Wednesday, 5 December 2018

Birthday Holiday - Day 3 Snorkeling Mabul Island

Alhamdulillah bangun pagi yang indah di Pulau Mabul. Imagine tersedar bukan sebab bunyi ayam berkokok ke, bunyi burung ke, sekali bunyi ombak kat bawah chalet. Haha. Memang rare habis. Subuh awal tau kat Mabul ni. Jangan nak buat subuh semenanjung ye. Aku macam biasa, lepas subuh susah nak tidur balik. Aku berjalan keluar dari chalet. Pergi ke hujung jeti.

view sunrise. Jeti under construction untuk further extention. Agaknya dorang ni tak de limit ke nak sambung2?

View of water chalet

tak tahu kenapa water chalet ni special sebab ada banyak pokok bunga


Tenang gila. Sekali sekala aku nampak penyu tenggelam timbul. Sini memang heaven dengan penyu tapi aku nak tangkap gambar tu memang tak sempat sebab dorang laju je. Tau kita nak capture picture dia.

Pastu aku gi kejut laki aku, kami g breakfast kat dining area dorang.

Breakfast simple sangat. Ada rasa tapi boring

Dah brekafast, kami ni tak faham tau ingatkan tak ada aktiviti snorkeling kecuali di Kapalai. Padahal ada aktviti snorkeling pagi tu di area Mabul tu sendiri. Tapi dorang tak ada pun nak inform kita betul-betul. Macam kita faham sendiri g tengok status kat whiteboard pastu kena tanya. "Saya termasuk ke dalam pakej ni?" Ada pula camtu.

Sepatutnya, staf diver dia datang la cakap kat kita, "hari ni puan/tuan atau encik/sir/madam ada 2 aktiviti snorkeling." So, aku dan laki aku termissed aktiviti snokeling pagi tu di Pulau Mabul sendiri. Yang aku dapat join snokeling di Kapalai Island. Itu pun selepas kitchen assistant dia ada inform aku, "Akak snorkeling di Kapalai tengah hari nanti."

Sebab tu aku rasa servis Uncle Chang ni sangat tidak memuaskan. Padahal aku bayar sama je okay dengan tourist lain. Just sebab aku melayu Malaysia ke dia xlayan. Tapi patut dorang semua ni kena gi kursus tourism. Customer servis kureng.

Ok, tak yah nak layan mood tak best tu. So, aku dengan laki aku just jalan area chalet tu je. Mujur nampak penyu muncul buat sejuk hati. Kebetulan, aku berborak dengan kitchen assistant dia, nama 'Ana'. Ana ni je friendly. Boleh di ajak berbual. Aku cakap nak pusing Pulau Mabul ni, tanya arah, sekali si Ana ni bagitahu, dia boleh bawakkan tapi belah petang selepas dia habis kerja. Aku pun on.

How many shades of blue are they? Can you discover?

Minta pekerja yang lalu kat jeti snap gambar untuk kami.

Ok, around tengah hari tu, tak ingat dah jam berapa, kami ready nak g snorkeling di sekitar Kapalai Island. 

Masa nak ke Kapalai, akan lalu Seaventures Dive Rig. Aku pernah tanya harga tapi tak apalah. Out of range. Untuk mat saleh sesuai kot. Hehe

Seaventures Dive Rig - RM540 semalam seorang bagi non diver. Darab berapa malam berapa orang

Akhirnya kami sampai ke Kapalai Resort. Kami hanya boleh snorkeling dalam kawasan yang dipagar sahaja. Luar kawasan tak boleh. Tapi ombak kuat, tak berapa nampak bawah.

Ada beberapa boat dari resort lain akan stop sini juga. Kira standard pakej snorkeling ni.

Kapalai Resort - RM 1000 per person per night.


ready in action

Kalau korang cam dapatlah tengok aku kat mana

Dah selesai snorkeling kat Kapalai, kami kembali semula ke Uncle Chang Resort dan makan lunch. Lepas lunch ada aktiviti snorkeling lagi tapi macam aku cakap, disebabkan mereka (pekerja uncle chang) tidak memaklumkan kepada kami, maka kami termiss aktivti snorkeling sebelah petang pula.

Yang sakit hati, dalam pakej kami tu masa awal-awal reply email cakap ada 3 kali snorkeling di Pulau Mabul, bila kami dah bayar, patut dia highlightkan lah. Takkan setiap kali aku kena tanya staf dia. Staf dia sibuk dok offer DSD (Discovery Scuba Diving). Yang ni diving tanpa lesen. DSD ni tak masuk dalam pakej kami. Apa DSD tu? Staf dia akan bawa kita dive bersama-sama untuk melihat penyu dengan lebih dekat etc. Bayarannya around RM200 each kot.

