Saturday, 30 June 2018

Birthday Holiday - Semporna Day 1 & Poor Service from Uncle Chang

Dari post sebelum aku dah explain how I booked my tickets. So, Tawau & Semporna, here I come. Kami fly seawal 7.30 pagi dari KLIA. Of course kena bangun 3 jam lebih awal, and we parked our car dekat Putrajaya Sentral sahaja. Dari Putrajaya Sentral, naik KLIA Transit to KLIA. Settled check in, proceed to departure gate. Fly on time.

Flight ke Tawau mengambil masa hampir 3 jam tau. Penerbangan paling lama dalam Malaysia. Sebab tu tiketnya tidak pernah murah. Sebab morning flight, jadi kami dapat heavy breakfast, nasi lemak.

Nasi lemak for breakfast from Malaysia Airlines

Selepas 3 jam, landed di Tawau Airport. Kena melalui proses immigration ye kat sini. Kalau bawak passport mudah la, dia cek sahaja tapi kalau bawak IC, don't worry, nanti dia bagi slip untuk simpan.

Sambil tunggu luggage, kita ambil pamplet. Konon untuk reference.

Kami dah booked pakej melalui Uncle Chang. Uncle Chang ni nama resort tau. Sebabnya, dia ada resort di Pulau Mabul. Tapi, aku nak cerita regret service Uncle Chang ni dan bermula korang baca blog ni, aku recommend sangat jangan book lagi dengan Uncle Chang.

Kalau baca previous record dorang, Uncle Chang ni highly recommended juga tapi tidak lagi masa aku guna.

Itinerary for 3 days. Replied from Uncle Chang

1st masa aku email kat dorang, dorang reply gitu-gitu je. Ok lah, ada nyatakan harga pakej untuk 4 hari 3 malam tapi tak explain pun apa-apa macam makan include ke, pergi island hopping ke, recommend stay mana dulu ke. Macam kena baca info kat tempat lain, then tanya dorang lagi. So, tak pe, aku proceed juga dengan Uncle Chang sebab few of my relatives pernah guna servis Uncle Chang & dorang cakap ok.

Sambung lepas dapat luggage, kami pun keluar dari arrival hall. Ha, before aku depart tu aku pula email dorang tanya siapa yang datang pick up, baru dorang reply email cakap ada orang pegang sign Uncle Chang. Kalau aku tak tanya, dorang tak bagitahu.

Aku ada kawan di Tawau, then janji nak jumpa sekejap untuk pass barang dia kirim kat aku. Aku pun ada kirim barang dengan dia. Tapi masa aku landed, kawan aku belum sampai. Dia on the way dah, almost sampai la. So, bila kami keluar dari arrival hall, nampak dah lelaki pegang tag 'Uncle Chang', kami terus ke tempat lelaki tu. Aku terus mentioned, saya nak tunggu kawan sekejap nak pass barang. Dia dengan sombong, angkuh, bongkak, terus cakap, 'dari tadi lagi passenger lain tunggu. Saya terus jalan sahaja. Tak tunggu'

Terkedu juga aku. Banyak juga barang kawan aku kirim, takkan nak bawa sampai ke Semporna. Lagipun kawan aku cakap dalam 10 minit lagi dia nak sampai dah. Rupanya kami ni satu van dengan semua customer under Uncle Chang. Lagipun masih ada customers yang belum habis keluar dari arrival. Biasalah beg ada dapat cepat, ada dapat lambat. Apa dia expect?

Hubby nampak panas dah. Pastu kami bagitahu pada seorang lagi staf Uncle Chang yang sibuk dok angkat luggage masuk dalam van. Staf tu ok pulak cuma dia cakap tunggu tepi jalan lah, jadi kawanku tak perlu datang ke airport. Baru je kami gerak keluar sikit dari airport, kawan aku sampai. Kami pass barang sahaja. Aku tak sempat pun nak peluk-peluk dia. Kawan baik dari Uni yang dah lama tak jumpa kot.

Aku rasa less 30 saat aku jumpa kawan aku. Aku turun van, pass barang pada dia, terus naik van balik, then van terus gerak ke Semporna. Dalam van aku dengan hubby duduk diam. Kawan aku mesej cakap orang Semporna memang macam itu. Aku try to digest all those things and try control mood sebab actually memang dah spoil. My suppose to be happy holiday turns to badddddd very bad mood.


View along the way from Tawau to Semporna. Nothing much. Banyak ladang sawit je.

Bukan first time kami travel, even berapa belas negara aku dah jejak. Rupanya, servis negara sendiri lagi teruk. Tak semua la nak cakap. Tapi sepanjang perjalanan dalam van tu, aku tengok mamat driver (yang kerek dengan aku tu), kemain mesra dengan tourist China. Borak macam-macam. Dasar racist!


Random picture of Semporna area. Very small town, and agak kotor. Sampah tepi jalan penuh.

Van drop customer sana sini. Kami diam je. Driver pun tak cakap mana kami kena turun. Hmmmmph! Sampai la last stop, hanya kami je, dia turun, then kami tanya turun sini ke, baru dia cakap turun sini. Bole? Eeee, memang tak jaga customer langsung. Mentang-mentang tempat ko, wat kerek pula.


Sampai di office Uncle Chang di Jeti Semporna

Masuk office, isi declaration form, settle payment and so on.

Dah settle semua, around 1p.m, kami pun tanya staf office Uncle Chang, then what next? Sebab based on dia punya quotation, we have to stay at Semporna today. Tak pergi straight to Mabul Island. Staf tu cakap, pergi lunch dulu. Lepas lunch baru check in. Dia tunjuk the nearby kedai mamak, depan office dorang ni je. Lintas jalan sikit. Hmmm, mamak pun mamak lah.


Aku ordered mee goreng mamak & hubby ordered Nasi Goreng Pattaya.

Selepas lunch di mamak, we went back to the office, then lady staff tu cakap tunggu driver untuk hantar kami ke resort. Then dia cakap boleh pusing-pusing dulu kat jeti. Dengarnya lady staf ni pun family Uncle Chang.



Bergambar kat jeti dulu. Belakang tu challet or resort sbenarnya.

Jeti yang panjang. Jom tengok apa yang ada

Ada banyak kedai souvenirs kat sini
Then ada laluan untuk ke resort Dragon Inn

then teruskan berjalan sampai hujung jeti.

Ada ticket counter to floating boat and tengok live aquarium. Memula apa la live aquarium tu. Ingat macam kat KLCC

Rupa-rupanya tengok ikan laut bawah jeti yang telah dipasang jaring atau net sekelilingnya. Aduhai.

Inilah live aquarium itu. Haha. Sedih. Dah la kotor airnya

Tapi view jauh memang sangat cantik

Muka tak ready dah kena snap. Belakang tu adalah chalet atau resort Dragon Inn tu.

Dah settle jalan sampai hujung jeti, kami patah balik jalan ke office Uncle Chang & van kami pun dah ready. Kami pun tak sabar nak check in bilik di resort Uncle Chang. This time driver lain pula. What ever. Aku pun malas nak tengok budak kerek tu. Till next episode lah pula ye. Penat menaip. Hehe

Sebarang pertanyaan, boleh drop di ruangan komen. Thanks for reading and stay tuned.

No comments:

Post a Comment