Tuesday, 22 October 2019

Bercuti Solo ke Gold Coast & Melbourne Australia selama 8 hari 7 malam - Part 2

Day 1: Departure

Departure from Kuala Lumpur - Gold Coast. Flight duration 8 hours kot. My flight departed at 11:15 am tapi yang saya nervous bila beberapa minggu sebelum saya fly, ada kecoh pasal Malaysian tak lepas di border KL untuk ke Australia. Saya dah la cuak sebab pergi solo, lagi cuak bila isu ni berlaku. Tapi saya tawakkal lah. Semua saya dah prepare elok.

Masa di departure gate tu, memang betul ada Australian Officer menunggu di gate untuk random check. Tapi saya terlepas lah. Tak ada issue pun pada malam tu.


Day 2: Arrival - Hostel - Harbour Town - Sunset View


Arrived di Gold Coast Airport jam 9:15 am (local time). Macam cepat pula saya rasa flight ni. Immigration was slow sebab 2 counter je memula dibuka. Lepas sekian lama barulah 3 kaunter buka. Soalan pegawai tanya saya, kerja apa dengan kerajaan Malaysia? Saya cakaplah 'Higher Education' and she nodded. Pastu tanya bawa ubat apa, saya jawablah bawa ubat 'Paracetamol & ubat flu' so dia pangkah kat declaration tu.

Cuma ada beberapa Malaysian lepas custom check tapi saya kena go through another luggage scan. Maybe because I was solo though saya dah printed out my food list beserta gambar sekali. It's just the procedure.

Keluar airport, bersyukur amat sebab berjaya masuk Australia dengan selamat. Tapi nervous sebab solo. Tapi otak cepat-cepat suruh tenang. Be calm & logic. First thing first, saya ke simcard counter. Beli Opus Simcard. Harga murah je around AUD15.00 untuk berapa banyak entah datanya. Saya lupa. I just asked the guy to install the simcard terus to my phone. Malas kekdahnya nak buat sorang-sorang.

Then saya ke hujung sebelah kanan airport untuk beli Go Explore Card untuk pelancong Gold Coast di kedai runcit. Yang ni just bayar AUD10 per day and u can ride all the transportation in a day. Maklumat card boleh klik sini. Tapi untuk area Queensland, boleh refer ke Translink punya website ye. Very informative. Dan segala perjalanan bus saya hanya pakai Google Maps sebab dia memang update live. Berapa minit bus nak sampai etc.

Saya naik bas tanpa problem untuk ke South Broad Beach Station (yang pasal station ni semua saya study guna google maps sahaja). Then saya tukar ke tram. Saya stop tram di station Cavill Avenue dan berjalan kaki ke hostel saya. Luckily saya dapat check in awal around 12 pm and my room was ready. Easy peasy.


Surfer Paradise Backpacker Hostel




Saya terus check in, and mandi semua. Penat lebih 12 jam dah travel. Suhu sejuk lebih kurang 17 celcius. Ada sorang roommate dalam bilik dan dia tengah baring-baring je. Dia friendly. Mixed UK Australian people. Berkenalan sikit-sikit.

Selesai mandi semua, saya ready ke first destination saya. Harbour Town! LOL. Belum apa-apa saya terus pergi shopping. Sebenarnya saya tak bawa towel dan saya jadikan alasan untuk beli towel. Dari hostel saya jalan kaki, naik tram, tukar tram ke bus untuk sampai ke Harbour Town. Bestlah. Saya tiada masalah dari segi bergerak ni.

Saya sampai Harbour Town, shopping towel je pun. Ada shopping baju tshirt tebal sikit sebab saya takut Melbourne terlebih sejuk (alasan untuk shopping baru) dan new Nike shoes. Entahlah. Tapi saya nampak Sketchers Outlet besar gila and beratus2 jenis kasut kat situ. Gerammmmm je rasa tapi saya kena fikirkan luggage saya yang saya kena bawa sorang. Terus cancel shopping memacam.


Shops at Harbour Town




Dah petang sikit, saya cepat-cepat bergerak pulang sebab malam kat Gold Coast agak awal musim ni. Saya naik bas betul-betul depan Harbour Town. Bagaimana saya datang, macam tu jugalah saya balik.

Dah sampai ke Cavill Avenue tram station, saya berjalan ke Lionell Perry Park. Terletak sebelah je dengan hostel saya menginap. Pemandangan sunset di sini sangat cantik dengan menampakkan Nerang River


Atas cruise tu dorang celebrate birthday. Untunglah


Seronok lepak kat sini. Kebetulan ada makcik pakcik dari Malaysia datang sini juga bercuti dengan anak-anaknya. Dia berborak juga dengan saya dan tolong ambilkan gambar saya.

Dah lepak-lepak santai, tunggu habis sunset, saya pun bergerak balik ke hostel. Ah penat seharian. Saya shower, makan malam nasi brahim yang aku bawa tu. Entah kenapa tekak saya rasa Nasi Brahim tu dah tak sedap. Tapi saya kena telan juga sebab dah bawa kan. Mujurlah saya beli dua je.


Day 3: Currumbin Wildlife Sanctuary - Farmers Fish Market - Surfers Paradise Beach

Hari ni saya bangun agak awal juga sebab saya mahu ke park seterusnya.

Saya breakfast di hostel dengan strawberry & air orange kotak saya beli di Woolsworth di Harbour Town. Harga sepaket strawberry hanyalah AUD1. Dah la besar, merah dan manis. Mana saya tak tergoda.

Saya pakai light jacket sahaja hari ni walaupun pagi tu sangatlah sejuk tapi saya bayangkan tengah hari nanti mesti akan panas sedikit.

Cara nak ke Currumbin ni mudah sahaja. Maklumlah, saya ada darah Australian dalam badan, jadi macam balik kampung sahajalah naik bas disini. Saya naik tram di station Cavill Avenue dan stop di Broadbeach South Station. Di station yang sama, saya tukar kepada bas, terus naik bas no 700 menuju ke Tweed Heads. Tapi saya akan turun di bus stop nama Currumbin Wildlife Sanctuary.

Nak cakapnya, kat sini, semua bus stop ada nama. Sekecil-kecil bus stop tu kena ada nama. Saya sangat kagum dengan kesempurnaan perjalanan public transport di sini. Ok, dah sampai, saya jalan kaki sikit sampailah ke park tu.



ticket counter

Disebabkan saya dah beli ticket secara online (harga tix AUD40), saya hanya perlu verify ticket disebelah kanan, kat group check-in tu. Scan barcode je, then dia bagi park map. Masa saya sampai ni dah jam 10:15 pagi gitu. Ada beberapa animal shows yang akan berlangsung. Maka saya kena cepat-cepat pergi cari location show tu. Kalau rajin pergilah tengok animal show. Berbaloi tengok. Saya memang nak cover as many shows as I can sebab saya dah plan nak berlama-lama di park ni.



group of Kangaroo


Wajib tengok. Banyak betul koala kat sanctuary ni

tapi Kangaroo tak sebanyak dekat Perth. Susah nak selfie

This little one memang jinak. Nak cium kita

Lemur. Di import khas dari Madagascar


Kat Sanctuary ni ada hospital juga. Antara animal hospital yang terbesar dan ianya non-profit organization. Dorang operate based on entry ticket pengunjung yang datang ke sanctuary ni lah. Dan ye, kawasan ni juga ada surau untuk muslim. Boleh refer map.

Time spent kat sini lebih kurang 5 hours and above. Kalau korang bawa kids, lagi lamalah. Boleh bawa makanan sendiri. Dia tak ada check pun. Kot-kotlah korang nak bawa bekal. Macam aku yang solo ni, mudah je. Aku bawa buah strawberry, biscuits and air kotak oren.

Dah habis pusing, beli few souvenirs kat situ, aku naik bas balik. Cara balik sama je dengan cara datang. Naik bus (no 700), tukar ke tram. Tapi on the way balik tu, tetiba otak saya rasa nak makan fish and chips.

Selepas google kat Google Maps, saya jumpa satu tempat recommended untuk try. Yes! Tanpa buang masa, saya terus find direction. Easy peasy. Saya tukar plan turun tram. Saya follow map je, naik bas kat bus stop apa entah tapi saya kena naik bus no 705 dan stop di bus stop Seaworld Dr at Mariners Cove.

Maka sampailah saya kat Peters Fish Market.

Ini kalau nak tambah lauk sendiri

Meriah udang dia


Ready for lunch + dinner

My menu fish + calamari and chips. Sotong besar lebih besar dari bawang Holland tu

Saya tak ingat berapa total order sebab saya tambah sos mayonnaise tu dengan plus plain water sebab air aku dah habis. Plain water ni kalau kat restaurant ni mahal tau, AUD4 sebotol. Jadi saya rasa around AUD15 kot harga food saya. Sambil-sambil makan tu, ada satu couple dengan anak perempuan sorang tengah tunggu order dorang. Cute je anak dia sambil berborak dengan saya. Orang local Australia, mesra je. Happy saya melayan budak kecik cute tu.

Saya tak habis makan sebab food portion of course besar gabak. Macam size kertas A4 tu. Macam mana. Saya tak habis chips tu jelah. Tapau bawa balik konon nak makan bilik. Sudahnya, esok tu saya buang. Maafkan saya

Balik dari Peters Fish Market. petang sunset tu saya lepak kat Surfers Paradise beach. Langit yang lawa. SubhanaAllah. Tenang saya tengok keindahan alam.


lawa langit kan. Saya tak lawa lah :p




Day 4: Warner Bros Movie World

Yeah. Yang ni pun saya dah beli tiket awal-awal online (Harga tix RM156 beli di Klook). Pagi ni konon nak bangun awal and gerak awal tapi sudahnya saya lewat jugak. Hampeh. Saya pergi sini dengan naik tram (Station Cavill Avenue - Station Helensvale) then tukar ke bus (naik bas tulis TX7). Sampai sana lebih kurang jam 10:30 pagi.

Saya scan tiket yang saya dah print, ambil map and terus aim pada ride saya nak naik. Haha. Biasalah kalau pergi theme park kena alert dgn show time tapi tuh la, saya banyak pula ride nak naik. Semua extreme ride saya naik. Huhu. Yang best kat sini, locker letak barang adalah free. Saya pula dapat beberapa kali fast track sebab dia cari for solo rider untuk fullkan seat. Hehe.


Then saya aim untuk show kereta & parade. Pastu ada juga saya bergambar dengan character DC macam Superman and Green Lantern. Benda ni kena alert pukul berapa dorang keluar juga. Theme park ni tidak disediakan surau jadi pandai-pandailah kan nak solat kat mana.

Memang saya stay dalam WB theme park sampai dia nak tutup. Saya tak makan sangat just beli ice-cream sebab saya bawa bekal. Don't worry sebab dorang tak check pun beg kita bawa and apa kita bawa.

Ada kesal sebab beberapa ride macam Green Lantern Coaster and Wild West Fall ditutup. So rugilah kan tak dapat merasa semua. Tapi rasa sendu juga theme park ni. Entah kenapa.

Balik dari theme park ni, perut saya rasa lapar sangat. Haha. Saya pun survey western food yang halal. So, ada satu macam recommend halal pizza dekat dengan Surfers Paradise sahaja. Nama kedai Euro Bite. So, bila sampai je di Station Cavill Avenue, saya terus menapak ke kedai pizza tersebut.

Halal Pizza in Gold Coast, Euro Bite


Seronok saya tengok satu slice pizza harga AUD3.50 sahaja kan. Saya pun tamak, order sampai 3 slices of pizza and 2 pieces fried chicken. Saya noticed ada sorang customer kat situ pun pandang je saya order. Saya cakap kat pekerja tu, 'I'm so hungry, so I'm gonna eat a lot.' Kunun. Sekali bila saya makan 1 slice pizza, saya dah kenyang. Sebab it's US pizza size. Satu slice tu macam personal pan pizza kita ni. Matilah saya, makan 1 slice sahaja dah 10 minit tak habis-habis. Haha.

Jadi, saya pun surrender, bagitau pekerja tu, saya tapau sahaja 2 slices pizza ni. Tapi tak sangka saya, pekerja tu/owner itself maybe, bagi saya 1 slice pizza lagi for free. Kalau saya tau dia nak belanja saya, saya beli 2 slices je awal-awal. Jimat duit saya. Hehe

Maka saya pulang ke hostel malam tu dengan hati yang gembira, sebab perut kenyang dan ada orang belanja pizza pula.

.............
Ok, saya rasa takat ni dulu saya update my trip di Gold Coast. Day 5 saya bergerak ke Melbourne pula. Tunggu for my next entry. Thanks for reading

Sunday, 29 September 2019

Bercuti Solo ke Gold Coast & Melbourne Australia selama 8 hari 7 malam - Part 1

Salam & Warning!! (LOL) - belum apa-apa dah dapat warning 😆

This is gonna be a long post.

Sila teruskan pembacaan jika anda berminat

Tiket Airasia dibeli setahun yang sudah iaitu depart Kuala Lumpur - Gold Coast dan return Melbourne - Kuala Lumpur.

Harga tiket Kuala Lumpur - Gold Coast asalnya = RM350 sehala seorang + RM 200 (20kg luggage + 1 Meals)

Harga tiket Melbourne - Kuala Lumpur = RM 660 sehala seorang + RM 200 (20kg luggage + 1 meals + 1 dessert)

Jadi harga tiket sahaja untuk seorang RM1,410.00

Persiapan sebelum pergi (hanya sebulan setengah keputusan dibuat untuk pergi ke sana)

1. Visa Australia (electronic visa) - dibuat secara online melalui eta.australia@yahoo.com. Dapat kelulusan dalam tempoh 24 jam sahaja. Dengar visa Australia susah lulus sekarang kan tapi mungkinkah saya pekerja professional atau pekerja kerajaan? Saya mendapat kelulusan visa dalam masa sejam sahaja. Harga electronic visa saya RM20.00

Selepas itu, saya dapat satu lagi email dari Australian Government mengenai kelulusan visa saya. tempoh sah tourist visa saya adalah selama setahun tapi tempoh untuk melancong adalah selama 3 bulan sahaja. Dah lulus visa, barulah saya boleh proceed benda lain.



2. Flight ticket - disebabkan saya sampai di Gold Coast dan balik dari Melbourne, maka saya kena beli satu tiket kapal terbang domestik. Ini pakai sky scanner sahaja untuk cari yang mana flight available. Saya beli flight Virgin Australia dengan harga RM450 sehala.


3. Hostel - disebabkan saya travel solo, jadi saya hanya perlukan hostel. Boleh juga stay di hotel tapi tidak berbaloi memandangkan harganya mahal. Lagipun saya fikir baik saya tinggal di hostel, boleh juga saya berkenalan dan bertanya apa-apa dengan roommates saya nanti. Saya pilih hostel dengan roommates perempuan sahaja seramai 4 orang sebilik. 

Bila pilih hostel, kita boleh pilih nak tinggal campur lelaki perempuan ke, perempuan sahaja ke, dan berapa ramai sebilik. Ada yang tawarkan dua sebilik, 4 orang sebilik, 10 orang sebilik mahupun 12 orang sebilik. Makin ramai kita kongsi, makin murah harga bilik tersebut tapi mengikut selera kita lah.

Saya booked hostel di Gold Coast di Backpackers Paradise Resort dengan harga AUD140.00 untuk 3 malam.
Hostel di Melbourne pula saya pilih United Backpackers yang terletak betul-betul sebelah Flinders Station dengan harga AUD180.00 untuk 4 malam.

Oh, untuk peringatan, dua-dua hostel yang saya stay ni tiada towel disediakan makanya saya kenalah bawa towel sendiri. Tapi, saya beli towel baru di Australia tu. Macam souvenir untuk diri sendiri jugalah.


4. Tempat lawatan - disebabkan saya nak ke Australia yang mana negaranya sangatlah strict dengan kita sejak akhir-akhir ini, saya terpaksa membuat tempahan lawatan lebih awal. Maksudnya semua tempat yang perlukan entrance fee, saya beli semuanya dari Malaysia. Supaya menjadi bukti kepada immigration Australia yang saya ke sana untuk melancong semata-mata dan bukannya bekerja secara haram.

Yang ni banyak la tiket yang saya beli lebih awal seperti:
  • Gold Coast - Warner Bros Movie World - beli di Klook RM156.00
  • Gold Coast - Currumbin Wildlife - beli di website dengan harga AUD40.00
  • Melbourne 1 day tour to Great Ocean Road & 12 Apostles - beli di Groupon Australia dengan harga AUD50.00 (ini memang murah)
  • Skybus from Melbourne airport to Melbourne City - AUD20.00 (tak perlu pun beli awal)


5. Insurans - yang ni saya beli dari ejen insuran yang saya google sahaja dari Facebook tapi dia bagi servis yang bagus juga. En Nazli Zainal Abidin (+6019 254 3130). Dia ada bagi option samada Etiqa Takaful atau AIG. Dia bagi comparison dulu and explain limitation for each pakej, biar kita decide mana yang kita nak. Baguslah. I recoomend untuk contact dia.

Biasa saya ambil Etiqa tapi disebabkan offer AIG lebih menarik, maka saya pilih AIG kali ni dengan harga RM88 selama 9 hari.


6. Baju sejuk - disebabkan saya pergi ke sana musim early spring, suhu disana masih lagi sejuk. Saya sentiasa check weather forecast kat sana supaya saya tak tersalah bawa baju. Maklumlah, dulu saya pernah ke Perth dalam bulan yang sama. Saya ingatkan pakai jaket nipis sahaja sekali sejuk juga sampai ke tulang. Mujurlah saya bawa banyak jenis jaket masa tu.

So kali ni saya nak pastikan saya tak salah bawa jaket lagi. Lagipun saya tak nak bazirkan berat luggage sebab saya travel solo, saya kena make sure saya boleh carry luggage saya tu dengan betul.

So hari tu nak dijadikan cerita, saya saje je cari new winter jacket. Bajet ciput sebab nak pergi backpack kan. So, saya pergi ke satu tempat baju winter Bundle. Namanya Bundle Preloved (website) di Bukit Jalil. Saya beli sehelai je baju winter pendek yang colour black. Kita kena rajin try kat situ sebab ada banyak gila choices.

Boleh klik sini untuk map ke Bundle Preloved tu.


7. Foods & Medicine - yang ni kan kena declare kan tapi saya bukan pergi berkeluarga. Jadi yang saya bawa hanyalah 2 pack Brahims and 2 pack Maggi. Tu pun saya bawa sebab saya rasa macam teruk sangat kalau tak bawa apa-apa. Hihi. Saya ni poor eater. Tak kisah makan apa asal boleh telan. Tak semestinya makan nasi. Ubat pula saya hanya bawa Paracetamol and Chloramine sahaja.



Ok, saya rasa itu sahaja dululah untuk Part 1. Saya pula rasa penat nak taip panjang. 😏 Total saya dah bayar sebelum saya ke sana sahaja dah RM3,500.00.  Tapi benda ni bukanlah sekaligus ye. Sikit-sikit bayar, macam tiket flight dah setahun beli. Yang lain-lain saya bayar dalam sebulan setengah tu saya beli. InsyaAllah saya cuba menghabiskan juga trip solo saya ke Australia ni. Sebarang pertanyaan, boleh email ke saya. Thank you for reading

Wednesday, 14 August 2019

A Note to Myself from Book Review - Ikigai

Tetiba nak menulis mengenai buku yang aku baca. Buku dah lama beli tapi selalu tersangkut-sangkut untuk menghabiskannya. Isi buku ini sangatlah padu dan bermanfaat tapi biasalah, aku lebih suka memilih untuk buat benda tak bermanfaat jugak. Too much distractions perhaps.

So ni nak explain skit Bab 3 dalam buku ni. Korang bacalah kalau faham. 

The meaning of Ikigai



Chapter 3


Soalan
"Kenapa kamu nak sangat hidup?"
"Kenapa kamu tidak membunuh diri?"

Soalan yang kasar tapi itulah jawapan yang perlu diberikan agar seseorang mencari alasan untuk dia hidup.

80% daripada kajian mendapati manusia perlukan alasan untuk hidup dan 60% merasakan manusia perlukan seseorang atau sesuatu dalam hidup yang merasakan dirinya berbaloi untuk dia mati.

Seseorang itu sepatutnya hidup dan mati mengikut prinsip dan cita-citanya sendiri.

Berjuang untuk diri sendiri
Penulis mendapati manusia akan merasa kecewa apabila hidupnya tiada tujuan atau apabila tujuan hidupnya musnah. Tetapi penulis berpandangan ianya sesuati yang positif - sebagai titik perubahan.

Apabila manusia merasakan begitu, dia akan mencari penawar samada secara sendiri atau dengan bantuan orang untuk mencari kepuasan sebenar dalam hidup.

Ada satu pepatah mengatakan 'Seseorang yang mempunyai 'mengapa' untuk dia hidup dapat menanggung hampir apa sahaja (dugaan yang datang)'.

Walau bagaimanapun, manusia kini sering menghadapi tekanan adalah kerana membandingkan apa yang telah dia capai pada masa sekarang dengan apa yang dia akan capai pada masa akan datang'. Atau secara mudahnya 'telah capai vs belum capai'.

Manusia sebenarnya perlukan cabaran yang dia boleh usahakan dengan menggunakan semua kemahiran yang dia ada.

Satu lagi krisis yang dihadapi adalah apabila seseorang itu melakukan apa yang perlu dilakukan atau apa yang lain lakukan daripada apa yang mereka hendak lakukan. Kita selalu cuba untuk mengisi 'gap' antara apa yang diharapkan oleh orang lain dengan apa yang kita nak. 

Akhirnya, seseorang itu perlu 'mencari tujuan hidup, alasannya untuk bangun dari tidur - IKIGAInya sendiri'.

Terapi pada Diri Sendiri
1. Perasaan - ia sesuatu yang perlu kita terima. Terima perasaan takut, gusar, keinginan, kebimbangan dan lepaskan ia pergi. Jangan kawal perasaan tersebut atau cuba membuang perasaan itu. Kalau tak, kita lagi rasa tegang.

2. Buat apa yang sepatutnya kita patut buat - terima keadaan sekarang. sekiranya kita menderita, terima keadaan yang kita sedang menderita.

3. Terokai tujuan hidup - kita tidak dapat mengawal emosi tapi kita boleh mengawal tindakan kita setiap hari. Tengok balik pada diri sendiri dan cari Ikigai kita sendiri.

Bila kita dah jumpa Ikigai kita sendiri, apa yang perlu adalah keberanian dan usaha untuk tetap berada di jalan yang betul.

Ikigai
Dah jumpa ikigai sendiri? Langkah seterusnya adalah mencari aliran (flow) yang tugas-tugas kita pilih untuk kita buat, kita perlu makan dengan seimbang, perlu melakukan senaman dengan intensiti rendah dan belajar untuk tidak menyerah kalah apabila timbul kesukaran.

Tapi ada syaratnya, kita kena menerima bahawa dunia ini - orang yang hidup dalam dunia ini, adalah tidak sempurna, tetapi masih banyak dan penuh peluang untuk kita berkembang dan mencapai impian.

Monday, 25 February 2019

Cuti Eropah: 3 hari 2 malam di Lucerne, Switzerland

Ini bukan trip di Switzerland semata-mata ye. Ini Europe trip aku yang mana aku pergi selama sebulan ke Europe tapi tak terupdate negeri lain. I wish I can update all tapi yang ku mampu hanyalah ini sahaja dulu. Haha.

Journey aku London-Paris-Zurich-Lucerne-Amsterdam-Brussels-London.

Jadi, aku ke Zurich ni hari ke 7 from my Europe Trip.

Day 7: 31 January 2017 (Selasa)

Dari Paris, aku naik train menggunakan TGV-Lyria Klik Sini. Hanya TGV Lyria yang menghubungkan France ke Switzerland menggunakan khidmat train. Nak pakai khidmat lain, bus atau flight atau drive, aku tak pasti sebab tak tahu. Tiket train ni adik aku tolong belikan awal-awal dengan harga RM340.00 untuk 2 orang, sehala. Sehala je sebab aku tak nak balik ke Paris dah. (oh I miss Paris while typing this. Wpun ramai tak suka Paris, tapi aku suka je. Hubby lagi suka. Entah nape. Eh?) - terlencong lak.

Naik di Paris Gare Lyon ye. Ingat tu. London - Paris will arrive di Paris Gare du Nord tapi train TGV Lyria yang menghubungkan France-Switzerland ni naik di Gare de Lyon. Jarak antara dua station ni jauh jugak. 5km. So jangan memain salah station!

Train kami berlepas 10:23 pagi, jadi pagi tu lepas bangun, terus prepare untuk check-out sahaja dari Paris. 8:30 pagi kami dah check-out dari hotel Paris. Naik tukar train juga sampailah ke Gare de Lyon. Dah sampai sana, awal pun tak apa. Biar kita ready dari train tinggalkan kita.

Suasana dalam Gare de Lyon. Besar tapi pandai-pandai la baca signage atau tanya orang

Kami sampai sejam awal sebenarnya tapi gambar dah nak kol 10 baru tangkap. Hehe. Tapi train tu open camtu je tanpa gate. Kena pepandai tengok platform kat tiket

Macam kami, platform 15. Then kita tengok la kita coach berapa, seat no berapa.


Seat selesa dlm TGV Lyria, luas, besar, tak ramai orang.

Total perjalanan dari Paris ke Zurich mengambil masa 3 jam 3 minit gitu sejauh 600km ye. Ada beberapa big city yang train ni stop seperti di Dijon and Mullhouse. Mullhouse ni boleh bersambung ke Colmar. Alar kampung yang cantik macam kat Bukit Tinggi tu. Eh salah. Bukit Tinggi Colmar tu yang inspired dari France ni.

The view along the way was so beautiful and magnificent. Aku non stop pandang luar tingkap, kejap rekod video, kejap tangkap gambar. Alhamdulillah. Tak tidur aku sepanjang 3 jam tu. Rasa rugi je kalau tidur. 

Ni antara view aku tangkap along the way Paris-Zurich
Dah bosan, explore camera plak. Try selfie dengan filter. My fashion caca marba, but..... Gapoever lah (tiru Fatimah)

Hujan membasahi bumi sepanjang perjalanan, sampailah ke Zurich. Aku dah sedih dah dengan weather ni tapi tak leh wat apa juga, kena bersyukur, tapi diam-diam doa. Tolonglah cerah esok.

Sampai di Zurich HB Station jam 2:30 pm waktu Zurich. Wah, tak sangka sampai jugak kami di Switzerland. Sejuk amat sebab hujan kan.

Sempat bergambar dengan train TGV Lyria di Zurich HB Station sebagai kenang-kenangan. Train 2 double story ok.

Kami keluar sekejap dari Zurich HB Station. Plan nak pusing Zurich tapi hujan betul-betul lebat dan tak mengizinkan. Frust sikit tapi tak apalah. Kami plan nak ke Starbuck sekejap untuk beli mug & air sebab hubby dah haus air coffee.

view depan Zurich HB Station



Sementara hubby gi beli mug & coffee, aku tunggu dalam station untuk jaga luggage. Then kami tukar, aku cross the street untuk tangkap few photos of Zurich.

Shops in Zurich

Sayangnya memang aku tak dapat berlama-lama. Aduh sedihhhh sangat tapi tak apalah. Kena redha!

Pastu, kami masuk balik dalam Zurich HB Station. Dari sini, kami akan naik train intercity untuk ke Lucerne. Kami beli di tiket machine je.

Suasana dalam Zurich HB Station

Harga tiket dari Zurich ke Lucerne. Arond RM212.00 ye untuk 2 orang. Jaraknya hanya 52KM. Bayar pakai card sajo.

Dah settle beli tiket, tengok sekali lagi platform mana kami kena naik. Masa kami buat urusan beli tiket tu, ada orang tegur kami. Lelaki, cakap Melayu. Tanya kami 'Malaysia ke?' tapi dia sorang dan tak macam traveller. Kami cakap ye tapi tu je. Tak tanya banyak sebab tak kenal kan. Bukan nak kekwat tapi sometimes, kami try not to talk to stranger dengan keadaan busy tu sebab caution yang dibawa-bawa dari Paris tu terbawa-bawa sampai ke Switzerland ha.

again view dalam Zurich HB Station

now ready to depart to Lucerne, naik di platform 8, dengan intercity train

train besar juga, 2 tingkat. Hubby kagum la tu tengok snow kat luar

Selepas sejam, kami dah sampai di Lucerne dengan menaiki train lah. Cepat je. 


ok ni dah sampai di Lucerne, around 4.30 pm dah sampai

So, bila kami sampai di Lucerne Station, dari situ kami sepatutnya ke hotel lah. Bila kami tengok maps, jaraknya dekat sahaja. Just 1km dari station tapi masalahnya, waktu tu hujan sangat labat. It was really impossible for us to walk. Memang lencun. Dah la sejuk gila.

Pening dok pikir camna nak pergi. Luar station kami tengok ada station bus. We decided nak naik bus je. Study route, tanya juga orang, bus mana patut naik. Problem pulak nak beli tiket sebab tak tahu nak beli kat mana, pakai apa. Dorang kebanyakannya cakap German.

Tapi, kami berjaya juga beli tiket. Nak tahu pasal harga bus ticket atau public transport di Lucerne, korang boleh klik sini.

Harga bus seorang RM16 untuk jarak 1KM. Hehe pricey kan. Tapi Lucerne ni kira public transport per hour.
So dalam masa sejam, boleh naik mana-mana public transport dengan harga camtu.

Gapoeverlah. Bayar je RM32 untuk naik bus seciput jaraknya tu. Dah hujan tak leh wat apa. Kami tak sabar nak check-in sebab sejuk sangat. 4:50 petang naik bas, kol 4:55 dah sampai Ibis Budget Hotel Lucerne. Alhamdulillah.

Bila cek in, aku tanya receptionist tu, dapat tak claim voucher Winter-Tell Pass. (rujuk previous post klik sini) Then memula receptionist tu cakap, boleh dapat kalau book hotel directly from their website, not through Booking.com. Ha sudah, cuak jugak. Then, nasib aku ada proof email dari Lucerne Tourism kan, aku tunjuklah email tu. So, dia cakap, oklah. Dapat voucher Winter Tell Pass for 2 days for 2 pax for FREEEEEEEEEEEEEEE!!

Dia tanya nak pakai bila, sebab valid  2 hari je kan. Aku cakap nak pakai esok & lusa sebab kalau guna arini rugilah dah petang. Aku bersyukur gila weh. Imagine la naik bas 1KM pun dah kena caj RM16, kalau guna public transport seharian. Rezeki, rezeki!

Hotel ni aku suka sangatlah. Highly recommended for me.

Ada vending machine, kami beli international adapter kat vending ni je sebab tertinggal kat London

Ada cafe, ada microwave boleh guna jgak kot. Xingat tapi aku guna microwave kat hotel ni utk reheat Nasi Brahims.


Bilik kami book, boleh muat 3 orang.




Ok tu jelah untuk day 1. Basically, habis untuk travel je. Belum sempat explore. Malam tu kami tak keluar pun sebab very cold & raining. Makan & lepak kat bilik je. Nanti aku update untuk day 2 and day 3 pulak. Thank you