Ni masa awal-awal emel minta quotation tapi dia quote for 3 days tapi sama jgaklah. aku ambil pakej 4 days


So lepas lunch, kami dok kat chalet je. Tunggu Ana settle kerja, kami nak jalan pusing pulau. Sebenarnya kami dah pusing sendiri tapi macam sesat je sebab tak jumpa tempat nak dituju. So, kami patah balik & tunggu Ana bawakan belah petang.


Just berehat depan chalet sambil tengok boat local lalu lalang. tengok budak menjual jugak dari atas perahu kecil

Dah petang sikit, Ana datang panggil kami di chalet. So, kami dah ready nak pusing the whole Mabul Island.


Lalu jeti perkampungan, 


Ana bawa lalu sekolah rendah. Sekolah menengah tak ada ye di pulau ni. Sekolah menengah hanya di Pekan Semporna

Lalu kawasan perkuburan. Sebelah sekolah rendah tadi je.

Kat pulau ni hanya ada 2 kampung. Ni kampung Sama Relaut. 1 lagi ingat nama kampung apa.

Kids enjoy their childhood life. Kalau kat KL ni dah tak ada main gini. Kalau ada main pasir ko kena bayar.

Ada surau di pulau ini. Masjid pun ada

Jalan punya jalan, follow si Ana ni, kami sampai ke resort mewah iaitu Sipadan-Mabul Resort. Nasib yang bawak kami ni si Ana. Kalau sendiri mahu aku segan redah kawasan orang. Sesat jugak kot.


kita selfie dulu


tumpang gambar kat gazebo Sipadan-Mabul Resort

inilah Ana. Kawasan resort ni memang sangat bersih & lawa

Teruskan berjalan petang lagi ke Mabul Water Bungalow Resort. Ok nak masuk sini kena bayar. Dahulu Ana kata free tapi disebabkan orang kampung Mabul ni masuk redah macam kampung dia, semua pokok bunga kanak-kanak situ petik. Habis gondol. Jadinya, pihak resort telah pagar & ada security untuk masuk. Bayarannya masuk RM10 kot seorang bagi outsider. Ada diberi 1 mineral water seorang.

Entrance to Mabul Water Bungalow Resort


Sipadan Water Village terletak sebelah Mabul Water Bungalow resort tau. Yang aku jalan tengah hari sebelum Ana bawak.

Ni view dalam Mabul Water Bungalow Resort. Memang mewah habis. Decoration, tempat rest, etc. So stunning.

Orang tempatan menjual hasil laut


Ni dah berjalan balik ke resort kami, tengok orang kampung tengah buat boat baru

Dah nak maghrib tu kami balik ke Uncle Chang Water Resort semula. Laki ku bagi upah pada Ana. Memula ingat Ana nak caj kan tapi katanya free sahaja tapi atas dasar terima kasih sebab sudi Ana bawakkan kami, explain macam-macam, kami bagi la tips pada Ana. She was surprised sebab tak sangka kot dapat sebanyak tu.


Ni orang kampung datang jual lagi. Aduh, so kali ni kami beli lah jugak. 1 ekor lobster fresh.

Hubby cuak pegang sebab lobster tengah menggelupur. Masih hidup kekdahnya.

Tengok sunset. SubhanaAllah. Lawa amat. Peaceful.

Makan malam kami malam tu of course ada extra menu, LOBSTER! First time kot aku makan lobster fresh. I mean real fresh sebab lobster kami beli tu masih hidup.

Isi lobster macam isi ketam cuma lebih pejal. Kalau isi ketam kan cepat hancur. Tapi isi lobster ni banyak betul. Laki aku spesis elergik kulit kalau seafoods. Dia jamah sikit-sikit je. Aku lah struggle nak habiskan. Tapi last-last tak habis. Kami pass pada Ana.

Ini kami mintak chef masak yang biasa orang akan order. Lobster masak butter kot. I don't know. Tapi banyak gila isi.

Lepas dinner, kami melepak kat chalet. Dah boring line internet slow, kami sambung borak kat luar. Di luar chalet kami, ada 2 orang askar berjaga di pulau tu. Dorang duduk tak jauh dari kami tapi of course dorang tak boleh berborak dengan orang awam.

Malam ni sekali lagi kami menyaksikan bulan & bintang dengan tiupan air laut. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment