Kalau boleh nasi dengan kicap sahaja.
  2. Jangan naik kereta pergi kerja, kalau boleh naik motor je. Kalau bos suruh outstation pun cakap tak ada transport. Pastu tumpang kawan gi kerja, jangan bayar tol, jangan bayar minyak. Biar kita naik free.
  3. Jangan renew roadtax dan lesen. Bawa je motor, kereta dengan roadtax and lesen mati.
  4. Jangan bagi duit kat mak ayah. Cakap ko tengah berjimat.
  5. Jangan sakit. Kalau masuk hospital, macam-macam kena bayar. Sentiasa sihat. Jogging sentiasa.
  6. Jangan guna internet, pakai wifi free je. Kalau terdesak, suruh kawan atau family buat share data dorang.
  7. Jangan ambil insuran. Nanti kena bayar mahal.
  8. Jangan servis kereta dan motor.
  9. Jangan celebrate apa-apa termasuklah birthday anak, birthday pasangan, birthday sendiri termasuklah hari raya. Nanti kena beli macam-macam.
  10. Jangan pergi holiday, hidup hanya pergi kerja balik kerja selama setahun. Kalau gi holiday, buat macam susah. Jangan book hostel. Pastu boleh buat budget pergi New Zealand dengan budget RM200 sahaja.

Itu semua mengarut. Aku memang tak boleh hadam bila orang viral kat Facebook yang dorang settle loan or apa-apa then bagi tips mengarut. Realitinya, kita macam-macam nak kena bayar dalam hidup ni. Dapat duit tu susah. Kalau mudah pun, kita banyak komitmen lain-lain. So jangan cepat terpengaruh dengan benda-benda viral. Kita arrange perbelanjaan kita ikut budget kita sahaja. Biar lambat bayar loan, asal habis.

Ok habis bebelan aku. Panjang meluahkan perasaan ni. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment